Monday, December 2, 2019

Lepas KSU Kementerian Pertanian Jadi Mangsa Din Ikan Kembong, Giliran KSU Kementerian Pendidika Jadi Mangsa Maszlee Capang?


Minggu lepas kita dikejutkan dengan pendedahan skandal RM1.4 bilion yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Air Hitam, DS Dr. Wee Kah Siong dalam Dewan Rakyat...

Kelam kabut mencari alasan untuk menjawab pendedahan skandal, akhirnya, Mohd. Salehhuddin Hassan, KSU Kementerian Pertanian menjadi kambing hitam (BACA DI SINI)...

Beliau telah diarahkan untuk bertukar ke jabatan lain serta merta tanpa sebab dan alasan yang munasabah!!!


Seperti kenyataan yang dibuat oleh DS Ismail Sabri, Ketua Pembangkang, sepatutnya Menteri Pertanian Salahuddin Ayob yang ditukar, bukannya Mohd. Salahhuddin!!! (BACA DI SINI)...

Ada asasnya kenyataan DS Ismail Sabri, apakah kerana Mohd. Salehhuddin Hassan mendedahkan kebenaran, maka beliau dikenakan tindakan begitu!!!


Semalam portal ini mendedahkan mengenai skandal RM2.5 bilion Maszlee Capang di Kementerian Pendidikan (BACA DI SINI)...

Ada juga cytro Pakatan yang cuba melindungi isu skandal RM2.5 bilion Maszlee Capang dengan mengeluarkan infografik yang ditepekkan dengan perkataan PALSU!!!

Ada pula yang cuba spin, kononnya apa yang berlaku adalah tender-tender Kementerian Pendidikan tu dah diberi kepada kroni-kroni UMNO, jadi sekarang nie tender-tender sedia ada dibatalkan dan diberi pada syarikat baru...

Betulker?


Kalau kita masih ingat, seawal Pakatan Harapan ambil alih kuasa, beberapa orang KSU telah ditukarkan dengan alasan pegawai kerajaan mesti menyokong 'government of the day' dan Dato' Dr. Mohd. Ghazali adalah antara KSU yang menggantikan DS Alias Hj. Ahmad, KSU Kementerian Pendidikan lama yang dikatakan tidak menyokong 'government of the day'...

Ghazali telah menjadi KSU Kementerian Pendidikan sejak 20 Jun 2018 hingga kini...

Pakatan Harapan sudah tentu akan melantik KSU yang diyakini menyokong kerajaan Pakatan Harapan untuk menggantikan KSU yang disyaki masih setia dengan kepimpinan Barisan Nasional...

Kalau betul tender tu asalnya memang diberi pada kroni UMNO, mengapa selepas satu tahun setengah baru mahu dibatalkan dan diberi kepada syarikat yang lain?

Dan apakah menjadi dasar kerajaan Pakatan Harapan untuk memberikan tender hanya kepada syarikat-syarikat kroni mereka sahaja dan bukannya berdasarkan kepada keupayaan dan prestasi syarikat penender?

Mana slogan Malaysia Baru, apa yang baru?


Dari maklumat yang diterima, Dr. Mohd. Gazali diberi tempoh hingga hari Selasa (13/12/2019), untuk mematuhi arahan membatalkan tender-tender baru yang sebenarnya telah pun 2 kali dibatalkan tanpa alasan yang jelas...

Gagal atau engkar mematuhi arahan, Dr. Mohd. Gazali bakal disejuk bekukan di jabatan lain!!!

Sedangkan Dr. Mohd. Gazali mempunyai alasan yang cukup kukuh untuk tidak mematuhi arahan yang diberikan...

Rakyat berharap, Dr. Mohd. Gazali berpegang teguh pada integriti dan sumpah perjawatan yang dilafazkan...


Mentaati ketua adalah wajib di dalam Islam selagi ketua TIDAK mengarah untuk melakukan perkara-perkara mungkar...

Melanggar perlembagaan negara adalah antara perbuatan keji dan mungkar kerana ianya melibatkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia...

Berpegang teguh pada prinsip integriti dan jatidiri, rakyat Malaysia akan bersama-sama dengan Dr. Mohd. Gazali...

Kepada Din Ikan Kembong, Msszlee Capang dan kerajaan Pakatan Harapan, kita ingin bertanya, sejak bila keengganan mematuhi arahan yang bertentangan dengan perlembagaan dan membongkar salah laku menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang?

Benar, Pakatan Harapan mentadbir negara dengan membakul sampahkan prinsip 'Rule of The Law' dan menjunjung tinggi prinsip 'Rule of The Jungle'!!!

0 comments:

fda

Archives