Seminar Kebangsaan Jenayah Sosial Kanak-Kanak

Seminar Kebangsaan Jenayah Sosial Kanak-Kanak

Thursday, June 2, 2016

Tak patut kambinghitamkan Husam sebab dia specie Jamnapari


Saya jadi kambing hitam kesalahan orang lain – Husam

FMT Reporters | June 1, 2016

Husam turut mendakwa dirinya adalah mangsa kepada akhlak buruk yang telah berkembang dalam segelintir pimpinan PAS.
PETALING JAYA: ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang baru dipecat PAS mendakwa dirinya telah dijadikan kambing hitam untuk kesalahan orang lain.

Bekas Naib Presiden PAS itu turut mendakwa dirinya adalah mangsa kepada akhlak buruk yang telah berkembang dalam segelintir pimpinan parti Islam itu.

“Ia termasuk Yang Arif Pengerusi Jawatankuasa Disiplin sendiri yang telah menganiayai saya dengan tuduhan bersifat fitnah menjelang Muktamar PAS yang lalu,” katanya dalam satu surat sepanjang 29 halaman hari ini.

Husam turut menafikan dakwaan beliau memburukkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memfitnah kerajaan negeri Kelantan berkaitan isu kayu balak serta dituduh memberi gambaran negatif terhadap PAS tidak benar sama sekali.

Sambung SINI

Memang Husam bukan kambinghitam tapi kambing Jamnapari. http://snapshot2016.blogspot.my/

Terimalah hakikat kamu gagal dan kini perlu digugurkan. Politik kamu sudah tidak selari dengan parti dan mengkritik parti.

Jangan nak salahkan orang lain. Kamu memang teruk Husam!
fda

Archives