Wednesday, September 25, 2019

Hakim Mahkamah Koroner Sahkan Campurtangan Tommy Thomas Dalam Prosiding Inkues Allahyarham Mohd. Adib

"Oleh itu, atas imbangan kebarangkalian,
saya memutuskan bahawa pemohon telah menunjukkan
secara prima facie bahawa AG telah melakukan
PENGHINAAN TERHADAP MAHKAMAH"
Hakim Mahkamah Koroner
Yang Arif Rofiah bte Mohamad

Peguam Negara mencabol prinsip Kedaulatan Undang Undang!!!

Ini adalah satu perkara yang sangat serius!!!


Hakim Mahkamah Koroner, Hakim Rofiah bte Mohamad mengesahkan ada campurtangan dari Peguam Negara, Tommy Thomas untuk dalam menentukan keputusan inkues terhadap punca kematian Allahyarham Mohd. Adib, seorang anggota Bomba dan Penyelamat yang terkorban ketika cuba memberikan bantuan kepada perusuh dalam kejadian rusuhan Kuil Sri Mariaman, Subang Jaya, Selangor...

Dalam penghakiman yang diberikan oleh Hakim Rofiah bte Mohamad, beliau mengatakan :


"Adalah amat tidak wajar dan menyalahi amalan prinsip perundangan inkues serta subjudis bagi Peguam Negara untuk mengambil kedudukan mengenai punca kematian arwah Adib yang masih menjadi persoalan yang cuba dirungkaikan dalam prosiding yang sedang berlangsung"...

Sudah terang lagi bersuloh, bukan lagi sekadar tanggapan umum malah Mahkamah Koroner sendiri telah mengesahkan adanya campurtangan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam menyelamatkan pembunuh Allahyarham Mohd. Adib!!!


Portal ini juga telah beberapa kali menyatakan kemungkinan adanya campurtangan Tommy Thomas dalam perjalanan inkues menyiasat punca kematian Allahyarham Mohd. Adib (BACA DI SINI), (DI SINI) dan (DI SINI)...


Walau pun pada bilan Julai yang lalu, Tommy Thomas mengeluarkan kenyataan yang menafikan beliau campurtangan dalam perjalanan inkues tersebut (BACA DI SINI), namun keputusan hakim Mahkamah Koroner menyatakan sebaliknya...

Seperti tulisan admin dalam keluaran-keluaran yang lepas, keadilan yang dituntut atas kematian Allahyarham Mohd. Adib, tidak ada kaitan dengan politik...

Ini bukan isu antara UMNO/PAS vs Pakatan Harapan dan ianya juga bukan mengenai isu DS Najib vs Dr. Mahathir atau isu mengenai perkauman tetapi ianya mengenai Kedaulatan Undang Undang Malaysia seperti yang tercatit dalam Rukun Negara...

Sikap yang ditunjukkan oleh Tommy Thomas sangat-sangat menjijikkan dan ianya adalah satu penghinaan secara terang-terangan ke atas proses keadilan di Malaysia...

Sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan, kes kematian Allahyarham Mohd. Adib bukanlah hanya satu-satu kes yang menimbulkan persoalan di kalangan rakyat Malaysia malahan masyarakat dunia...

Banyak lagi keputusan-keputusan kes yang dikendalikan secara langsung oleh Tommy Thomas menimbulkan persoalan...


Kes rasuah Lim Guan Eng yang digugurkan tanpa sebarang justifikasi (BACA DI SINI), kes salah guna dana RM1.5 bilion yang melibatkan Shafie Afdal (BACA DI SINI), perjalanan kes rogol amah rakyat Indonesia yang dilakukan oleh ADUN Tronoh merangkap Exco negeri PerakPaul Yong Choo Kiong (BACA DI SINI) sehingga mendapat bantahan dari kerajaan Indonesia, kes semburit yang membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali (BACA DI SINI) dan (BACA DI SINI) yang dilaporkan beberapa kali pihak Jabatan Peguam Negara memulangkan balik kertas siasata PDRM atas berbagai alasan...

Apa yang dicatitkan di atas cuma sebahagian kecil dari kes-kes kendalian Jabatan Peguam Negara yang menimbulkan tandatanya...

Kalau nak disenaraikan semuanya, senarainya akan menjadi sangat panjang...

Jelas Tommy Thomas telah gagal secara total untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab beliau sebagai Peguam Negara...

Malah bukan setakat gagal, beliau sendiri telah merobek prinsip Kedaulatan Undang Undang di Malaysia dan ianya bukan tuduhan liar atau pun fitnah tetapi pihak mahkamah sendiri yang telah mengesahkanya...

Kedaulatan Undang Undang Malaysia menjadi bahan lawak jenaka seluruh dunia, proses keadilan di mahkamah menjadi bahan ketawa kepada dunia perundangan dunia kerana yang menjadi badut bukanlah peguam biasa tetapi Peguam Negara Malaysia...

Kalau DS Najib secara 'gentleman' mengambil tanggungjawab moral meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Presiden Barisan Nasional kerana kegagalan Barisan Nasional dalam PRU 14 maka Tommy Thomas MESTI mengambil langkah yang sama untuk meletak jawatan sebagai Peguam Negara...

Seperti yang pernah admin siarkan sebelum ini, Tommy Thomas mesti letak jawatan secara terhormat sebelum disingkirkan dengan cara terbangsat (BACA DI SINI)...

0 comments:

fda

Archives