Sunday, July 21, 2019

Cermin Azmin Bukan Hanya Untuk Dirinya Dan Bang Non Saja Tapi Untuk Semua Pemimpin Pakatan


Kalau sebelum nie, satu Malaysia pernah dilanda fenomena 'TERKEJUT', hari nie, Pakatan Harapan sekali lagi bawa fenomena baru...

Kali nie, fenomena 'CERMIN' melanda negara...


Kisah bermula bila Azmin Ali ('gegurlz' yang disyaki berlakun dalam telenovela Semburit), dinasihatkan supaya bercuti atau meletak jawatan oleh Bang Non (Presiden PKR merangkap Menteri di Jabatan BAKAL Perdana Menteri), sekiranya benar dia yang yang melakunkan watak 'gegurlz' dalam telenovela Semburit...


Tapi Azmin suruh Bang Non cermin muka dia dulu atau bermuhasabah, betul-betul lawan tokey...

Admin tak berminat nak tulis pasal perang Bang Non dengan Azmin, sebab cerita tu dah mula basi, skrip dengan 'ending' dia pun kita dah tahu...

Apa yang admin nak katakan, sebenarnya, cermin ajaib yabg ada kat dinding tu, bukan hanya untuk Azmin tapi untuk semua pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, terutamanya Dr. Mahathir...

Dah terlalu banyak kerosakan terhadap rakyat dan negara yang mereka buat sebaik saja ambil alin pemerintahan di Putrajaya...

Dah terlalu banyak penipuan yang mereka lakukan...

Dah terlalu banyak janji-janji yang mereka mungkiri tanpa ada sedikit pun rasa bersalah...

Kita imbas balik sebahagian dari penipuan-penipuan dan janji-janji yang mereka mungkiri :

Dr. Mahathir


Berjanji untuk selamatkan Malaysia daripada apa tak tahulah dan macam-macam lagi janji-janji manis yang ditaburkan sebagai gula-gula pilihanraya...

"Saya cuma perlukan 2 tahun untuk pulihkan 'keadaan'"...

Keadaan apa yang Dr. Mahathir maksudkan, tak tahulah...

Dah tertunaikah janji-janji tu, dah pulihkah 'keadaan' yang dikatakan tu?

Khalid Samad


"Jika kita menang, esok lepas subuh kita akan tutup kilang arak"...

Akhirnya dia di uji dengan menjadi Menteri Wilayah, sudahkah dia uruskan tempat maksiat di KL?

Sebaliknya dia berjanji pula nak buat pilihanraya untuk memilih Datuk Bandar yang kalau dilaksanakan akan menjadikan kaum Cina sebagai Datuk Bandar...

Mat Sabu


"Kalaulah saya jadi Menteri Pertahanan segala aset yang ada kita akan bantu Palestin mengalahkan tentera Israel"...

Allah SWT datangkan ujian pada Mat Sabu dalam bentuk kuasa sebagai Menteri Pertahanan!!!


Sudahkan Mat Sabu membantu rakyat Palestin?

Kita bersangka baik, mungkin amoi tu salah seorang rakyat Palestin!!!

Mujahid Yusuf Rawa


"Nak laksanakan Islam kita kena menang Putrajaya"...

Allah SWT datangkan ujian pada Mujahid dalam bentuk menteri yang diberi kuasa dan tanggungjawab untuk menjaga Hal Ehwal Ugama Islam sebagai Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri...

Sudah terlaksanakah Islam di Malaysia?

Dr. Maszlee Malik


Saya sudah solat Istikharah beberapa kali sebelum masuk politik dan jika kita menang rakyat tidak perlu lagi membayar tol dari Kuala Lumpur ke Simpang Renggam...

Sudah terhapuskah tol dari Kuala Lumpur ke Simpang Renggam?

Kalau kita nak senaraikan seorang demi seorang ucapan mereka, lepas tahun depan pun belum habis untuk diperkatakan tapi tiada seorang pun yang bercakap tu dapat laksanakan apa yang mereka ucapkan...

Takziah buat mereka...

Alhamdulillah kita tidak menjadi sebahagian dari mereka...

Benar kita berbeza ideologi politik tapi kita tetap bertuhankan Allah SWT, kita tetap berkiblatkan Ka'abah, kita tetap berkitabkan Al-Quran, kita tetap bersyariatkan Nabi Muhammad SAW dan kita mengucapkan kalimah syahadah yang sama...

Hidup tak akan menongkat langit walau secanggih mana pun sains dan teknologi yang ada...

Sampai masanya kita pergi, kuasa dan jawatan yang dipegang akan ditinggalkan...

Tapi setiap penipuan yang dilakukan, setiap fitnah yabg ditaburkan, setiap janji yang dimungkiri, akan terus kekal dalam kitab amalan baik dan kitab amalan jahat kita...

Di mahkamah Rabbul Jalil, segala yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan ke atas kita...

Tak ada lagi Tommy Thomas untuk menggugurkan kes, tak ada lagi Hamid Bador untuk katakan filem amal yang sedang ditayangkan tu tak ada kaitan dengan kita...

Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka...

Bila apa yang kita lakukan sering ada halangan dan rintangan, itulah tanda yang datang dari langit supaya kita tidak lagi meneruskannya dan itu peringatan dari Allah SWT supaya kita tidak terus terjerumus dalam sifat-sifat munafik...

Semoga mereka mampu jawab dengan Allah SWT nanti...

Fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.