Tuesday, April 24, 2018

Madu Jantan Anwar Kecil Hati Pada Madu Betina


JokerMin Dgn Nek Wan Bercakar Lagi

Krisis mengenai senarai calon PKR di Lembah Klang semakin meruncing dan memberi desakan supaya pertemuan segera diadakan antara presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali, bagi mendapatkan kata sepakat.




Kabarnya, Wan Azizah reject sebahagian besar nama yang Azmin Ali senaraikan sehari sebelum Pakatan Harapan umumkan senarai calon Negeri Selangor.


Mari kita tengok siapa yang kena...😂😂😂

Parlimen

》Tian Chua (Batu) - Kekal
》Datuk Dr. Tan Kee Kwong (Wangsa Maju) - Di ganti dengan Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew
》Khalid Jaafar (Hulu Selangor) - Di ganti dengan Leow Hsiad Hui

Dewan Undangan Negeri

》Yaakob Sapari (Kota Anggerik) - Di ganti dengan Prof. Shaharuddin Badarudin
》Hanizah Mohd. Talha (Taman Medan) - Di ganti dengan Syamsul Firdaus Mohamed Supri
》Gan Pei Nie (Rawang) - Di ganti dengan Chua Wei Kiat 
》Hilman Idham (Gombak Setia) - Kekal
》Mohd. Razlan Jalaluddin (Kota Damansara) - Di ganti dengan Shatiri Mansor

Tian Chua, Jurucakap Madu Jantan Bagi Amaran Pada Madu Betina



Dalam satu sidang media, Tian Chua jelas memberi kepada pimpinan parti supaya tak menggugurkan atau mencalonkan seseorang kerana aktiviti melobi dari puak-puak tertentu.


Walaupun tak menyebut nama sesiapa, ianya di katakan ditujukan kepada Naib Presiden Parti, Rafizi Ramli, yang dilihat berselindung di sebalik Dr. Wan Azizah.

Macam main nyorok2...😂😂😂


Bila Amaran Tian Chua Gagal, Mak Lampir Pula Cuba Berunding



Satu delegasi yang diketuai Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin bertemu Dr Wan Azizah, termasuklah Gan, Hanizah dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, untuk membincangkan perkara itu.

Sumber parti mengatakan bahawa Zuraidah telah merayu kepada Dr. Wan Azizah untuk menimbangkan semula keputusan mengenai senarai calon yang bertanding.

Namun, sehingga hari ini jelas terlihat keretakan parti berkenaan.

Baca di sini :

https://m.utusan.com.my/berita/politik/konflik-dalaman-pkr-tidak-akan-selesai-1.655690


Amaran Otai Reformasi Pada Kartel Azmin


Otai Reformasi mengeluarkan kenyataan memberi amaran kepada "Kumpulan Elit" – Kartel Azmin And The Gang.

"Jangan Ugut Kak Wan!!!"

Baca di sini :

http://www.malaysia-today.net/2018/04/23/otai-reformasi-beri-amaran-pada-kartel-azmin-jangan-ugut-wan-azizah/


Tengok Muka Madu Jantan Pun Madu Betina Menyampah - Macam Main Pondok2...😂😂😂


Terbaru, Dr. Wan Azizah juga secara tiba-tiba meninggalkan acara PKR di Seberang Jaya, Pulau Pinang, semasa Azmin masih di atas pentas.

Baca di sini :

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/04/415577/wan-azizah-tinggalkan-majlis-cetus-tanda-tanya


PKR Ibarat Retak Menanti Belah



Pertelingkahan ke atas senarai calon adalah kesinambungan daripada perseteruan lama antara dua kem di PKR -satu diketuai oleh Azmin dan satu lagi diketuai oleh Rafizi, yang selari dengan Dr Wan Azizah.

Ia juga dilihat sebagai permulaan kepada pemilihan parti yang dijangka berlaku selepas pilihan raya umum. Rafizi, yang tidak layak bertanding dalam PRU14, dilihat cuba meruntuhkan pengaruh Azmin terhadap parti itu.

Desas-desus menyatakan bahawa beliau juga cuba untuk mencalonkan sekutunya Dr Fahmi Ngah untuk bertanding di kerusi Kota Anggerik dengan tujuan mengangkat beliau sebagai calon Menteri Besar.

Cadangan untuk meletakkan Bendahari parti, Datin Paduka Tan Yee Kew di Wangsa Maju juga dilihat sebagai langkah yang diilhamkan oleh Rafizi kerana Yee Kew adalah sekutunya.

*Sumber:*

https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/analysis/2018/04/23/crisis-brewing-in-selangor-pkr-pressure-ramps-up-for-wan-azizahazmin-meeting-over-candidate-list/#2mG7iLMrhx1UK2aM.99

0 comments:

fda

Archives