Sunday, June 16, 2019

Nasihat Untuk Tommy Thomas, Letak Jawatan Cara Terhormat Atau Di Singkirkan Cara Terbangsat


Peguam Negara Malaysia adalah merupakan seorang penasihat undang-undang utama kerajaan Malaysia..

Peguam Negara juga merupakan Peguam dan Pendakwa Raya bagi Kerajaan...

Peranan dan tanggungjawab Peguam Negara di peruntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan...

Proses Perlantikan Peguam Negara Yang Penuh Kontroversi


Walau pun mendapat bantahan dari berbagai pihak, akhirnya untuk mententeramkan keadaan, pada 4 Jun 2018, SPB YDP Agong ketika itu, Sultan Muhammad V, akhirnya memperkenankan perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara...

Tommy Thomas, Peguam Negara Terburuk Dalam Sejarah Malaysia



Sejak di beri amanah dan tanggungjawab sebagai Peguam Negara lebih setahun yang lalu, ternyata Tommy Thomas gagal membuktikan dirinya layak untuk menggalas amanah dan tanggungjawab yang di berikan...

Kita lihat sebahagian kecil dari senarai yang panjang tentang kegagalan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara...

Gagal Menguasai Bahasa Kebangsaan @ Bahasa Melayu



Belum pernah ada mana2 Peguam Negara bagi negara lain dalam dunia nie yang tak dapat menguasai bahasa ibunda negara mereka dengan baik...

Cuba bayangkan Peguam Negara bagi Amerika Syarikat dan England tak mampu menguasai Bahasa Inggeris!!!

Atau Peguam Negara bagi negara China atau Jepun tak tahu bercakap dalam bahasa ibunda mereka!!!

Tommy Thomas satu2nya Peguam Negara yang tak dapat menguasai bahasa ibunda...

Bahasa menunjukkan bangsa...

Lebih dari itu, sebagai Peguam Negara, Tommy Thomas pasti maklum akan kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan :

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (Bahasa Melayu)

(1) Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang di peruntukkan melalui undang undang oleh Parlimen :

Dengan syarat bahawa :

(a) Tiada seorang pun boleh di larang atau di halang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain...

Sekiranya Peguam Negara yang mempunyai tanggungjawab untuk menasihat kerajaan dari sudut undang-undang pun sudah TIDAK MENGHORMATI Perlembagaan Persekutuan yang menjadi dokumen undang-undang tertinggi negara, apakah asas dan pegangan Tommy Thomas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau sebagai Peguam Negara!!!


Sewajarnya Tommy Thomas meletak jawatan atau di pecat kerana beliau bukan saja TIDAK LAYAK menjadi Peguam Negara malah beliau juga TIDAK LAYAK mendapat kewarganegaraan Malaysia seperti dalam syarat ke 6 permohonan kewarganegaraan Malaysia!!!

Tommy Thomas Peguam Negara Yang Membakul Sampahkan Kedaulatan Undang Undang!!!


Undang-undang di rangka untuk menjaga hak dan keadilan semua pihak...

Tanpa undang-undang, dunia akan di penuhi dengan keganasan, kezaliman dan penindasan...

Dalam sistem pentadbiran Malaysia, prinsip Kedaulatan Undang Undang jelas tertulis dalam Rukun Negara yang ke 3...

Prinsip tiada siapa berada di atas undang-undang memang di genggam erat oleh masyarakat Malaysia malah masyarakat seluruh dunia...

Jabatan Peguam Negara yang di ketuai oleh Peguam Negara ialah jabatan yang tertinggi dalam mendaulatkan undang-undang yang sedia ada di Malaysia dalam menjamin hak semua pihak...

Peguam Negara yang MESTI bersifat berkecuali dan tidak memihak kepada sesiapa dalam melaksanakan tanggungjawabnya mendukung kedaulatan undang-undang negara...

Amat mendukacitakan dan sangat2 menjijikkan, bila Peguam Negara membiar dan merelakan kuasa yang di peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan dirinya di peralatkan demi melindungi kepentingan pihak2 tertentu...

Berikut sebahagian dari bukti bagaimana Tommy Thomas membiarkan dirinya menjadi alat bagai lembu di cucuk hidung :

Kes Rasuah Dan Salah Guna Kuasa, Lim Guan Eng, Menteri Kewangan


Kuasa pendakwaan dan kuasa menarik balik pendakwaan adalah kuasa mutlak yang di peruntukkan kepada Peguam Negara...


Menggugurkan kes rasuah dan salah guna kuasa yang di tuduh ke atas Lim Guan Eng ketika kes sedang di bicarakan di mahkamah (BACA DI SINI)...

Segala keterangan saksi dan bukti2 yang yang di kemukakan adalah sangat jelas mengatasi keraguan bagi mensabitkan kesalahan kepada tertuduh...


Hanya berlaku di Malaysia, dengan arahan Tommy Thomas, Peguam Negara yang mengkhianati prinsip Kedaulatan Undang Undang, kes yang sedang di bicarakan, di gugurkan serta merta tanpa sebab dan alasan yang kukuh (BACA DI SINI)...

Menggugurkan Kes Berprofil Tinggi Yang Membabitkan Beberapa Ahli Politik


Bukan setakat kes Lim Guan Eng, Tommy Thomas juga telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Peguam Negara untuk menggugurkan beberapa kes berprofil tinggi yang membabitkan beberapa ahli politik tanpa memberikan sebarang alasan!!!

Menyalahgunakan Undang Undang Untuk Menjatuhkan Kerajaan Negeri Yang Di Pilih Melalui Proses Demokrasi


Dalam isu tanah orang asli, Tommy Thomas telah menyalahgunakan kuasanya untuk cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan yang terdiri dari blok pembangkang di peringkat pusat...

Jelas dalam rakaman audio Siti Kassim, beliau menghasut seseorang untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang, supaya perancangan beliau dan Tommy Thomas untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan yang di pilih melalui proses demokrasi yang sah dapat di laksanakan...

Persoalannya, wajarkah seorang Peguam Negara berkonspirasi dengan pihak yang berkepentingan mencabul kedaulatan undang-undang serta proses demokrasi negara?

Menyalahguna Kuasa Untuk Campurtangan Dan Menentukan Keputusan Mahkamah Koroner Dalam Prosiding Inkues Allahyarham Mohd. Adib


Laman blog ini ada mendedahkan bagaimana Tommy Thomas menggunakan kuasa yang ada pada beliau sebagai Peguam Negara untuk campurtangan dalam perjalanan prosiding inkues Allahyarham Mohd. Adib (BACA DI SINI)...

Perkara ini di dedahkan sendiri oleh Puan Syazlin, peguam kepada keluarga Allahyarham Mohd. Adib dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan...

Tommy Thomas di katakan memberi tekanan kepada Syazlin supaya menarik diri dari prosiding inkues Allahyarham Mohd. Adib, bila Syazlin secara agresif mula membongkar kebenaran punca kematian Allahyarham Mohd. Adib!!!

Di manakah prinsip Kedaulatan Undang Undang?

Di manakah integriti Tommy Thomas sebagai seorang Peguam Negara?

Gagal Memberikan Nasihat Yang Betul Kepada SPB YDP Agong Dalam Isu Meratifikasi Statut Rom


Jelas dalam Perkara 145 (2) Perlembagaan Persukutuan, antara tugas utama Peguam Negara adalah untuk memberikan nasihat segala perkara yang berkaitan dengan undang-undang kepada SPB YDP Agong atau Jemaah Menteri atau mana2 menteri kabinet...

Dalam isu meratifikasi Statut Rom, jelas Tommy Thomas GAGAL memberikan nasihat yang betul kepada SPB YDP Agong dan juga jemaah menteri apabila kerajaan Malaysia meratifikasi Statut Rom tanpa mendapatkan perkenan dari SPB YDP Agong dan Majlis Raja Raja, sedangkan ianya berkaitan dengan kedaulatan Raja Raja Melayu (BACA DI SINI)...



Sangat jelas, Perkara 38(4) dan Perkara 38(6) Perlembagaan Persekutuan menyatakan apa saja perkara yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja Raja Melayu TIDAK BOLEH di luluskan tanpa mendapat perkenan dari Majlis Raja Raja...

Jelas di sini, Tommy Thomas, sebagai Peguam Negara, secara sedar telah mencabuli Perlembagaan Persekutuan...

Mendahului Kuasa Eksekutif Di Dalam Membuat Dasar Negara


Sebagai negara demokrasi berparlimen, Malaysia mengamalkan pengasingan kuasa di dalam pentadbiran negara...

Secara dasarnya, terdapat 3 cabang kuasa iaitu kuasa kuasa eksekutif (pembuat dasar), kuasa legislatif (pembuat undang-undang) dan kuasa kehakiman (pelaksana undang-undang) yang di asingkan dan tidak boleh bertindih antara satu sama lain...

Segala perangkaan dasar baru negara atau perubahan terhadap dasar yang sedia ada hanyalah di miliki secara MUTLAK oleh kuasa eksekutif yang kemudiannya mesti di bahaskan dan mendapat kelulusan sekurang2nya 2/3 ahli Dewan Rakyat...

Selepas itu, hendaklah di bentangkan dan di luluskan oleh ahli Dewan Negara sebelum di bawa kepada SPB YDP Agong untuk mendapat perkenan...

Mendahului segala proses yang menjadi amalan sebuah negara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan adalah satu perbuatan yang sangat2 TIDAK WAJAR, apatah lagi bila ianya di lakukan oleh seorang yang berjawatan Peguam Negara yang semestinya sangat2 arif mengenai perkara ini...

Namun Tommy Thomas telah mendahului jemaah menteri, Dewan Negara, Dewan Rakyat, malah SPB YDP Agong, bila secara bersendirian mengiktiraf Sijil UEC (BACA DI SINI)...

Untuk mengiktiraf sijil UEC, banyak perkara dalam dasar2 negara seperti Dasar Pendidikan Negara dan Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kedudukan Bahasa Melayu dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan MESTI di gubal...

Apakah sebagai seorang Peguam Negara, Tommy Thomas TIDAK TAHU atau sengaja TIDAK MAHU menghormati sistem pengasingan kuasa dalam pentadbiran Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan Malaysia?

Gagal menghormati dan menjunjung tinggi Kedaulatan Undang Undang, menjadi pengkhianat kepada 4 perkara teras, Perkara 3 (Kedudukan Islam Sebagai Agama Rasmi), Perkara 38 (Kedudukan Raja Raja Melayu), Perkara 152 (Kedudukan Bahasa Melayu) dan Perkara 153 (Ketuanan Melayu) yang tercatit dalam Perlembagaan Persekutuan dan dengan membiarkan diri di peralatkan oleh pihak2 tertentu, integriti Tommy Thomas sebagai Peguam Negara sangat2 di ragui...

Gagal memberikan nasihat yang betul kepada SPB YDP Agong mengenai perkara yang berkaitan undang-undang, membuatkan kredibiliti Tommy Thomas sebagai Peguam Negara menjadi tanda tanya...

Apa lagi yang boleh kita harapkan dari seorang yang lemah dan gagal melaksanakan tanggungjawabnya seperti Tommy Thomas...

Nasihat yang terbaik untuk Tommy Thomas ialah letak jawatan secara terhormat sebelum di singkirkan secara terbangsat!!!

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.