Wednesday, April 3, 2019

Isu Pengiktirafan UEC : Tommy Thomas Merasakan Lebih Berkuasa Dari Jemaah Menteri!!!


Belum lagi selesai Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC) yang di lantik oleh Kementerian Pendidikan untuk membuat kajian mengenai pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu UEC sekolah persendirian Cina, tiba2 Peguam Negara, Tommy Thomas, telah membuat kenyataan mengiktiraf sijil itu...

Peguam Negara minggu lalu mengeluarkan kenyataan bahawa Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia mengiktiraf UEC sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels...


Anggota PPDUEC yang telah di lantik pada 29 Oktober 2019, di ketuai oleh Pengasas Pusat Kajian dan Dokumentasi Pementasan Tradisional Malaysia (Pusaka), Eddin Khoo Bu Eng selaku pengerusi, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim, dan Timbalan Presiden Dong Zong, Datuk Tan Yew Sing selaku ahli (BACA DI SINI)...


Peguam Negara turut memaklumkan bahawa Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap Senior Middle 3 bermula 1 Januari 2021 (BACA DI SINI)...

Ultra kiasu bersorak gembira dengan keputusan itu...

Mungkin juga menari twist mengikut irama 'Let’s Twist Again'...

Ultra kiasu turut mengucapkan tahniah secara khusus kepada Peguam Negara, selaku Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia atas pengiktirafan itu...

Ini bermakna, pelajar persendirian Cina boleh membuat permohonan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG)...


Sepatutnya, jika UEC mahu di iktiraf, ia MESTI melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan di kawal selia oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, bukannya Dong Zong dan Dong Jiao Zong, seperti amalan hari ini...

Jelajah PPDEUC ini masih belum selesai...

Masih berjalan, di jangka di siapkan pada Julai tahun ini...

Ini di buktikan melalui kenyataan Menteri Pendidikan pada 21 Mac 2019, mengatakan bahawa keputusan untuk menubuhkan PPDUEC adalah susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Ogos 2018...

Menurut menteri lagi, PPDUEC di tubuhkan untuk mengumpul maklumat dan mengemukakan syor kepada kementerian berhubung isu pengiktirafan UEC...

Garis masa pasukan ini mengkaji isu pengiktirafan UEC adalah dari Oktober 2018 hingga Julai 2019...

Hasil dapatan daripada maklum balas mengenai pengiktirafan UEC akan di rumuskan dan syor2 akan di rangka dan di angkat kepada menteri pada Julai 2019, untuk di pertimbangkan sama ada sijil itu akan di iktiraf dalam sistem pendidikan negara atau tidak (BACA DI SINI)...

Dalam fahaman saya, berasaskan kepada kenyataan di atas, Jemaah Menteri (kerajaan) adalah institusi paling tinggi dalam menentukan sebarang keputusan, terutama perkara berkaitan hala tuju pendidikan negara...

Pihak lain tidak boleh mendahului...


Persoalannya, kenapa Peguam Negara mendahului kerajaan? (BACA DI SINI)...

Ya, tidak menghairankan kerana sebelum ini, kerajaan negeri Sarawak dan Melaka telah mengiktiraf UEC...

Jika kerajaan negeri Sarawak mengiktiraf saya masih lagi boleh menerima, kerana kita tertakluk kepada Perjanjian Malaysia 1963...

Sarawak ada hak dalam membuat keputusan berkaitan hal ehwal dalam negerinya...

Itu pun masih kurang manis, kerana nampak kelakar, kerajaan pusat belum buat keputusan, kerajaan negeri sudah mendahului seperti yang di lakukan oleh kerajaan negeri Melaka...

Jika beginilah keadaan cacamarbanya, maka eloklah, tak perlu lagi di buat kajian...

Iktiraf sahaja UEC, bubar sahaja PPDUEC yang sedang dalam proses untuk menghabiskan kajiannya...

Membazirkan duit rakyat sahaja, seolah2 kita sudah tahu jawapannya...

Pengiktirafan Peguam Negara terhadap EUC pada hemat saya adalah satu penghinaan kepada KPM...

Jika begitu besar kuasa Peguam Negara mengiktiraf UEC tanpa merujuk kepada KPM, siapa berkuasa ke atas siapa?

Negara kita akan menjadi bahan ketawa dunia...

Keadaan ini mungkin akan menjejaskan ekonomi negara, kerana kebimbangan pelabur luar yang takut dengan dasar caca merba dan tidak tegas sebegini...

Setiap kali bertukar menteri (kerajaan), maka bertukar dan berubahlah sesuatu dasar...

Itu belum di lihat lagi dalam soal perbelanjaan dalam merangka sesuatu dasar, kemudian memansuhkannya, seterusnya mengadakan yang baharu...

Berapa duit habis?

Tidak salah jika mahu merubah (memansuhkan) sesuatu perkara (dasar), kerana dunia berubah, pendidikan dan apa jua sektor perlu selari dan mengikut peredaran zaman...

Tetapi, kena pastikan akar atau tunjangnya tidak tercabut, bersekali dengan dasar yang berubah...

Pergilah merata dunia buat kajian, semua negara boleh di katakan, rata2 dasar mereka berasaskan kepada akar dan jati diri kehidupan bernegara...

Hanya ada, satu sistem pendidikan, satu dasar bahasa negara, dan dasar2 lain berasaskan kepada jati diri bangsa majoriti, dengan mengambil kira hak minoriti...

Peliknya, sistem pendidikan negara kita tidak berlaku sedemikian rupa, sehinggakan terdapat ramai rakyat Malaysia tidak menghayati jati diri dan kehidupan bernegara...


Lebih menyedihkan lagi, masih ramai yang langsung tidak boleh menggunakan bahasa negara atau bahasa kebangsaan, meskipun menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam, termasuk Peguam Negara...

Apakah wajar seorang rakyat Malaysia, berjawatan tinggi, mewakili negara dan kerajaan dalam setiap perkara berkaitan dengan bidangnya, tidak dapat menjadi cerminan kepada negara yang di wakilinya?

Teramat malang sekali...

Perkara ini tidak pernah berlaku dalam negara lain di dunia ini...

Bayangkan jika Peguam Negara Thailand, tidak tahu berbahasa Siam...

Peguam Negara China tidak tahu berbahasa Cina, begitu juga dengan Peguam Negara daripada negara yang lain...

Jika tidak percaya, kita tengok nanti bancian yang akan di buat sekali lagi pada tahun 2020...

Untuk makluman, bancian yang di buat oleh kerajaan pada tahun 2010 (sepuluh tahun lagi pada tahun 2020), rupa2nya ramai rakyat Malaysia yang tidak menguasai bahasa negara sehingga terpaksa menggunakan penterjemah, untuk menterjemahkan Bahasa Melayu ke dalam Bahasa Cina dan sebagainya...

Mereka ini tinggal di mana?

Bolehkah amalan membina negara dalam negara di amalkan dan di biarkan?

Wajarkan mereka ini di hantar balik ke tempat asalnya?

Saya pulangkan kepada semua ini kepada mereka yang mahu mengiktiraf UEC...

Juga rakyat Malaysia untuk menilai...

No comments:

Post a Comment

Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.