Tuesday, September 24, 2019

Matlamat Membangsatkan Bangsa Melayu Sudah Hampir Menjadi Kenyataan


Mantan Perdana Menteri ke 6 dan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Razak pernah mengingatkan, bangsa Melayu akan TERBANGSAT di tanah air sendiri sekiranya kehilangan kuasa...

Kini, kebimbangan yang pernah dilontarkan oleh pemimpin itu semakin jelas kelihatan...

Hinanya besi kerana karat dan hinanya manusia kerana miskin...

Itu peringatan nenek moyang kita untuk kita ambil iktibar...

Sejarah Menceritakan Bagaimana Peribumi Yang Kehilangan Kuasa Ekonomi, Kuasa Pemerintahan Dan Berpecah Belah Akan Terbangsat Di Bumi Sendiri


Satu-satu bangsa akan dipandang mulia bila memiliki kuasa pemerintahan atau politik, menguasai ekonomi dan bersatu padu...

Tanpa ketiga-tiga perkara tersebut, bangsa akan dipinggirkan malah akan dibangsatkan walau pun di tanah air sendiri...

Sejarah menceritakan bagaimana bangsa Red Indian dibangsatkan di bumi Amerika oleh bangsa British yang pada mulanya hanyalah bangsa pendatang buangan kerana kesalahan jenayah (BACA DI SINI)...

Bangsa Melayu pernah dijajah dan dibangsatkan juga oleh bangsa British dan Eropah hingga kita langsung tidak mempunyai hak untuk bersuara, apa lagi untuk membuat keputusan di tanah air kita sendiri...

Serangan Tiga Penjuru Untuk Membangsatkan Bangsa Melayu

Sama ada kita sedar atau tidak sedar atau buat-buat tak sedar, bangsa DAP sedang menyerang bangsa Melayu dari 3 penjuru secara serentak...

Cuba kita lihat perkembangan mutakhir di tanah air kita...

Harta Bangsa Melayu Di Jual Hampir Tidak Bersisa


Sebaik saja berkuasa, tanpa lengah, harta pegangan Melayu dan Bumiputera terus jadi sasaran DAP...

Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Khazanah, IHH, sampaikan harta zakat pun DAP kacau (BACA DI SINI)...

Ada saja yang tak kena, ada saja fitnah yang ditaburkan...

Di war-warkan, kononnya bawah pentadbiran Barisan Nasional, berlakunya salah guna kuasalah, salah tadbir urus pegawai-pegawai kanan yang sebabkan kemelut kewangan lah...

Tapi bila hasrat dan cita-cita dah tercapai, cerita salah tadbir urus senyap begitu jer...

Matlamat utama ialah untuk melemahkan kuasa ekonomi bangsa Melayu!!!

Orang Melayu Dihalau Seperti Anjing


Bila kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO tumbang dalam PRU 14, maka yang tumbang sebenarnya bukan parti Barisan Nasional tapi yang tumbang sebenarnya ialah kuasa pemerintahan orang Melayu (BACA DI SINI)...

Bila ini terjadi, kerajaan yang dilantik tidak akan mampu membela nasib bangsa Melayu yang dizalimi...

Dan inilah yang sedang berlaku sekarang...


Bulan Julai 2019, penduduk Melayu di Kg. Jawa, Tronoh, Perak dihalau dari tanah milik mereka walau pun mereka memiliki geran yang sah (BACA DI SINI)...



Di Paya Jaras, Selangor, 72 penduduk Melayu dirobohkan rumah mereka tanpa perikemanusiaan kerana didakwa mereka adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), walau pun waktu berkempen PRU 14, mereka didatangi oleh perayu-perayu undi...

Ada juga yang didakwa menduduki secara haram ditanah tersebut walau pun setiap tahun mereka membayar cukai pintu...

Apa pun alasannya, mereka semua adalah bangsa Melayu dan rakyat Malaysia...

Mengapakah kerajaan begitu kejam merobohkan rumah mereka tanpa menyediakan tempat tinggal sementara sebelum rumah dirobohkan (BACA DI SINI)...

Tak tersentuhkah hati bila melihat ibu-ibu tua dan kanak-kanak terpinga-pinga meratap sambil mengalirkan airmata bila rumah mereka dirobohkan di hadapan mata mereka sendiri?



Ironinya, orang Melayu dirobohkan rumah mereka, tapi orang Cina dengan murah hatinya kerajaan negeri Selangor keluarkan geran tanah untuk mereka!!!



Dan terkini, perancangan untuk menghalau bangsa Melayu dari satu-satunya penempatan bangsa Melayu di bandaraya Kuala Lumpur, iaitu Kg. Baru...

Berbagai janji manis ditaburkan, mungkin semanis janji PRU 14 yang lalu...

Ibarat kail berduri yang bersalut umpan, penduduk ditawarkan dengan RM850 bagi setiap kaki persegi tanah yang akan mereka jual, sedangkan harga tanah yang berhampiran KLCC yang cuma bersebelahan Kg. Baru berharga hingga RM4,000 per kaki persegi (BACA DI SINI)...

Pembangunan Kg. Baru yang dirancangkan sudah pasti akan membina kondominium meeah yang berharga jutaan ringgit dan sudah pasti tidak mampu dibeli oleh penduduk Kg. Baru...

Siapakah yang akan memenuhi Kg. Baru selepas ini?

Sudah pastilah jutawan-jutawan Cina yang dah lama mengidamkannya akan menjadi penduduk baru di Kg. Baru...

Tiada lagi penempatan bangsa Melayu di Kg. Baru...

Cina boleh berbangga dengan China Town di Petaling Street, India boleh berbangga dengan Little India di Brickfields tapi Melayu cuma boleh tersenyum kelat kerana pernah menjadi bekas penduduk Kg. Baru...

Memecahbelahkan Perpaduan Bangsa


Bukan rahsia, DAP sangat takut dengan gelombang penyatuan ummah yang digerakkan oleh UMNO dan PAS...

Penyatuan ini dilihat DAP boleh mengancam bukan saja kuasa pemerintaham malah ekonomi bangsa Melayu yang telah berjaya mereka robekan...


Usai majlis menandatangani Piagam Penyatuan Ummah, DAP dengan pantas menyuruh lembu-lembu yang telah dicucuk hidung belaan mereka untuk merangka satu lagi program yang dinamakan Kongres Maruah Melayu yang juga berasaskan bangsa Melayu sebagai mengimbangi gelombang Penyatuan Ummah supaya sokongan orang Melayu akan terbahagi kepada dua...

Walau pun DAP cuba bersikap baling batu sembunyi tangan tapi dengan kecekapan rakyat mencari maklumat telah mendedahkan segala-galanya (BACA DI SINI)...

Ternyata program Kongres Maruah Melayu adalah saranan DAP dan mendapat tajaan kewangan sepenuhnya dari DAP (BACA DI SINI)...

Kita tidak merasa hairan bila mendapat tahu DAP berhempas pulas mahu membangsatkan bangsa Melayu seperti yang terjadi pada kaum Red Indian di benua Amerika Utara tapi kita merasa hairan, marah dan malu bila ada bangsa Melayu sendiri yang bersekongkol dengan DAP untuk membangsatkan anak bangsa mereka di tanah air sendiri (BACA DI SINI)...


Bangunlah bangsa Melayu, jangan lagi kita leka dan alpa kerana mereka telah berada di depan rumah kita, cuma menunggu masa dan ketika untuk menghalau kita keluar...

0 comments:

fda

Archives