Sunday, September 8, 2019

Dr. Mahathir Hina Melayu Malas Lagi Sebab Tak Sokong Dia...


Bila baca tweet Dr. Mahathir nie, termenung panjang memikirkan, kenapalah orang tua yang rumah kata pergi, kubur kata mari nie, tak habis-habis nak hina bangsa Melayu...

Apa sebabnya, apa puncanya?

Bak kata orang tua-tua, mati bersebab, sakit berpunca...

Betulker Melayu Malas


Dulu, kini dan selamanya, Dr. Mahathir kata Melayu malas...

Terkini Dr. Mahathir salahkan 'sikap malas' orang Melayu yang menyebabkan kebanjiran pendatang asing di Malaysia...

Dalam ertikata lain, Dr. Mahathir menuduh orang Melayu memilih kerja...

Maksud Dr. Mahathir, orang Melayu hanya mahu berkerja sekiranya mendapat gaji yang lumayan atau sekurang-kurangnya setaraf dengan kelulusan mereka...

Betulker macam tu?

Kalau kita masih ingat, sebelum menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, Dr. Mahathir pernah keluarkan kenyataan yang cukup biadab...


Dr. Mahathir menghina graduan anak Melayu yang berkerja sebagai pemandu Uber dan menjual nasi lemak (BACA DI SINI)...

Apakah graduan Melayu yang membawa Uber dan menjual nasi lemak dianggap sebagai orang Melayu yang malas dan memilih kerja?

Mereka berkerja dan berusaha sendiri kerana ingin meneruskan hidup dan membantu keluarga kerana mereka sedar mereka tidak mempunyai ayah yang mampu berikan projek bernilai berbilion ringgit macam yang Dr. Mahathir bagi pada anak-anak beliau, tapi kenapa Dr. Mahathir hina mereka?

Dan tahukah Dr. Mahathir, ada seorang anak muda Melayu, anak kepada seorang ibu tunggal, dengan rela tapi berat hati berhenti sekolah sebab mahu beri laluan kepada abang dan adik-adik beliau untuk meneruskan pelajaran...

Anak muda itu bukanlah seorang yang lembab atau 'Mat Blurr' macam Mukhriz yang masih berpeluang jadi Menteri Besar Kedah walau pun tak bijak...

Anak muda itu adalah seorang anak yang bijak, terbukti bila selepas berhenti sekolah dan sambung belajar di Giat Mara, anak muda itu menjadi salah seorang pelajar cemerlang...

Namun sekali lagi kerana tidak mampu membayar yuran peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia, anak muda tersebut akhirnya hanya mendapat Sijil Tamat Pelajaran di Giat Mara tanpa menduduki peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia...

Tahukah Dr. Mahathir, di mana anak muda itu sekarang?

Sekarang beliau berkerja di Pusat Pengumpulan Ikan dengan upah 40 sen bagi setiap tong ikan yang beliau angkat...

Sebahagian dari pendapatan yang tak seberapa tu, diberikan kepada ibu beliau untuk membantu ibu beliau...

Itu hanya satu dari beribu usaha gigih anak-anak muda Melayu yang terpaksa membanting tulang empat kerat untuk membantu keluarga yang makin tersepit dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin parah akibat dari dasar-dasar bodoh kerajaan Pakatan di bawah pimpinan Dr. Mahathir!!!

Kesusahan Rakyat Hari Ini Adalah Akibat Dari Kerakusan Tangan Dr. Mahathir



Untuk membantu sesebuah bangsa itu maju, ianya bukan boleh datang dengan cacian dan makian, ianya juga bukan boleh datang dengan merendah-rendahkan bangsa itu...

Ianya datang dengan formula polisi yang baik, pendidikan yang baik dan juga implementasi yang baik...


Mungkin Dr. Mahathir lupa, apabila Dr. Mahathir dan Anwar melaksanakan Dasar Penswastaan, ramai Melayu mendapat keistimewaan dari dasar ini, mereka terus menjadi kaya raya dengan gaji yang besar, tidak perlu usaha...

Serupa juga mereka diletakan di zon selesa bila Dr. Mahathir dan Anwar memberi Bumiputera Pink Form, satu polisi yang memberikan kekayaan 'overnight'...

Adakah polisi-polisi ini mewujudkan bangsa yang berusaha ?

Sebelum Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, polisi kerajaan membolehkan orang Melayu membuka ladang, bercucuk tanam dan nelayan, orang Melayu berusaha untuk meningkatkan diri bukan dengan cara senang, mereka terus membanting tulang empat kerat untuk hidup dan membesarkan anak-anak...

Semasa zaman itu, Dr. Mahathir telah gagal mewujudkan polisi agar orang Melayu menjadi peniaga...


Gagal mengekang bangsa Cina dari menipu kerajaan dalam tender-tender dan pelbagai dasar yang telah memberikan keuntungan kepada kaum Cina...

Sehingga hari ini Dr. Mahathir gagal dalam membina polisi membina untuk mewujudkan perniagaan yang boleh di rebut oleh orang Melayu!!!

Apabila Dr. Mahathir melancarkan Satelit Razak Sat, siapa yang mendapat nikmat?


Bukankah Ananda Krisnan mendapat Maxis, mana ada orang Melayu mendapat keistimewaan begitu baik...

Mereka dimomokkan dengan Celcom yang mana ianya adalah GLC...


Apabila Pewaja Steel diwujudkan, adakah ianya melahirkan peniaga Melayu?

Siapakah yang mendapat nikmatnya?


Semasa Tengku Razaleigh diminta membuat perniagaan Petroleum, beliau meminta masa 4 tahun, dan dalam masa 4 tahun itu, Tengku Razaleigh menyediakan anak-anak Melayu yang pakar dalam bidang ini...

Seramai 4,000 anak Melayu dihantar untuk belajar bidang Petroleum...

Selepas jangkamasa 4 tahun dan hasilnya apabila Petronas diwujudkan, Melayu dominan dalam bidang Petroleum...

Itulah cara meimplemtasikan Polisi Bangsa!!!

Jadi Dr. Mahathir tidak perlulah mencerca lagi Melayu...

Cukuplah dengan kegagalan Dr. Mahathir dan Anwar di bawah pemerintahan dahulu...

Jangan lagi melekakan Melayu dengan omokan kuasa, walhal di belakang takbir, kamu memberikan kekayaan kepada bangsa lain!!!

Kenapa Dr. Mahathir tidak menggalakkan Cina berkerja untuj mengambil tugas pendatang asing?

Kenapa perlu Dr. Mahathir menyalahkan bangsa Melayu?

Adakah bagi Dr. Mahathir bangsa Cina ini bangsa 'first class' dan tidak boleh buat kerja kotor?


Kenapa pemimpin tua yang berdarah Kutti dari Karala, India nie, anak seorang bekas gurubesar, menjadi seorang yang sangat tak beradab dan tak berterimakasih pada bangsa Melayu, satu bangsa yang dah banyak membantu diri dia dan keluarga dia dalam mengumpul harta dunia dan meletakkan dia di puncak kuasa...

Tanpa peluang dan kuasa yang diberikan oleh parti politik bangsa Melayu, tak mungkin Dr. Mahathir dapat berada di puncak kuasa sebanyak 2 kali dan Dr. Mahathir akan kekal hanya sebagai seorang doktor di Klinik Maha, Alor Setar, Kedah, yang hidup segan mati tak mahu, atau mungkin berkubur macam syarikat roti The Loaf milik Dr. Mahathir...

Tak mungkin anak-anak Dr. Mahathir yang tidak secemerlang mana dalam akademik dan memang dalam kategori yang kurang bijak, dapat menjadi jutawan di negara ini...


Kalau berhadapan dengan saingan yang adil dari rakyat Malaysia, anak-anak Dr. Mahathir mungkin hanya mampu berkerja di kilang atau pun hanya menjadi kuli kepada majikan...

Hakikatnya, cacian dan hinaan yang Dr. Mahathir lemparkan pada bangsa Melayu, adalah tidak sama seperti teguran keras tapi ikhlas dari seorang ayah kepada seorang anak...


Tetapi ianya adalah kerana kemarahan Dr. Mahathir kepada bangsa Melayu yang sudah semakin celik dan cerdik menghidu permainan politik keji Dr. Mahathir...


Kami bangsa Melayu TIDAK memerlukan perompak rakus dan tamak seperti Dr. Mahathir untuk menjadi pemimpin kami...

Bangsa Melayu semakin sedar, Dr. Mahathir bukanlah pemimpin hebat seperti yang disangkakan tetapi Dr. Mahathir adalah seorang penipu hebat...

Atas kesedaran itulah, sokongan dan kepercayaan kami bangsa Melayu kepada Dr. Mahathir semakin hari menipis...


Inilah yang membuatkan Dr. Mahathir marah dan kemarahan inilah yang membuatkan Dr. Mahathir menjadi manusia kurang ajar yang sesuka hati menghina bangsa kami sedangkan kesusahan bangsa Melayu pada hari ini adalah kerana kerakusan dan kebodohan Dr. Mahathir dalam membuat polisi yang dapat memajukan bangsa...

Enough is enough!!!.

0 comments:

fda

Archives