Thursday, October 12, 2017

Zamihan ditahan, Wan Ji bila pula?


*WAN JI DITAHAN?*

Tahniah diucapkan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di bawah kepimpinan Ketua yang baharu kerana berjaya menahan penceramah bebas, Ustaz Zamihan Mat Zin dalam masa yang singkat.

Penahanan ini dibuat berhubung dengan satu ucapan oleh bekas pegawai Jakim itu yang didakwa menyerang Sultan Johor dalam isu dobi Muslim.

Melihat kepada kesungguhan pihak polis menangani kes-kes berbaur hasutan sebegini, kami berasa sedikit pelik juga sebenarnya kerana Zamihan bukanlah individu pertama yang mengeluarkan ucapan yang negatif ke atas pihak istana sehingga disiasat di bawah Akta Hasutan.


Untuk rekod, sekitar tahun 2013 yang lalu negara pernah digemparkan dengan satu rakaman video yang memaparkan ucapan Pegawai Penerangan Agama Lim Guan Eng iaitu Ustaz Wan Ji yang sedang menyampaikan kuliah kepada sekumpulan peserta.

Dalam rakaman tersebut, Ustaz Wan Ji secara terperinci menerangkan perancangannya untuk menghapuskan institusi istana di negara ini. Menurut Wan Ji, para Sultan dan Raja Melayu ialah bapak syaitan yang perlu dihapuskan daripada terus berkuasa.

Video di https://youtu.be/UmVxEJjSXnQ
Baca ulasan https://m.facebook.com/groups/1007039806102614?view=permalink&id=1009738252499436

Anehnya, sehingga kini pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Wan Ji yang diketahui menganut fahaman sosialisme yang tebal meskipun video yang disebarkan itu sudah lebih daripada mencukupi untuk dijadikan asas pembuktian.

Selaku pihak berkuasa yang bernaung di bawah institusi DiRaja, sepatutnya pihak polis lebih cekap dan pantas mengambil tindakan ke atas Wan Ji ini seperti mana yang dilakukan ke atas Ustaz Zamihan.

#deleaks
#infoSelangor
#teamviralSelangor

Facebook Aliesz Alies

0 comments:

fda

Archives