Kenapa SPRM tak siasat skandal terowong ghaib peninggalan Lim Guan Eng?
Sebenarnya, SPRM dah siasat pun...
Kalau tak percaya, cuba google dan tengok kenyataan SPRM 9 bulan dahulu (kalau mengandung, dah bersalin dah)...
Ceritanya begini :
Bulan Februari lepas, blogger Raja Petra Kamarudin (RPK) dihantar kertas siasatan dalaman SPRM untuk kes terowong ajaib Pulau Pinang...
RPK dedahkan kertas-kertas sisatan tersebut di laman web beliau melalui 10 buah artikel termasuk pengakuan dari pemilik syarikat terowong bahawa pemimpin-pemimpin DAP terlibat dalam rasuah besar termasuk kepentingan 10% dalam projek tersebut (BACA DI SINI)...
Tapi tak ada seorang dari pemimpin DAP yang dinamakan dalam kertas siasatan tersebut berani memberi komen apabila ditanya tentang kertas siasatan ini...
1 Mac 2019 pula, SPRM buat laporan polis mengenai pembongkaran RPK (BACA DI SINI)...
Tapi SPRM tak pula bagi kenyataan, sama ada laporan ini adalah mengenai pembocoran atau pemalsuan kertas siasatan mereka...
Lepas 6 bulan laporan polis dibuat, masih tak ada sebarang berita mengenai kesudahannya...
3 hari lepas laporan polis dibuat, SPRM keluarkan kenyataan, ada 6 kertas siasatan kes terowong yang masih menunggu keputusan Peguam Negara sejak awal tahun 2018 (BACA DI SINI)...
Bulan April pula, seorang ahli perniagaan didakwa 72 kali di Mahkamah kerana terima bayaran RM19 juta dari pemilik syarikat terowong dalam usaha menghentikan siasatan SPRM...
Apa yang menakjubkan ialah semua butiran terperinci termasuk nombor akaun, tarikh, jumlah dan mana sogokan diberi dalam kertas dakwaan mahkamah adalah 100% padan dengan apa yang dibongkarkan oleh RPK melalui kertas siasatan tersebut berbulan-bulan yang lepas (BACA DI SINI)...
Hebatnya 'Rule of Law' Pakatan Harapan bawah tajaan DAP, pemberi sogokan untuk halang siasatan SPRM pula tak dikenakan walau satu caj pun...
Bila isu kertas siasatan terowong terbongkar ini dibangkitkan dalam Parlimen, pertanyaan mengenai tuduhan PAS dibayar oleh UMNO sebanyak RM90 juta pula yang timbul...
Untuk rekod, kes nie dah pun selesai disiasat SPRM dan SPRM mengesahkan tak ada 'money trail' RM90 juta yang difitnah tu...
Maksudnya apa, perkara ini sengaja ditimbulkan untuk alihkan perhatian...
Berbalik pada kes terowong Guan Eng yang ghaib tu, Speaker Dewan Rakyat tiba-tiba melarang segala maklumat dari laporan media serta media sosial digunakan semasa membahas (BACA DI SINI)...
Dalam sesi parlimen yang sama, Timbalan Menteri, Hanipa Maidin pula menyuruh Wee Ka Siong untuk tulis kepada pihak polis jika mahu tahu sama ada laporan SPRM kepada polis mengenai RPK adalah mengenai pembocoran atau pemalsuan kertas siasatan (BACA DI SINI)...
Wee Ka Siong sebagai Ahli Parlimen pun tulis surat pada Ketua Polis Negara Fuzi dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri untuk dapatkan penjelasan...
Tapi kedua-dua surat tu tak pernah dijawab sampailah Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM digantikan dengan orang lain...
Wee Ka Siong sekali lagi tulis surat pada pengganti mereka...
Persoalannya, kenapa surat ini susah sangat untuk dijawab oleh Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru?
Sebab, kalau disahkan bahawa laporan polis yang dibuat oleh SPRM adalah mengenai pembocoran dan bukan pemalsuan, maka ianya juga akan sahkan bahawa pemimpin-pemimpin kanan DAP terlibat dengan rasuah besar termasuk kepentingan 10% dalam projek terowong!!!
Kerajaan Pakatan Harapan nie takut nak beri komen tentang pembocoran kertas siasatan...
Takut nak debat dalam Parlimen, gunakan Speaker yang dah dicucuk hidung untuk halang dari dibahaskan...
Takut nak sahkan laporan polis...
Takut nak buat siasatan PAC...
Takut nak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja atau RCI sebab segala-galanya akan terdedah nanti...
Kalau DS Najib dituduh kononnya mencuri duit rakyat sebanyak RM2.6 bilion dah pun didakwa di mahkamah tapi Lim Guan Eng yang kencing duit rakyat sebanyak RM6.3 bilion dalam skandal terowong ghaib nie senyap begitu saja (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...
Hebatkan 'Rule of Law' Pakatan Harapan tajaan DAP nie!!!
0 comments:
Post a Comment