Saturday, December 21, 2019

Antara Sumpah Laknat DS Najib Dengan Akuan Bersumpah Azilah, Yang Mana Kita Mesti Yakin, Ingat Allah SWT Ada!!!


Ini bukan kali pertama DS Najib buat sumpah laknat untuk menafikan pembabitan beliau dalam pembunuhan Altantuya...

Ini adalah kali ketiga DS Najib melakukan sumpah laknat atas isu yang sama...

Kali pertama pada tahun 2007 di Ijok, Selangor, ketika pilihanraya kecil di sana...


Kali kedua di salah sebuah masjid di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada tahun 2008, juga ketika pilihanraya kecil di sana...


Maka ini adalah kali ketiga DS Najib melakukan Sumpah Laknat atas isu yang sama...

Tapi admin yakin, walau pun sudah tiga kali DS Najib membuat Sumpah Laknat namun masih ada lagi pembenci DS Najib yang akan cuba mempertahankan Akuan Bersumpah Azilah walau pun bukti telah dibawa ke hadapan mata...

Bagi mereka, Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah jauh lebih 'valid' dari sumpah laknat yang diucapkan dengan lafaz 'WALLAHI', 'WABILLAHI', WATALLAHI'...

Apakah selepas DS Najib melakukan Sumpah Laknat dengan lafaz 'WALLAHI', 'WABILLAHI', dan 'WATLLAHI', dengan disaksikan oleh ribuan umat Islam dan dilakukan di dalam Rumah Allah, masih ada lagi suara-suara yang berani menuduh atau mengkaitkan penglibatan beliau dalam pembunuhan Altantuya?

Ingatlah, Sumpah Laknat dengan menggunakan nama Allah SWT, bukanlah satu perkara yang boleh diperlekehkan...

Apa lagi dalam Sumpah Laknat yang DS Najib lafazkan, beliau dengan jelas dan terang menyatakan, sekiranya beliau berdusta, maka laknat Allah SWT ajan menimpa dirinya dan sekiranya beliau berkata benar, maka beliau berdoa supaya laknat Allah SWT menimpa diri orang yang memfitnahnya...

Sebelum kita terus merasa seronok untuk menuduh DS Najib selepas beliau melakukan Sumpah Laknat, ingatlah, sekiranya memang DS Najib berbohong dalam Sumpah Laknat beliau, maka laknat Allah SWT akan tertimpa ke atas beliau tetapi sekiranya DS Najib jujur dan benar-benar TIDAK terlibat dengan perancangan pembunuhan Altantuya, maka di akhirat nanti kita bukan saja akan dipertanggungjawabkan dengan fitnah yang kita sebarkan, malah di dunia ini, laknat Allah SWT akan menimpa kita (BACA DI SINI)...

Tanyalah diri kita dengan hati yang jujur, mampukah kita menanggung laknat Allah SWT di dunia dan di akhirat nanti?

Ingat, tiada hijab yang akan menghalang doa orang yang teraniaya dari Allah SWT...


Satu perkara yang sangat melucukan bagi admin ialah bila Ketua AMK, Akmar dan Menteri Hal Ehwal Najib (MENHEN), bertanya adakah DS Najib noleh melakukan Sumpah Laknat atas isu 1MDB? (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...


Bagi admin mudah, DS Najib sudah melakukan tiga kali Sumpah Laknat atas isu pembunuhan Altantuya tapi berapak kalikah Anwar Ibrahim atau Azmin sudah melakukan Sumpah Laknat atas tuduhan seks luar tabiee ke atas mereka dan berapa kalikah Dr. Mahathir sudah melakukan Sumpah Laknat atas kes kehilangan rezab BNM sebanyak RM30 bilion dulu?

Kalau belum, apa kata Akmar atau Lim Kit Siang suruh Anwar Ibrahim atau Azmin atau Dr. Mahathir lakukan Sumpah Laknat...

Tapi mahukah atau beranikah mereka...😉😉😉

0 comments:

fda

Archives