Baru-baru ini, atas cadangan MP Pakatan Harapan, satu rang undang-undang untuk membolehkan semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas akan didaftarkan secara automatik ke dalam pengkalan data maklumat pengundi berdaftar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia @ SPR (BACA DI SINI)...
Secara dasarnya, rang undang-undang yang telah diluluskan ini dengan mendapat undian 100% dari ahli parlimen baik dari kerajaan atau pembangkang merupakan satu cadangan yang baik...
Dari aliran sokongan semasa anak muda kepada pembangkang, rang undang-undang yang baru ini memberikan kelebihan kepada pembangkang...
Timbul persoalan pada admin, pasti pihak kerajaan menyedari perkara ini tapi mengapa mereka masih tetap mahu mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibentangkan, dibahas dan diluluskan...
Persoalan yang timbul akhirnya terjawab bila terbongkar kegiatan besar-besara untuk 'mewarganegarakan' rakyat asing, sama ada mengikut cara yang sah tetapi melalui jalan pintu belakang dan juga mengikut cara yang tidak sah...
Portal ini pernah mendedahkan desakan pemimpin DAP kepada Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin, supaya meluluskan permohonan kewarganegaraan oleh warganegara asing (BACA DI SINI)...
Dalam 'kunjungan' beberapa pemimpin DAP ke Kementerian Dalam Negeri @ KDN, mereka menuntut agar 50,000 permohonan kewarganegaraan diluluskan dengan segera...
Beberapa hari selepas itu, Muhyiddin mengumumkan, sebanyak 200,000 lagi permohonan kewarganegaraan akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh KDN...
Ini bermakna, 250,000 permohonan kewarganegaraan akan diluluskan, itu secara sah...
Baru-baru ini pula, New Malaysian Post melaporkan tentang sindiket haram menjual MyKad yang sah kepada warganegara asing (BACA DI SINI)...
Selain dari beberapa orang rakyat Malaysia berketurunan Cina, turut terlibat dalam sindiket ini ialah Timbalan Pengarah JPN, Datuk Lai Chin Wah sendiri...
Dalam soalsiasat yang dilakukan, terbongkar bukan hanya 8 MyKad yang telah dijual tetapi lebih 1,000 MyKad telah di jual...
Lebih mengejutkan, jumlah itu direkodkan hanya bagi tempoh Januari hingga Mei tahun 2019 dan tidak bagi tahun sebelumnya...
Begitulah gambaran pengkhianat pegawai JPN dalam negara ini...
Berdasarkan siasatan beberapa jabatan berkaitan susulan penahanan 20 individu sejak 2 bulan lalu, RIBUAN MyKad sah ini bukan saja dikeluarkan di Pulau Pinang, malah di beberapa negeri lain"...
Semua warga asing yang membeli MyKad sah ini bukan individu biasa, ia kerana wanita warga asing yang diberkas pada 16 Mei lalu mampu menyewa sebuah pangsapuri dengan harga hampir RM100,000 satu malam...
Perlu diingatkan, warga asing yang telah membeli MyKad melalui sindiket ini mempunyai MyKad yang sah dari JPN dan bukan MyKad palsu...
Ini bermakna, selain dari mendapat keistimewaan sebagai rakyat Malaysia yang lain, mereka juga layak untuk mendaftar sebagai pengundi berdaftar di Malaysia...
Kalau seramai 250,000 yang bakal mendapat kerakyatan Malaysia telah sahih didalangi oleh DAP, timbul persoalan, apakah mereka yang membeli MyKad sah ini juga didalangi oleh DAP?
Ada asasnya untuk DAP 'mewarganegarakan' rakyat asing yang rata-ratanya juga berbangsa Cina...
Apakah kemenangan berturut-turut DAP dalam pilihanraya di Pulau Pinang ada kaitannya dengan isu ini?
Dan apakah setelah berjaya melakukannya di Pulau Pinang, kini mereka mengorak langkah untuk melakukannya di negeri-negeri lain di Malaysia kerana laporan mengatakan MyKad sah yang dikeluarkan secara tidak sah oleh JPN kini dikesan dikeluarkan bukan sahaja di Pulau Pinang!!!
Pendaftaran pengundi baru berdaftar secara online telah mula diperkenalkan oleh SPR mulai tahun ini (BACA DI SINI)...
Ini akan memberikan laluan yang cukup mudah kepada warganegara asing yang membeli MyKad yang sah ini untuk mendaftar dengan SPR...
Mereka tidak perlu datang ke kaunter pendaftaran SPR untuk mendaftar dan tidak akan timbul sebarang keraguan kalau mereka tidak tahu berbahasa Melayu seperti yang berlaku di pejabat Jabatan Imigresen Pulau Pinang...
Nama dan nombor MyKad mereka juga ada di dalam pengkalan data JPN...
Apakah pendaftaran pengundi baru secara online juga adalah sebahagian dari perancangan DAP untuk memberikan laluan yang mudah kepada mereka?
SPR mesti mengambil langkah tegas yang segera untuk membersihkan pengkalan data mereka untuk memastikan cuma rakyat Malaysia yang sah saja akan diberikan hak mengundi...
Senarai pembeli MyKad yang sah ini MESTI dikeluarkan dari pengkalan data SPR kerana mereka BUKAN rakyat Malaysia yang sah!!!
Sehingga ke hari ini, SPR masih lagi belum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara ini...
Apa lagi pemimpin-pemimpin DAP, mereka mengambil sikap membisu dalam isu ini...
Lebih meragukan, pihak kerajaan terutamanya pihak Kementerian Dalam Negeri TIDAK mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu ini...
Kedaulatan negara sudah pun diperdagangkan, hak kerakyatan sudah pun dicabuli namun pihak kerajaan masih membisu seribu bahasa!!!
0 comments:
Post a Comment