Wednesday, June 1, 2016

Pinjam tatabahasa Syed Rosli, Malaysiakini sudah main p***mak


Hairan betul ... macam-macam Malaysiakini laporkan berita negatif dari sumber berita yang tidak sahih dan adakala hanya spin, dan fitnah mengenai Riza Aziz. Baca di SINI.

Adakah laporan sedemikian masih kurang berkesan untuk membinasakan reputasi Riza, ibunya Datin Seri Rosmah dan bapa tirinya Dato Najib hingga terpaksa direka suatu pembohongan? Laporan tersebut di Snapshot2016 http://snapshot2016.blogspot.my/2016/06/laporan-malaysiakini-pmak-cuba-laga.html

Riza tidak keluar semasa Najib berucap di konvensyen Permata tetapi dilaporkan dia telah keluar. Hanya sebab Riza tidak mahu melayan media yang akan bertanyakan soalan yang hanya melambong dan bukan menorak jawapan.


Adakah ini satu cara Malaysiakini untuk mencemarkan Majlis Konvensyen Permata yang mereka sendiri laporkan sebagai berkilauan seolah-olah mahu playdown kejayaan Permata?  Mereka juga yang gembar gemburkan kedatangan 1,500 ke persidangan permata seolah-olah itu saja kejayaan Permata.


Tidak pedulilah mereka ada menang kes saman baru-baru ini. Rasanya sudah sampai masanya Malaysiakini diajar seperti The Malaysian Insider.

Mahu berlaku amanah dan telus dalam laporan berita atau menu menipu?

Jika akhirnya Riza ditahan oleh FBI atau PDRM untuk disiasat atau didakwa, itu lainlah. Ini macam-macam dilaporkan tapi akhirnya hanya mahu direka cerita untuk regangkan hubungan Riza dan bapa tirinya.

Dibuatnya Riza ditahan untuk siasatan, pasti mereka akan tambah dengan pelbagai andaian terhadap ibu atau bapa tirinya. Harap pihak berkuasa bertindak sebagaimana mereka sedia bertindak jika andaian Mkini salah dan laporan Mkini berniat jahat.

Meminjam kata-kata Syed Rosli yang hamlau, Mkini memang p****mak

fda

Archives