Wednesday, December 18, 2019

Akuan Bersumpah Azilah, Terdesak Atau Dipaksa Atau Memang Secara Sukarela?


Kes pembunuhan Altantuya tiba-tiba timbul balik...

Tiba-tiba mahacai-mahacai terlompat-lompat bila dikatakan Azilah buat Akuan Bersumpah (SD) yang DS Najib beri arahan pada dia secara lisan untuk bunuh Altantuya (BACA DI SINI)...

Tak cukup dengan fitnah sebagai perompak dan pencuri, kini DS Najib sekali lagi difitnah dengan tuduhan mengeluarkan arahan untuk membunuh Altantuya...

Kalau nak 'quote' kronologi pembunuhan Altantuya, tulisan nie nanti jadi berjela-jela panjangnya, admin cuma berminat nak ulas tentang SD Azliah jer, jadi kalau nak tahu kronologi pembunuhan Altantuya (BACA DI SINI)...

Azilah Terdesak Atau Dipaksa Atau Secara Sukarela?


Persoalannya kenapa sekarang?

Kalau ikut SD Azilah, kononnya, di hujung hayatnya, biarlah kebenaran terdedah...🤔🤔🤔

Logiknya, tempat untuk didedahkan kebenaran ialah mahkamah dan Azilah sudah pun diberi peluang sepenuhnya untuk dedahkan segala kebenaran di mahkamah supaya keadilan dapat ditegakkan, tapi kenapa tak gunakan peluang untuk dedahkan kebenaran sewaktu perbicaraan di mahkamah...

Jawapannya ialah kalau apa yang diakui oleh Azilah dalam SD terbaru beliau diberitahu di mahkamah, beliau pasti akan disoal balas oleh pihak pendakwaraya dan Azilah akan dibuktikan menipu mahkamah...

Dalam Akuan Bersumpah adalah pengakuan satu hala, tak perlu nak bersoal jawab dan tak perlu nak buktikan apa-apa dalam akuan yang diberi, walau pun ianya satu pembohongan...

Akuan Bersumpah Azilah Adalah Satu Konspirasi Untuk Memfitnah DS Najib


Sudah jelas lagi bersuloh, ada konspirasi yang membabitkan orang yang berkuasa di belakang Akuan Bersumpah Azilah...

Azilah adalah seorang Banduan Akhir di Penjara Kajang...

Seorang banduan, apa lagi banduan akhir TIDAK BOLEH sewenang-wenangnya berjumpa dengan orang yang tak dikenali kecuali keluarga...

Apa lagi untuk membuat Akuan Bersumpah, kerana Akuan Bersumpah perlu dilakukan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, maksudnya sama ada Azilah di bawa keluar untuk berjumpa dengan Pesuruhjaya Sumpah atau Pesuruhjaya Sumpah datang ke penjara untuk berjumpa Azilah...

Membawa keluar seorang banduan, apa lagi banduan akhir yang sedang menjalani hukuman di penjara adalah satu kesalahan jenayah, tidak ada sesiapa yang BOLEH atau BERANI melakukannya, walau pun Ketua Pengarah Penjara sekali pun, kecuali ada arahan dari tangan ghaib...

Dan Pesuruhjaya Sumpah bukanlah seorang peguam, dan untuk banduan akhir yang telah tamat segala proses rayuan, tiada keperluan bagi seorang peguam untuk berjumpa apatah lagi Pesuruhjaya Sumpah kerana segala proses perundangan sudah tamat dan cuma menunggu hukuman dilaksanakan, sekali lagi, kecuali ada tangan ghaib yang mengaturkannya...

Seperti video klip di atas, mantan Ketua Polis Negara, TS Musa Hassan sendiri mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan DS Najib dalam kes pembunuhan Altantuya...

Untuk mahacai yang tak tahu hujung pangkal kes pembunuhan Altantuya, mari admin beritahu, TS Musa adalah Ketua Polis Negara ketika kes pembunuhan Altantuya disiasat...


Peguam Zulkifli Noordin yang juga bekas Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim juga menafikan adanya penglibatan DS Najib dalam kes pembunuhan Altantuya...

Apa pula kaitan Zulkifli Noordin dengan kes nie, beliau adalah peguambela kepada Azilah dalam kes nie...


Dan Sirul sendiri menafikan penglibatan DS Najib dalam kes pembunuhan Altantuya...

Oh lupa nak beritahu mahacai, Sirul adalah 'case mate' Azilah dan sampai sekarang kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah membuat permohonan ekstradisi kepada kerajaan Australia untuk bawa Sirul balik ke Malaysia (BACA DI SINI)...

Mantan Ketua Polis Negara menafikan penglibatan DS Najib, mantan peguambela Azilah sendiri jyga menafikan penglibatan DS Najib, mahkamah sendiri sudah menjatuhkan hukuman tanpa ada dikaitkan dengan DS Najib di sepanjang perbicaraan, bukti apa lagi yang diperlukan untuk kita yakin bahawa kali ini, DS Najib sekali lagi difitnah oleh manusia-manusia yang berpenyakit hatinya dan tidak takut dengan azab api neraka Allah SWT?

0 comments:

fda

Archives