Laman blog ini ada mengulas tentang amalan politik menghalalkan cara aka politik longkang sebelum ini (BACA DI SINI)...
Kalau di pentas politik dunia, Bapa Politik Longkang ialah Niccolo Machiavelli...
Tapi di Malaysia siapakah pula pengasas atau pembawa budaya politik longkang?
Mari kita imbas balik sejarah politik Malaysia...
Masa Al Marhum Tunku Abdul Rahman hendak di jatuhkan, langkah pertama yang di lakukan oleh perancang konspirasi itu ialah menulis buku 'Malay Dilemma' yang mengecam hebat kepimpinan Al Marhum Tunku Abdul Rahman...
Selepas itu, saat menjelang PRU tahun 1970, Mahathir menulis surat yang mengecam Al Marhum Tunku Abdul Rahman dan di edarkan kepada hampir semua penjawat awam, terutamanya polis dan tentera...
Akhirnya, terpaksa tunduk dengan tekanan, Al Marhum Tunku Abdul Rahman terpaksa melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dan menyerahkannya kepada Allahyarham Tun Abdul Razak...
Kali kedua amalan budaya politik longkang berlaku dengan skala yang besar ialah apabila berlakunya krisis antara kerajaan dan Raja Raja...
Al Marhum Tuanku Iskandar (Sultan Johor yang ketika itu menjadi SPB YDP Agong), telah di fitnah membunuh kedi golf baginda...
Peristiwa amukan Prebet Adam telah di ambil kesempatan untuk menyebarkan FITNAH yang kononnya kedi golf yang mati itu adalah adik kepada Prebet Adam dan Prebet Adam di katakan mengamuk di sekitar Chow Kit kerana menuntut keadilan untuk adiknya...
Tujuannya supaya kerajaan ketika itu mempunyai alasan yang kukuh untuk membuat pindaan Perlembagaan yang akan menghadkan kuasa Raja Raja Melayu serta mencabut kekebalan Raja Raja Melayu (BACA DI SINI)...
Kali ketiga ialah ketika Anwar Ibrahim hendak di singkirkan...
Cerita dan gambar2 aksi seks luar tabiee Anwar Ibrahim di sebarkan dengan seluas2nya ke serata Malaysia, malah ke seluruh dunia...
Atas alasan mengamalkan seks luar tabiee, maka Anwar Ibrahim di singkirkan dengan cara yang paling terbangsat...
Amalan songsang yang sama tapi mendapat respon yang berbeza dari pemimpin2 utama Malaysia...
Sebenarnya banyak lagi cerita2, gambar2 serta video2 lucah yang melibatkan pemimpin2 utama negara seperti Muhyiddin Yassin, Chua Soi Lek pernah di edarkan, tapi kalau di tulis satu persatu, 10 mukasurat pun tak habis...
Apa yang admin ingin tekankah di sini ialah, politik longkang datangnya dari pemimpin yang berhati busuk seperti longkang...
Tanpa mengambil kira maruah dan harga diri batang tubuh yang di aibkan dengan cara yang paling menjijikkan, mangsa akan terus di telanjangkan selagi tidak mengibarkan bendera putih...
Bagi pemimpin yang menjadikan amalan politik longkang ini sebagai 'mazhab politik'nya, maruah keluarga mangsa bukanlah perkara utama yang harus di fikirkan...
Apakah dosa ayah dan ibu, anak isteri serta adik beradik mangsa kepada perancang politik longkang, sehingga mereka juga 'di palitkan' dengan aib yang di lakukan oleh mangsa?
Apakah tidak ada cara lain (tanpa menyebarkan keaiban) untuk memberikan tekanan kepada mangsa untuk berundur, sekiranya memang benar mangsa politik longkang melakukan dosa2 yang di tuduh itu...
Kepada perancang politik longkang yang menjijikkan itu, lihatlah diri sendiri, apakah ianya sesuci salju?
Ingatlah, sekiranya kita di pandang mulia dan si sanjung, ianya adalah kerana Allah SWT menutup aib kita...
Teringat satu kisah ulamak besar dunia, Imam Ahmad bin Hanbal, pengasas mazhab Hambali...
Satu ketika, di dalam perjalanan pulang Imam Ahmad bin Hanbal dari pasar ke rumahnya, orang ramai berebut2 mahu membantu beliau membawa bakul yang berisi barangan yang beliau beli di pasar...
Orang ramai berkata kepada Imam Ahmad bin Hanbal :
"Tidaklah layak bagi seorang ulamak di biarkan membawa sendirian bakul barangannya ke rumah, biarlah kami membawanya"...
Tetapi di tolak dengan baik oleh Imam Ahmad bin Hanbal dengan berkata :
"Aku di pandang mulia oleh masyarakat adalah kerana Allah SWT sedang menutup segala aibku"...
Kepada yang perancang politik longkang yang menjijikkan, apakah kamu sudah bersedia sekiranya Allah SWT membuka aib kamu satu persatu?
Dan kepada manusia2 yang merasakan dirinya adalah pemimpin, atau bercita2 untuk menjadi pemimpin, lihatlah akhlak diri sendiri sebelum memimpin masyarakat...
Janganlah menjadi pemimpin yang munafik, ibarat seekor ayam jantan yang berkokok berderai2 tapi ekor bergelumang tahi...
Bagaimana untuk memimpin masyarakat ke arah kebaikan, sekiranya diri sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat?
Sebelum memimpin masyarakat, pimpinlah diri sendiri serta keluarga ke arah kebaikan dan ketaatan kepada Allah SWT...
Lihatlah dulu diri sendiri, anak isteri sendiri, adik beradik sendiri, apakah termasuk ke dalam golongan yang mendapat keredhaan dan kerahmatan dari Allah SWT...
Sekiranya diri dan keluarga sendiri berada di dalam maksiat, ini adalah mesej yang jelas dari Allah SWT supaya berhenti dari menjadi pemimpin yang bersifat munafik...
Bertaubatlah, janganlah berputus asa dengan keampunan dan rahmat dari Allah SWT...
Berundurlah dengan cara terhormat sebelum 'di telanjangkan' lagi di mana orang2 tersayang turut akan terpalit dengan onar yang di lakukan...
Kepada masyarakat, jangan biarkan diri kita di peralatkan oleh ahli politik longkang yang mahu mengalihkan kegagalan demi kegagalan mereka dengan melekakan kita dengan politik longkang yang sangat2 menjijikkan!!!
No comments:
Post a Comment
Sila komen mengikut tajuk yang dibincangkan. Komen yang lari tajuk dan tidak sopan boleh ditahan siaran serta diban jika melampau sangat.