Monday, April 23, 2018

Kenapa Orang Lama Alergik Dengan Parti DAP???


Bagi orang lama, DAP tak ada bezanya dengan PAP.

Cuma PAP kat Singapura dan DAP kat Malaysia tapi tok dalang dia sama, jalan cerita pun sama.

Prinsip, perjuangan dan ideologi politik parti abang adik ni sama mcm kembar seiras.

Jom kita buat edisi bongkar permainan PAP kat Singapura bawah tok dalang mendiang Dinasti Lee yang DAP fotostat kat Malaysia nie bawah tok dalang Dinasti Lim.

Nama dinasti pun lebih kurang, Lee dengan Lim kan tak banyak beza...😉😉😉

Singapura Umumkan Pemisahan (lebih tepat penyingkiran) Dari Malaysia



Pada 09.08.1965, Singapura mencapai kemerdekaan. 

Jam 10.00 pagi Radio Singapura mengisytiharkan kemerdekaan di ikuti oleh sidang media di siaran televisyen Singapura jam 4.30 petang.

Baca di sini :



Kenapa Singapura Di Keluarkan Dari Malaysia

Perbezaan Politik Antara Kerajaan Pusat Dan Kerajaan Negeri


Antara sebab utama kenapa kerajaan Malaysia ambil keputusan utk tendang keluar Singapura ialah sbb berlaku perbezaan politik dan ekonomi antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Dari buang masa sbb asyik nak berbalah dgn Lee Kuan Yew yg besar kepala, lebih baik terajang dia org keluar dari Malaysia...

Ye lah, kalau asyik selisih faham, bila pulak nak fikirkan masaalah2 yg lain...

Baca di sini :


Mengelakkan Rusuhan Kaum Dari Merebak Ke Seluruh Malaysia



Provokasi terhadap etnik yg di buat oleh pemimpin PAP timbulkan ketegangan hubungan antara kaum.

Lee Kuan Yew juga suka membakar isu perkauman antaranya mendakwa beliau layak jadi Perdana Menteri Malaysia sebab kaum Melayu cuma 39% manakala lain2 kaum 51% dari jumlah penduduk.

Lee Kuan Yew juga pertikaikan status pribumi etnik Melayu dan tuntut kesamarataan antara kaum dan memperkenalkan slogan The Malaysian Malaysia.

Kemuncaknya, rusuhan kaum tahun 1964...

Untuk elakkan rusuhan dari merebak, baik keluarkan ajer Singapura dari Malaysia sebab masa tu ketegangan antara kaum dah mula merebak ke Malaysia...

Baca di sini :


Hubungan Tegang Antara Pemimpin Kerajaan Pusat Dan Pemimpin PAP

Antara faktor yang menyebabkan ketegangan hubungan antara pemimpin ialah sikap pentingkan diri sendiri pemimpin PAP.

PAP tak setuju dengan pembaharuan sistem agihan kutipan hasil cukai antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Sedangkan sebagai negara yang baru merdeka, dah tentulah kerajaan pusat perlukan banyak dana untuk pembangunan seimbang ke seluruh negara.

PAP juga nak gantikan MCA sebagai parti tunggak bagi orang Cina tapi yg banyak bagi sumbangan dan berkorban masa tuntut merdeka ialah MCA, masa tu lu olang apa bikin...

Baca selanjutnya di sini :


DAP makin agresif perjuangkan dasar Malaysian Malaysia walau pun tak di persetujui oleh pemimpin2 pusat dari 3 parti utama dalam Perikatan iaitu UMNO, MCA dan MIC.

DAP Lahir Lepas PAP Malaysia Bubar - Sebab Tu Tak Der Beza


Bila Singapura cara rasmi disingkir dari Malaysia pada 9hb Ogos 1965, pendaftaran PAP di Malaysia di batalkan pada 9hb September 1965 atas alasan PAP ialah parti politik luar negara.



19hb Mac 1966, DAP sah menjadi salah satu parti politik di Malaysia bila Pendaftar Pertubuhan meluluskan pendaftaran yang di buat oleh Devan Nair.

Sebelum tu, Devan Nair yg mewakili PAP bagi parlimen Bangsar cuba mendaftarkan parti PAP di Malaysia telah di tolak oleh Pendaftar Pertubuhan sbb bila Singapura keluar dari Malaysia maka PAP dah jadi parti politik luar negara.

Seorang lagi yg bersama2 dgn Devan Nair dalam jawatankuasa penaja DAP ialah Dr. Chee Man Hin.

Baca di sini :


Jadi jelas, tak ada bezanya DAP dengan PAP.

Dasar parti sama, logo parti sama dan pengasas DAP pun orang yang asalnya dari PAP.

Maksudnya, DAP akan teruskan agenda Malaysian Malaysia PAP.


Sikap perkauman PAP juga tebal pada pemimpin DAP sekarang.


Kalau sikap perkauman PAP cetuskan rusuhan kaum pd tahun 1964, DAP pula cetuskan rusuhan kaum 13hb Mei 1969 atas sebab sikap perkauman juga...

Sebab itulah bagi generasi yg pernah merasai penderitaan akibat dari permainan politik kotor dan perkauman PAP tidak akan sekali2  memberikan mandat kepada DAP...

Mereka telah korbankan masa, harta malahan segala2nya untuk tanah air tercinta ini...

Akibat ketamakan dan kerakusan politikus PAP dan DAP, pengorbanan mereka hampir menjadi sia-sia...

Mereka tahu doktrin PAP sangat menebal di hati dan sanubari pemimpin2 DAP dulu dan sekarang...

Siapa Lim Kit Siang, siapa Lim Guan Eng, siapa Nga Kor Ming yg nak memusnahkan kedamaian dan kemerdekaan permata nilam ini...

Apa sumbangan yg mereka dah lakukan kalau di bandingkan dgn sumbangan dan pengorbanan generasi merdeka...

Biar putih tulang namun utk serahkan kepimpinan negara pd pemimpin ultra kiasu DAP tidak sama sekali...

Itulah sumpah mereka...


Tulisan Asal :

FB Afiq Azizi

1 comments:

  • Anonymous says:
    April 23, 2018 at 3:14:00 PM GMT+8

    Kronologi sejarah yg sangat menarik, elok disebarluaskan kepada semua org Melayu/Bumiputera untuk meraka faham siapa DAP sebenarnya.

fda

Archives