Monday, December 23, 2019

Isu Tulisan Jawi, Dong Zong Menyalak Lagi, Apa Agenda Sebenar Dan Siapa Di Belakang Mereka?


Sekali lagi pertubuhan ultra kiasu Cina, Dong Zong menyalak mengenai perlaksanaan pengenalan Tulisan Jawi di sekolah vernakular tanpa menghiraukan sensitiviti bangsa Melayu sebagai bangsa majoriti di negara ini...

Dulu bila dah kena hentam dengan orang Melayu, dah senyap kejap tapi sekarang Dong Zong seolah-olah sengaja nak simbah minyak pada api kemarahan orang Melayu yang dah mula reda...


Kali ini Dong Zong bercadang untuk mengadakan Kongres Pertubuhan Cina untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pengenalan Tulisan Jawi di sekolah vernakular mulai tahun hadapan...


Walau pun Dr. Mahathir sendiri telah mengingatkan Dong Zong sekiranya kongres tersebut diteruskan juga, ianya akan membakar api kemarahan orang Melayu dan keadaan akan menjadi huru hara apabila orang Melayu bertindakbalas nanti...


Namun Dong Zong dilihat bukan sekadar tidak mahu mendengar nasihat Dr. Mahathir tetapi mencabar nasihat Dr. Mahathir apabila secara terbuka mengajak semua pertubuhan Cina di Malaysia menyertai kongres tersebut sebagai bukti kekuatan suara masyarakat Cina di Malaysia!!!

Sebenarnya kita tak faham serta tidak nampak apa asasnya kenapa Dong Jiao Zong bersungguh-sungguh mahu membantah pengenalan Tulisan Jawi...


Tulisan Jawi yang diperkenalkan adalah tulisan yang hampir setiap hari kita lihat dalam kehidupan kita dan Tulisan Jawi yang akan diperkenalkan cuma 3 mukasurat sahaja atau dengan lebih tepat cuma 3 patah perkataan sahaja...

Apakah pemimpin Dong Jiao Zong TIDAK PERNAH melihat perkataan Bersekutu Bertambah Mutu yang ditulis dalam Tulisan Jawi yang ada di Jata Negara?

Atau mereka memang TIDAK TAHU apa itu Jata Negara!!!

Apakah pemimpin Dong Jiao Zong tidak pernah melihat perkataan Bank Negara Malaysia dan perkataan Ringgit Malaysia yang terdapat di setiap helai duit ringgit Malaysia?

Atau memang selama ini pemimpin Dong Jiao Zong berurusan sesama sendiri dalam matawang asing?

Tapi bantahan yang dibuat oleh Dong Jiao Zong seolah-olah ianya adalah satu dasar yang akan membuat semua bangsa Cina di Malaysia akan dipaksa menukar ugama mereka kepada ugama Islam!!!

Berapa ramaikah orang Cina yang telah menukar ugama asal mereka kepada ugama Islam hanya selepas melihat Tulisan Jawi pada Jata Negara dan Ringgit Malaysia?

Apa Agenda Dong Jiao Zong Sebenarnya?


Perhimpunan Memperingati Ulang Tahun Ke 30 Perjanjian Damai Hadyai memang sahih mempunyai kaitan yang rapat dengan Parti Komunis Malaya, itu tak dapat dinafikan (BACA DI SINI)...

Semasa perhimpunan, banyak ucapan-ucapan yang memperingati kembali atau cuba menyuburkan kembali semangat komunisme...

Di mana ia diadakan?

Di Kolej New Era kepunyaan Dong Jiao Zong...

Dan Kongres Pertubuhan Cina untuk membantah perlaksanaan memperkenalkan Tulisan Jawi di sekolah yang cuba dianjurkan oleh Dong Jiao Zong juga dicadangkan untuk diadakan di kolej yang sama...

Apakah Dong Jiao Zong juga mempunyai kaitan dengan usaha menghidupkan kembali ideologi komunisme di Malaysia, fikirkanlah sendiri!!!

Siapa Di Belakang Dong Jiao Zong?


Dong Zong TIDAK akan berani serta biadab seperti sekarang kalau tidak ada sokongan yang kuat di belakang mereka...

Tapi siapa?

Dalam isu Tulisan Jawi, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP mempertahankan Dong Jiao Zong bila masyarakat Melayu mengecam pendirian mereka dalam isu Tulisan Jawi...


Dalam Perhimpunan Memperingati Ulang Tahun Ke 30 Perjanjian Hadyai yang diadakan di premis Kolej New Era kepunyaan Dong Zong, Ronnie Liew, AJK Tertinggi DAP Pusat, bukan sekadar datang sebagai jemputan, malah memberikan ucapan dalam majlis tersebut...

Apakah semua ini satu kebetulan?

Sukar untuk kita nafikan adanya kaitan antara komunisme, Dong Zong dan DAP!!!

Apa Sebenar Agenda Mereka?


Seperti yang admin katakan, sebenarnya Dong Jiao Zong TIDAK ada asas yang kukuh untuk membantah langkah memperkenalkan Tulisan Jawi di sekolah...

Pada pandangan admin, Dong Zong dan isu Tulisan Jawi SENGAJA dirancang untuk menaikkan kemarahan supaya masyarakat Melayu bertindak balas...

Bila masyarakat Melayu bertindak balas dan keadaan menjadi tegang, maka ianya akan membuka laluan yang cukup besar untuk kerajaan Pakatan Harapan menjalankan Ops Lalang II...

Maka semua pemimpin Melayu sama ada dari UMNO, PAS atau NGO akan ditangkap dan dipenjarakan...

Mengapa mereka MESTI ditangkap?

Kerana mereka yang selama ini menyedarkan rakyat tentang kebobrokan kerajaan Pakatan Harapan hingga mewujudkan gelombang besar penentangan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan...

Populariti kerajaan Pakatan Harapan berada di tahap yang paling buruk sekarang ini bukan saja di dalam negara, malah juga di luar negara...

Kebangkitan rakyat sudah tidak dapat dibendung oleh kerajaan Pakatan Harapan...

Semakin hari rakyat semakin meluat dan marah dengan kerajaan Pakatan Harapan...

Ini mesti dinoktahkan dengan segera...

Maka amat penting, pemimpin-pemimpin masyarakat Melayu ini mesti segera dipenjarakan supaya kebangkitan rakyat dapat dihentikan dengan segera...

Pemimpin Melayu ini akan dipenjarakan bukan kerana menentang Dong Zong yang menentang Tulisan Jawi tetapi kerana mendedahkan pekong kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat!!!

Jangan kita lupa, siapakah yang memulakan isu Tulisan Jawi...

Bukan UMNO...

Bukan PAS...

Bukan NGO...

Tetapi Pakatan Harapan...

Dan kini Pakatan Harapan sudah bersedia menggunakan isu ini untuk melindungi agenda sebenar mereka...

Siapa?

Biar gambar berbicara...

0 comments:

fda

Archives