Laman blog nie ada ditulis mengenai skandal 1,000 ekar balak yang 'dikurniakan' pada Boboi aka Mukhriz aka anak lelaki bongsu Dr. Mahathir (BACA DI SINI)...
Tapi Mukhriz kata, dia cuma tolong kengkawan, lagi pun tu cerita lama (BACA DI SINI)...
Kita bersangka baik pada Mukhriz lah, memang betul dia tolong kengkawan dan cerita lama jangan dikenang, kita 'move on' lah yer...
Dulu Tolong Kawan, Sekarang Tolong Abanglah Kut
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan kabinet dah meluluskan peruntukan dan sebanyak RM21.6 bilion National Fiberisation and Connectivity Plan atau NFCP...
NFCP akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dari 2019 hingga 2023...
NFCP ialah projek untuk penambahbaikan atau 'upgrade' liputan internet dari 4G ke 5G...
Admin tak nafikan, projek nie bagus dan memberi kebaikan pada negara untuk jangkamasa panjang...
Tapi ada beberapa perkara yang jadi persoalan :
》Dalam keadaan ekonomi yang semakin gawat dan tenat, kenapa kerajaan masih lagi mahu berbelanja mewah...
RM21.6 bilion duit rakyat bukanlah satu jumlah yang kecil...
Rasanya banyak lagi keperluan pembangunan mesra rakyat yang lebih mendesak dari menaik taraf liputan internet dari 4G ke 5G...
Contohnya, pembangunan pengangkutan awam di seluruh negara terutamanya bandar-bandar besar...
Beberapa bandaraya di Malaysia, terutamanya Kuala Lumpur, adalah antara bandaraya yang mempunyai kesesakan trafik antara yang terburuk di dunia...
Kenapa dana yang begitu besar tak digunakan untuk membangunkan atau membuat kajian untuk menyelesaikan masaalah kesesakan trafik di Malaysia...
Ini bukan saja akan dapat memberi kebaikan pada negara malah dapat memberi munafaat secara terus kepada rakyat khususnya warga kota yang dah sekian lama tertekan dengan masaalah kesesakan trafik...
》Berapa banyak Telco di Malaysia sudah bersedia untuk beralih dari 4G ke 5G?
Liputan 4G ke seleuruh negara masih lagi ditahap yang tidak memuaskan hati pengguna...
Malah, kebanyakan Telco di Malaysia masih lagi gagal memberikan perkhidmatan liputan 4G ke beberapa daerah dan kawasan di Malaysia...
Sedangkan liputan 4G telah lama diperkenalkan di Malaysia...
Tidak keterlaluan kalau dikatakan, terdapat daerah dan kawasan yang masih lagi 'dipaksa' menggunakan liputan 3G walau pun pihak Telco mengiklankan tawaran liputan 4G pada pengguna...
Kalau liputan 4G pun pihak Telco masih belum mampu untuk memberikan perkhidmatan yang baik, maka menaik taraf liputan ke 5G adalah satu peracangan sia-sia dan membazir sebab pihak Telco sendiri belum bersedia...
》Berapa ramai rakyat yang akan mendapat faedah dari projek mewah nie?
Kebanyakan talipon pintar yang ada di pasaran belum lagi mempunyai keupayaan menerima liputan 5G...
Kebanyakannya masih lagi berada ditahap 4G...
Kalau pun ada talipon pintar yang mampu menerima liputan rangkaian 5G, seperti Samsung Galaxy Note 10+ yang berharga lebih RM4,800, ianya berada di luar kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia yang semakin hari semakin dihimpit dengan tekanan kos sara hidup...
Apalah gunanya mempunyai prasarana liputan rangkaian 5G sekarang ini, tapi hanya boleh disediakan oleh Telco dan digunakan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia lagi 5 atau 10 tahun lagi?
》Dan paling mengejutkan, projek pembangunan NFCP hanya ditawarkan kepada syarikat OPCOM!!!
Wow, satu projek yang begitu besar ditawarkan kepada hanya satu syarikat!!!
Apakah sudah diadakan tender terbuka bagi projek kerajaan yang mega dan mewah nie atau ianya 'dihadiahkan' secara runding terus?
Bukankah kerajaan PH berikrar, tiada lagi projek kerajaan akan diberikan secara runding terus kepada mana-mana syarikat?
Dan siapakah pemilik OPCOM?
Tidak lain dan tidak bukan ianya dimiliki oleh 2 lelaki bertuah di Malaysia, Mokhzani Mahathir dan Mukhriz Mahathir...
Jadi, kalau skandal 1,000 ekar balak Mukhriz katakan dia hanya tolong kawan, nampaknya dalam skandal NFPC RM26.1 bilion, Dr. Mahathir hanya tolong anak-anak lelaki dia...
Buktinya, saham OPCOM melonjak naik bila saja, Gobind mengumumkan projek mega NFPC 'dihadiahkan' kepada OPCOM!!!
Belum lagi projek bermula, Mokhzani dan Mukhriz dah dapat laba, apa lagi bila projek berjalan nanti...
Rakyat dapat apa!!!
0 comments:
Post a Comment