Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan @ KPKT, Zuraidah, kerajaan Pakatan Harapan akan mengadakan kempen pemilikan rumah (HOC) kepada warganegara China dan Hong Kong (BACA DI SINI)...
Alasan Zuraidah mudah, terdapat banyak rumah mewah yang mempunyai nilai terkumpul hingga RM100 bilion yang belum dapat dijual lagi...
Alasan kedua Zuraidah ialah, nilai hartanah di Malaysia jauh lebih murah dari nilai hartanah di luar negara terutamanya Hong Kong...
"Saya pergi ke sebuah flat berkeluasan 250 kaki persegi bernilai RM3 juta di Hong Kong, dan berkata malahan menteri pun tidak mampu untuk membeli hartanah di Hong Kong," katanya...
Satu persoalan yang timbul, kenapa rakyat China dan Hong Kong?
Kenapa tidak ditawarkan kepada rakyat Brunei atau rakyat Indonesia atau orang-orang Arab dari Timur Tengah yang memang ramai kaya raya?
Di satu pihak yang lain, portal berita antarabangsa scmp.com pernah melaporkan rancangan penghijrahan beramai-ramai rakyat China ke Malaysia dalam satu tulisan bertajuk 'Why Are Chinese Moving To Malaysia By The Thousands?' (BACA DI SINI)...
Dilaporkan, melalui Skim MM2H (Malaysia My Second Home), beribu-ribu warga China ini akan diberi hak kerakyatan untuk tinggal di Malaysia...
Perkara ini bukan spekulasi malah telah terbukti dengan desakan DAP supaya hampir suku juta rakyat asing diberikan kerakyatan (BACA DI SINI)...
Tidak cukup dengan itu, dokumen penting kewarganegaraan, MyKad yang sah, telah dikesan dikeluarkan kepada rakyat China secara tidak sah (BACA DI SINI)...
Senario ini sangat-sangat membimbangkan kerana ianya bakal menyisihkan orang Melayu di bumi Melayu sendiri...
Orang-orang China yang datang beramai-ramai ini bukanlah buruh atau golongan miskin...
Mereka adalah yang kaya-raya dan rata-rata adalah professional...
Mereka ini akan tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan tidak perlu berasimilasi dengan orang Melayu kerana populasi Cina sememangnya populasi majoriti di bandar-bandar besar di Malaysia...
Orang-orang Cina Malaysia ini akan bergabung untuk menguasai ekonomi dengan tambahan 'kekayaan baru' yang dibawa 'rakyat baru' dari China...
Untuk pengetahuan orang Melayu yang masih belum 'bangun tidur', negara China kini bukan lagi seperti negara China dahulu...
Revolusi industri China telah meningkatkan taraf ekonomi rakyatnya dan telah melahirkan lebih 800 juta golongan kelas pertengahan...
Ramai dari 800 juta ini mencari kehidupan baru di luar negara...
Antara negara yang menjadi pilihan mereka adalah Malaysia, kerana populasi Cina yang tinggi di bandar dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina Malaysia...
Orang-orang 'China Baru' ini memang dikenali sebagai sombong dan tidak mahu bergaul dengan orang lain...
Mereka memandang rendah kepada kaum Melayu kerana merasakan negara asal China adalah negara yang jauh lebih hebat...
Kesetiaan mereka terhadap negara asal mereka sangat tebal malah semangat yang sama juga masih lagi tertanam dihati sebahagian besar orang Cina Malaysia...
Tidak akan ada masaalah untuk mereka berkerjasama dan saling membantu untuk ketepikan orang Melayu...
Sasaran mereka ialah bila mereka menguasai ekonomi dan populasi bandar besar nanti, secara automatik mereka akan mengawal ekonomi dan mempunyai cengkaman ke atas kuasa politik Malaysia...
Sasaran mereka sudah hampir direalisasikan apabila kerajaan hari ini memang dikuasai oleh Cina DAP...
Apa lagi yang akan tinggal untuk orang Melayu?
Dari segi sosio-ekonomi pula, mereka ini hanya 'preferred Chinese' dan hanya membuka peluang pekerjaan sesama mereka...
Orang Melayu jangan haraplah untuk kerja berhijrah di bandar...
Jika ada kerja pun, kerja bawahan sahaja...
Akhirnya, ini akan menyebabkan bangsa Melayu akan terus bergelut dengan kemiskinan di kampung, sambil hanya mampu melihat orang-orang 'China baru' dan 'Cina lama' ini hidup mewah bergembira di bandar-bandar besar...
Bukalah mata hati kita, kita sedang dihimpit oleh serangan serampang tiga mata secara serentak...
Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraidah, menyediakan tempat tinggal kepada 'China baru', 'Cina lama' sedang menyediakan dokumen kewarganegaraan kepada 'China baru' dan apabila 'China baru' dibawa masuk, mereka akan datang bersama kuasa ekonomi untuk melakukan 'penjajahan' ke atas anak watan...
Sebab itulah orang Melayu kini perlu bersatu...
Hentikan perbalahan sia-sia sesama sendiri...
Pemimpin-pemimpin berwajah Melayu tetapi berhati Cina seperti Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim dan Zuraidah mesti segera kita singkirkan...
Bersembunyi disebalik kata-kata sayangkan bangsa Melayu, tindakan mereka tidak seiring dengan kata-kata lunak yang mereka keluarkan...
Ketamakan terhadap harta dan kuasa menyebabkan mereka melacurkan perjuangan ugama dan bangsa dengan mendokong erat aspirasi bangsa asing untuk menjajah dan menghambakan bangsa Melayu sekali lagi...
Kita WAJIB bersatu dan bangkit untuk berjuang...
Perjuangan kita bukan untuk merampas harta atau hak sesiapa tetapi perjuangan kita adalah untuk mempertahankan maruah, hak dan kedaulatan ugama dan bangsa yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang kita di bumi kita sendiri...
Janganlah terkulai perjuangan kita bila mereka labelkan kita dengan berbagai-bagai gelaran buruk seperti rasis dan sebagainya...
Merekalah yang rasis kerana ingin merampas sesuatu hak yang bukan milik mereka untuk mereka miliki dan warisi kepada anak cucu mereka...
Piagam Penyatuan Ummah telah menawarkan kita platfom perjuangan yang suci kerana ianya berpaksikan Islam dan bersendikan bangsa...
Mari bersama-sama dalam jemaah perjuangan ini kerana kita sudah TIDAK BOLEH bertelagah antara satu sama lain lagi...
0 comments:
Post a Comment