Wednesday, December 11, 2019

Terbaru!!! Kerajaan Pakatan Harapan Robohkan Rumah Orang Melayu Kg. Paya Kundang, Selangor


Satu persatu, rumah orang-orang Melayu dirobohkan...

Satu persatu, kampung orang-orang Melayu dimusnahkan...


Terkini, perobohan rumah-rumah dan pemusnahan pokok-pokok buahan di Kampung Melayu Puncak Kundang, Rawang, yang terletak bersebelahan dengan Sungai Serai...

Saksikan kezaliman Pakatan Harapan DI SINI...

Tanah tersebut telah diteroka dan diduduki serta dikerjakan oleh penduduk kampung seawal tahun 1986...

Apabila mereka memohon, Pejabat Tanah mengatakan tanah tersebut tidak boleh dipohon...

Tapi tahun 2016, bawah Azmin Ali yang menjadi Menteri Besar Selangor pada waktu tu, sebuah syarikat pemaju telah diberikan pemilikan tanah yang masih berstatus 'Tanah Pertanian'...


Dalam kejadian yang lain semalam, di Chow Kit, sebuah premis yang dimiliki oleh pendatang dari Bangladesh melakukan kekejaman ke atas peniaga Melayu tempatan...

Dan macam biasa, hanya dengar jeritan-jeritan, suara-suara yang kuat, berdoa kepada Allah SWT agar dihantar seorang penyelamat...

Mengingatkan tentang balasan hari akhirat...

Mengingatkan tentang kezaliman yang akan dibalas dan sebagainya...


Kampung Puncak Kundang ni seusia dengan Kampung Melayu Kundang...

Kampung Melayu Kundang merupakan perkampungan Melayu terakhir yang diberikan geran kekal selepas status TOL pada zaman Khir Toyo selaku Menteri Besar...

Selepas itu, tanah-tanah TOL yang diduduki, semuanya akan dilupuskan...

Perkampungan pertama yang berstatus TOL dan kemudiannya dirampas, rumah penduduk dirobohkan, tanaman dimusnahkan dan penduduk dihalau adalah Kampung Bukit Tagar, sebaik sahaja PKR menjadi kerajaan negeri Selangor...

Walaupun sepatutnya kampung tersebut yang rata-rata penduduknya adalah penyokong kuat PKR berdasarkan PRK Hulu Selangor tahun 2010, namun akhirnya ia dirobohkan...


Pada September 2019, kerajaan negeri Selangor di bawah Amirudin Shari telah berikan geran pendudukan kekal kepada 123 orang penduduk berbangsa Cina yang menduduki Tanah Rizab Melayu di Sekinchan...


Pada 10 Disember 2019, kerajaan negeri yang sama enggan campurtangan dalam penghalauan, perobohan dan pemusnahan di Kampung Melayu Puncak Kundang, Rawang!!!

Mujurlah Khir Toyo pada zaman akhir UMNO-BN sebagai Kerajaan Negeri sempat mengeluarkan geran pemilikan kekal untuk beberapa buah kampung, termasuklah Kampung Melayu Kundang...

Kalau tak, semua tanah di sekitar Tasik Biru Kundang, sudah pun dimiliki pemaju!!!

Sebabnya, Melayu nie kebanyakanya hanya kuat memekak, kuat komplen, kuat merungut dan kuat tak puas hati...

Bila bertindak, Melayu selalu salah pilih...

Mungkin sebab Melayu itu salah satu sifatnya ialah SUKA BAKAR KELAMBU SEBAB MARAHKAN NYAMUK SEEKOR SAJA...


Kerosakan dan kezaliman yang berlaku adalah disebabkan tangan-tangan kita sendiri...

Allah SWT dah peringatkan perkara nie dalam kitab suci Al Quran lebih 1,400 tahun dahulu...

Takkan nak tunggu Imam Mahdi untuk bela nasib umat Islam...

Allah SWT dah beritahu dalam kitab suci Al Quran, nasib sesuatu bangsa itu hanya boleh diubah oleh bangsa itu sahaja...

Setakat bising, marah-marah, harap Imam Mahdi segera muncul, berdoa tanpa usaha bertindak, tak ke mana...


Aku Melayu, orang Selangor pun majoritinya Melayu, tapi percayalah, Pakatan Harapan yang berhati Yahudi nie akan tetap dapat tubuhkan kerajaan negeri Selangor lepas PRU 15 nanti...

Dahsyat sungguh kesabaran orang Melayu nie...

Sampai kaum pendatang letakkan tapak kaki kat atas muka, kahakkan muka kita dengan kahak hijau pekat, pun orang Melayu tetap bersabar...


Bising-bising sikit, lepas tu bila kena pujuk, pemimpin-pemimpin hanat nie buat lawak serba sikit masa berkempen, bancuhkan dengan fitnah sikit, terus lupa cerita rumah yang kena roboh, kampung halaman yang dah hancur dan dihalau macam anjing dalam tanah air sendiri...

Tak tahulah, bila bangsa aku nak terbuka mata hatinya...

Atau kita nak tunggu sampai depa datang robohkan pintu rumah kita, rogol isteri dan anak dara kita, baru kita nak bertindak, ker camaner...

0 comments:

fda

Archives