Seminar Kebangsaan Jenayah Sosial Kanak-Kanak

Seminar Kebangsaan Jenayah Sosial Kanak-Kanak

Thursday, June 2, 2016

Ingatkan calun pelam India ... rupanya pelam Kerala

Pelam Kerala oren diluar tapi dalam tak semesti oren .. mungkin hitam

Rupanya ada hadirin Mukatamar PAS akui bahawa calun yang diletak di Sungai Besar adalah pelam Harum Manis ... luar hijau tapi dalam oren. Namun begitu calun yang diumumkan Pakatan Harapan tidak juga boleh dianggap pelam India yang kulit dan isinya oren.

Azhar Shukor adalah kacang lupakan kulit. Anak bekas ADUN BN di kawasan ini tidak ikut parti ayahnya walaupun dapat banyak manafaat dari kedudukan bapa sebagai pemimpin UMNO.

Memang ada ahli UMNO yang masuk PAS dan ahli PAS masuk UMNO, tapi hanya orang kurang bernas fikiran sertai PKR. Lebih tak masuk akal adalah orang UMNO masuk Amanah.


Ini hanya menimbulkan  sangkaan bahawa calun Amanah ini adalah calun pelam dari Kerala. Luar warna oren tapi dalam warna lain ... mungkin hitam. Kehadirannya hanya sebagai pengacau macam Syed P***mak di Kuale. 

Maka bila Azhar masuk Amanah atau PAS perlu dissiasat.

Walaupun Azmin tiada di majlis pengumuman [baca CTS https://gelagatanwar.wordpress.com/2016/06/01/azmin-nekad-jika-dia-jatuh-pkr-turut-runtuh/], tidak bermakna Azhar bukan pelam kerala. Kata Kak Wan, Azmin tidak hadhir kerana nak jaga keharmonian kerajaan Selangor memandangkan PAS adalah sebahagian kerajaan Selangor.

Cuba jangan perbodohkan rakyat jelata. Kata saja Kak Wan dah gaduh dengan Azmin maka ramai pemimpin PKR bosan dengannnya. Azmin dah gaduh dengan DAP maka pemimpin DAP bosan dengannya.

Azhar masih berkemungkinan adalah calun pelam Kerala sebab Amanah masih kekalkan hubungan dengan proTun dan sokong Deklarasi tipu tandatangan. Tun M pun memang dah rancangan untuk letak ketua cawangan UMNO untuk tanding. Anak bekas pemimpin UMNO tempatan masih berguna untuk pecah undi UMNO dan berperanan sebagai pengacau.


Amanah kompang Azhar sebagai orang tempatan sebab bapak dia orang Sg Besar. Hairannya kenapa dia undi di Temerloh dan lahir di terengganu?


Rasanya isi kecil dan tak timbul pula seorang calun Syed Kepala B***h pula di Sg Besar yang maki arwah suami arwah Dato Noriah kasnon.

Harap dalam masa kempen bulan puasa, berhemah dalam berkempen. Fokus pada rekod calun, isu yang diperjuangkan, kritikan membina dan bukan hentam peribadi, dan tiadalah psywar bodoh yang cetek pemikiran sering bertujuan untuk tipu dan perbodoh pengundi.

Sikap calun PAS di Kuala Kangsar (http://www.agendadaily.com/Politik/calon-pas-kuala-kangsar-minta-jangan-kempen-guna-isu-edah-mastura.html) sangat berhemah.

Muga politik berhemah dan beradab sopan di PRN Sarawak dikekalkan sebagai politik di Semenanjong. Ada sesuatu yang boleh dipelajari dari orang yang satu masa ada pemimpin pembangkang anggap masih pakai cawat.

Mutahir ini penyokong pelam Kerala brutal dan tak malu dan segan untuk bersikap biadap. Contohnya Ratu naga dll.





Baca tentang pencalunan Azhar di http://snapshot2016.blogspot.my/

fda

Archives