Dirancang atau tidak segala yang berlaku adalah atas izin Allah SWT...
Persidangan Agung UMNO 2019 dan Kongres Nasional 2019 berlangsung pada hari dan waktu yang sama...
Itulah perancangan Allah SWT dan yang lebih penting, rakyat Malaysia mesti menyelaminapa yang tersirat dari sebalik yang tersurat...
Apa yang Allah SWT mahu tunjukkan kepada rakyat Malaysia...
Dua senario yang jauh berbeza dari dua persidangan dari dua parti politik yang brrbeza bukan saja dari nama tetapi juga dari sudut ideologi politik serta perjuangan...
Sama-samalah kita buat perbandi
Konvensyen Nasional PKR Bertukar Menjadi Pertandingan Muay Thai
Sebelum konvensyen dah kecoh (BACA DI SINI)...
Waktu nak diadakan konvensyen pulak bergaduh!!! (BACA DI SINI)...
Punca pergaduhan dikatakan sebab Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta lebih kurang 200 ahli PKR tak dibenarkan masuk ke dalam dewan...
Dan dalam masa yang sama, sekumpulan yang tak dikenali menggunakan T-Shirt hitam dilihat dibenarkan memasuki dengan persidangan...
Ini menimbulkan kekecohan yang membawa kepada pergaduhan...
Sewaktu konvensyen pula, menyaksikan hampir separuh perwakilan meninggalkan dewan konvensyen...
Ianya berpunca dari rasa tidak puas hati dari team Kartel Azmin kepada Presiden PKR...
Terdapat juga perwakilan PKR yang dilihat cuba menimbulkan kekecohan di luar dewan dengan cuba membuat provokasi!!!
Bagaimana pun, Presiden PKR cuba menafikan adanya unsur-unsur sindiran dalam ucapan perwakilan yang membahaskan ucapan dasar presiden...
Malah secara sindiran Anwar menjelaskan, sekiranya Azmin terasa dengan kisah Si Kitol yang dibangkitkan oleh perwakilan, itu terpulang pada Azmin dan bukan masaalah beliau...
Persoalannya, ke manakah hala tuju dan matlamat perjuangan PKR?
Saling berbalah sesama mereka semata-mata kerana gilakan pangkat dan kedudukan...
Tidak hairan selepas rakyat memberi mereka mandat, keadaan rakyat dan negara ini berada dalam keadaan kacau bilau kerana untuk uruskan parti sendiri sudah gagal, apa lagi untuk menguruskan rakyat dan negara ini!!!
Persidangan Agung UMNO 2019 Berjalan Dengan Lancar Dan Bersemangat
UMNO bukan lagi parti pemerintah...
Tidak dinafikan, sewaktu PAU 2018, keadaan adalah suram dan kebanyakan perwakilan dilihat lesu...
Waktu itu UMNO baru saja tumbang di tangan Pakatan Harapan dalam PRU 14...
Ibarat luka yang masih mengalir darahnya, bisa yang masih terasa denyutannya, kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO berada dalam keadaan terpinga-pinga...
Tetapi selepas 19 bulan kehilangan kuasa, PAU 2019 menyaksikan kehadiran perwakilan dan pemerhati dalam keadaan yang cukup bersemangat...
Luka yang dialami 19 bulan dahulu sudah mula sembuh walau pun parutnya masih jelas kelihatan...
UMNO menuju ke arah dimensi baru...
Kehadiran Presiden PAS bersama 20 orang perwakilan dari kepimpinan tertinggi PAS pusat menambahkan seri PAU 2019...
Lagu UMNO didendangkan oleh perwakilan UMNO dan PAS dengan penuh semangat...
Halatuju UMNO semakin jelas dan keyakinan dan harapan rakyat, khususnya orang Melayu kepada UMNO semakin tinggi...
UMNO dan PAS diharap dapat mentunjangi Muafakat Nasional untuk kembali meletakkan Malaysia di kedudukan sebelumnya dan memakmurkan rakyat Malaysia tidak kira ugama atau pun bangsa...
Lebih 7 dekad UMNO berdiri dan selama itulah dan In Sya Allah selama-lamanya UMNO akan terus menjadi parti keramat orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya...
Dua senario yang jauh berbeza dari dua persidangan dari dua parti politik yang brrbeza bukan saja dari nama tetapi juga dari sudut ideologi politik serta perjuangan...
Sama-samalah kita buat perbandingan agar dapat membuat pilihan yang tepat supaya tidak terpedaya sekali lagi seperti di PRU 14...
Antara PAU dan Kuntau, mana satu pilihan rakyat Malaysia?
0 comments:
Post a Comment