Friday, October 6, 2017

Peter Anthony ... MONEY MAN, orang kuat Shafie Apdal ditahan SPRM!!!!


Laporan: SPRM tahan naib presiden WARISAN

5 Okt 2017, 10:44 malam
(Dikemaskini 5 Okt 2017, 11:55 malam) 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Peter Anthony.



Beliau ditahan selepas hadir ke pejabat SPRM di Kota Kinabalu untuk memberi keterangan petang tadi. SPRM mengesahkan penahanan itu, menurut laporan laman Free Malaysia Today.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/10/05/macc-detains-warisan-veep-peter-anthony/

http://www.borneotoday.net/breaking-news-warisan-vice-president-peter-anthony-detained-by-macc/

SPRM juga berkata, Peter akan dibawa ke Mahamah Majistret esok untuk ditahan reman.

Semalam, badan itu dilaporkan merampas wang tunai kira-kira RM150 juta menerusi serbuan di beberapa lokasi di Sabah.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/10/05/macc-raids-15-locations-in-ministry-theft-case/

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/seleweng-dana-kementerian-di-sabah-sprm-sita-rm29-juta-157038

SPRM mendakwa wujudnya sindiket menggelapkan wang dengan cara mengisytiharkan projek pembangunan kerajaan sudah siap dan membuat tuntutan bayaran, walaupun projek tersebut langsung tidak dijalankan.





Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki sebelum ini mengesahkan operasi sedang dijalankan tetapi tidak mendedahkan kementerian yang terlibat.

Peter dilaporkan menerima sejumlah projek daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang sebelum ini dipegang Presiden WARISAN Datuk Seri Shafie Apdal.



Namun beliau menafikan melakukan apa-apa kesalahan, dan menegaskan projek tersebut diperolehinya melalui prosedur yang betul. WARISAN ditubuhkan Shafie selepas beliau digugurkan daripada jemaah menteri pada 2015, dan keluar Umno setahun kemudian.

Read more at
https://m.malaysiakini.com/news/397404#peQYdBF2KEm2CXfk.99

Teringat bulan Ogos ada laporan polis terhadap berita Shafie dan Peter ditahan SPRM.

OK ...


Entah berapa lama?



1 comments:

  • Esa Adam says:
    October 10, 2017 at 10:32:00 AM GMT+8

    Kalau menterinya kata tak tahu ini maknanya dia adalah useless menteri because a lot of money involved.

fda

Archives