Wednesday, October 4, 2017

Ramai pembangkang tak lupa dosa Mahathir


Walaupun pihak pembangkang hari ini menyokong Tun Mahathir serta parti baru PPBM, rupanya bukan semua pihak yang menyokong pembangkang lupa akan apa yang pernah Tun Mahathir lakukan selama Tun menjadi PM Malaysia dahulu.

S Arulchelvan dari PARTI SOSIALIS MALAYSIA(PSM) masih lagi belum boleh melupakan apa yang Tun pernah lakukan semasa Tun menjadi PM dahulu.

PSM TIDAK LUPAKAN "DOSA SILAM' MAHATHIR.

Tidak seperti parti pembangkang lain yang mengetepikan perbezaan mereka dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Sosialis Malaysia (PSM) nampaknya enggan melupakan "dosa-dosa" bekas perdana menteri itu.

Dalam status di Facebook, anggota jawatankuasa pusat PSM, S Arulchelvan membangkitkan semula isu-isu di bawah pentadbiran Mahathir dan menyatakan bekas presiden Umno itu tidak pernah mengakui kesilapannya.

Beliau juga mengkritik pembangkang yang sanggup bersama ahli politik berusia 92 tahun itu kerana keinginan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada kuasa.

"Semasa menjadi pemerintah, Dr M tidak benarkan Akta Gaji Minima dilaksanakan, menghancurkan kesatuan sekerja, menjadi bapa neoliberal dengan projek-projek penswastaan yang untungkan kroni macam IPP, tol, penswastaan kemudahan asas, mengunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan sebagainya.

"Selain itu menjadikan anak beliau antara terkaya di Malaysia dan sehingga hari ini beliau tidak insaf dan tidak mahu minta maaf atas ini semua tetapi itu semua tidak penting (bagi Pakatan Harapan).

"Yang penting kita (bagi mereka) kalahkan Najib...isu prinsip, keadilan, kebenaran, seruan agama dan lain-lain kita belakang kira," sindirnya.

Tawar alternatif

Bercakap kepada Malaysiakini kemudian, Arulchelvan berkata Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh pembangkang berjalan lancar selepas pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kejatuhan itu bermula berikutan masalah dalaman seperti "Langkah Kajang" di Selangor yang dirancang oleh PKR dengan matlamat menjadikan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar.

"Sekarang kamu minta Mahathir memimpinnya (Pakatan Harapan).

"Hanya kerana dia berada di pembangkang sekarang, dia tiba-tiba dianggap lelaki yang baik. Ini akan membuat ramai orang muak dengan politik dan ahli politik," katanya, sambil menambah ia adalah perlakuan oportunis.

Justeru, Arutchelvan berkata PSM akan menawarkan alternatif kepada rakyat.

"Seingat golongan pekerja, Mahathir tak melakukan apa-apa untuk mereka. Kita hanya berjaya dapatkan gaji minimum apabila dia bukan lagi perdana menteri," katanya.

Pemimpin PSM itu juga menyatakan Mahathir tidak pernah kesal terhadap tindakannya seperti penggunaan ISA dan pemenjaraan Anwar.

"Hanya orang lain yang mempertahankannya mengenai isu-isu ini," katanya.

Nota kaki...

Kalau PSM boleh tidak lupa akan "DOSA SILAM MAHATHIR" macamana pemimpin pembangkang yang lain boleh menerima dia dengan tangan yang terbuka. Apakah mereka langsung tidak terasa kesan apa yang dilakukan oleh Mahathir semasa pemerintahan dia dahulu?

Malah boleh angkat Tun Mahathir menjadi KETUA PEMBANGKANG selepas Anwar dan Lim Kit Siang.

Kemaruk betul pembangkang memerlukan seorang pemimpin yang pernah mereka cemuh dan kecam suatu ketika dahulu semata-mata mahu mengikut hawa nafsu seorang mantan PM.

FB Neezam Perkasa

0 comments:

fda

Archives