Sunday, November 8, 2020

Datangnya Mereka Dengan Menyembah, Kini Mereka Berani Menyanggah!!! (1)

|0 comments

Bukan sekali, bukan dua kali, malah berkali-kali mereka mencabar kesabaran bangsa Melayu.

Raja Raja Melayu, hak keistimewaan, bangsa, bahasa, malah ugama telah mereka persendakan.

Bila ada yang bangkit menyatakan kemarahan, akan dilabel dan dituduh sebagai rasis.

Dengan alasan kebebasan hak bersuara dan hak asasi manusia, mereka berselindung untuk menghalalkan sikap biadap mereka.

Gelaran yang baik dan sedap didengar akan diberikan kepada manusia-manusia biadap supaya setiap tindakan yang dilakukan akan dipandang sebagai pejuang.

Bukan kali pertama University Malaya Association of New Youth (UMANY) melakukan tindakan provokasi dan biadap.


Sebelum ini, kalau kita masih ingat, bekas Presiden UMANY, Wong Yan Kee, pernah melakukan satu tindakan biadap yang terlampau bila menjeritkan perkataan 'INI TANAH MALAYSIA' selepas menerima skrol ijazah beliau dari Naib Canselor, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim ketika majlis konvokesyen Universiti Malaya.

Adalah difahamkan, tindakan Wong Yan Kee itu adalah sebagai menunjukkan protes beliau terhadap Dr Abdul Rahim yang terlibat secara langsung dalam Kongres Maruah Melayu.

Tetapi tindakan Wong Yan Kee yang membawa plakad dan menjeritkan perkataan 'INI TANAH MALAYSIA' ketika majlis konvokesyen tersebut dan di hadapan Canselor Universiti Malaya, DYMM Sultan Perak dan Naib Canselor, Dr Abdul Rahim, adalah tindakan provokasi biadap yang tidak boleh diterima, apa lagi dilupakan begitu sahaja!!!

Apa tindakan Universiti Malaya terhadap Wong Yan Kee?

Walau pun Presiden Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Raduan Che Ros, memberitahu bahawa Universiti Malaya boleh menarik balik ijazah Wong Yan Kee kerana tindakan biadap dan tidak beretika itu, tetapi Universiti Malaya telah membuat keputusan yang sdebaliknya.

Atas desakan beberapa pemimpin politik  terutamanya dari DAP yang berjawatan menteri dan timbalan menteri ketika itu.

Malah Lim Kit Siang telah MENGARAHKAN supaya pihak Universiti Malaya menarik balik lapuran polis yang telah dibuat terhadap Wong Yan Kee.

Dalam artikata lain, sikap biadap Wong Yan Kee yang menjadi Presiden UMANY ketika itu telah DIHALALKAN atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia!!!

Kini sekali lagi, di bawah kepimpinan baru UMANY dan dengan menggunakan alasan yang sama, kebebasan bersuara dan hak asasi manusia, UMANY telah melakukan tindakan yang jauh lebih biadap.


Kali ini, di bawah Presiden UMANY, Yap Wen Qing, telah dengan berani dan biadap mencabar dan memperlekehkan kuasa SPB YDP Agong.

SPB YDP AGONG  JANGAN MENCAMPURI URUSAN PENTADBIRAN NEGARA!!!

Itulah AMARAN yang diberikan UMANY kepada SPB YDP Agong!!!

Sekali lagi admin tanya, apa tindakan Universiti Malaya?


Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Universiti Malaya memaklumkan pihak universiti memandang serius dengan hantaran yang dibuat oleh UMANY dan akan melakukan siasatan ke atas isu tersebut.

Sangat-sangat memalukan, pihak Universiti Malaya seakan tunduk mengalah bila UMANY, sebuah persatuan pelajar yang bernaung di bawah Universiti Malaya mengancam akan bertindak balas sekiranya Universiti Malaya mengambil tindakan tatatertib ke atas UMANY!!!


Tetapi di atas lapuran polis dan desakan dari orang ramai, pihak PDRM akan memanggil Presiden UMANY untuk diambil keterangan.

Diharapkan kali ini pihak PDRM akan bertindak tegas mengikut lunas perlembagaan.

Kita tidak mahu PDRM setakat mengambil keterangan tetapi akhirnya membebaskan penderhaka ini begitu sahaja selepas ada tekanan dari pihak ahli politik terutamanya dari pihak pembangkang, sebagaimana yang berlaku terhadap kes Wong Yan Kee.


Kepada yang berada di dalam UMANY, sedarlah diri, di tanah mana kamu berada sekarang, milik siapakah tanah ini.

Kepada pentadbiran Universiti Malaya, cubaklah renungkan, mengapa penderhaka-penderhaka ini hanya lahir dari Universiti Malaya?

Bersambung...


Friday, November 6, 2020

UMANY Pertikai Kuasa Agong Dan Fitnah Parlimen, Tiada Tindakan Di Ambil, Lokman Kritik Muhyiddin Di Siasat, Apakah Kedudukan Muhyiddin Lebih Tinggi Dari SPB YDP Agong?

|0 comments

University of Malaya Association of New Youth (UMANY) melalui akaun Facebook mereka telah membuat satu hantaran biadap dengan memperlekehkan institusi SPB YDP Agong yang menjadi tonggak kepada sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia.

Dalam hantaran di Facebook mereka (telah dipadamkan), UMANY  secara biadap menyatakan 'YDPA SHOULD NOT INTERFERE IN NATIONAL AFFAIRS' atau YDP Agong tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran negara!!!

Adalah amat mustahil mahasiswa yang bernaung di bawah UMANY  tidak faham dengan sistem Raja Berpelembagaan dan lebih mustahil lagi perkara ini dilakukan kerana kesilapan.

Jelas, perbuatan mempertikaikan kuasa SPB YDP Agong merupakan perbuatan biadap dan boleh dianggap sebagai penderhaka.

Jelas sekali kenyataan tersebut bukan sahaja mempertikaikan, malah menghina kuasa dan fungsi institusi SPB YDP Agong.

Dalam hantaran di bawah tajuk yang sama juga, UMANY telah memfitnah Parlimen atau Dewan Rakyat dengan mengatakan Bajet 2021 telah pun diluluskan oleh Parlimen, sedangkan pembentangan dan perbahasan Bajet 2021 belum lagi dimulakan di Parlimen dan dijangka akan mula dibentangkan pada 6 November 2021 ini.

Manakala perbuatan menyatakan sesuatu ketetapan yang belum diputuskan dalam Parlimen merupakan fitnah yang berniat jahat dan tidak boleh dianggap sebagai satu kesilapan yang remeh.

Kebebasan bersuara bukanlah berarti kita boleh berkata apa sahaja.

Kebebasan bersuara ada batasannya.

UMANY memang dikenali sebagai sebuah persatuan pro DAP dan berada di bawah lindungan DAP.

Telah berkali-kali UMANY mengeluarkan kenyataan dan melakuikan tindakan provokasi melampau namun tiada tindakan tegas diambil ke atas mereka sama ada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan mahu pun Perikatan Nasional.

Ini menyebabkan UMANY menjadi besar kepala dan merasakan mereka kebal dari undang-undang.

Di manakah SKMM dan PDRM?

Mengapa anak-anak muda biadap ini dibiarkan berterusan melakukan provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan kaum ini terus dibiarkan bermaharajalela tanpa sebarang tindakan?

Bukan sekali, bukan dua kali, malah telah berkali-kali, apakah SKMM dan PDRM masih lagi terlepas pandang?


Ironiknya, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Lokman Noor Adam, ditahan oleh sepasukan pihak polis ketika sedang bersiaran di media sosial Facebook milik beliau hanya kerana mengkritik Muhyiddin Yassin.

Dalam kenyataan Lokman sebelum didatangi oleh pihak PDRM, Lokman dikatakan telah berkata setiap Ahli Parlimen akan diberikan RM3 juta sekiranya Bajet 2021 diluluskan.

Memang benar, tiada kepastian kerana belum dapat dibuktikan kebenaran apa yang didakwa oleh Lokman.

Tetapi apa yang menarik, dalam kes Lokman Adam , pihak PDRM dilihat begitu pantas mengambil tindakan.

Tetapi mengapa dalam kes UMANY, sehingga ke hari ini, masih belum apa-apa tindakan diambil oleh sama ada pihak SKMM atau PDRM.



Yang ada mengeluarkan kenyataan hanyalah pihak pentadbiran Universiti Malaya.

Itu pun setakat menyatakan pihak UM memandang serius tentang hantaran yang telah dibuat oleh UMANY, namun tidak dijelaskan apakah bentuk tindakan yang akan di ambil nanti.

SPB YDP Agong dan Perdana Menteri adalah institusi yang WAJIB dipertahankan oleh setiap warga Malaysia.

Menghina institusi yang telah jelas kedudukannya di dalam Perlembagaan Malaysia adalah jelas merupakan satu perbuatan jenayah yang mencabul undang-undang Malaysia.

Namun kita mesti ingat, di dalam hiraki Raja Berpelembagaan, kedudukan institusi SPB YDP Agong berada di atas kedudukan Perdana Menteri.

Tetapi mengapakah dalam 2 kes yang berasingan tetapi di bawah kesalahan yang sama, iaitu menghina institusi yang mempunyai kedudukan istimewa dalam Perlembagaan Malaysia, tindakan tegas dan pantas dari pihak berkuasa adalah berbeza.

Atau di bawah pentadbiran Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin, kedudukan Perdana Menteri yang beliau sandang adalah lebih tinggi dari kedudukan SPB YDP Agong!!!

Wednesday, November 4, 2020

Cadangan Pengeluaran RM10,000 Dari Akaun 1 KWSP Adalah Kehendak Rakyat, Apakah Muhyiddin Berani Menongkah Arus?

|0 comments

Dalam satu lapuran yang dibuat oleh portal Free Malaysia Today atau FMT, PERKESO melapurkan sehingga akhir Oktober 2020, hampir 90,000 orang perkerja yang telah kehilangan perkerjaan akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dikuatkuasakan oleh Perikatan Nasional bermula dari pertengahan bulan Mac lalu.

Dalam lapuran yang sama, PERKESO juga telah menyatakan kadar pengangguran negara telah meningkat sehingga 4.7% dan merupakan antara kadar pengangguran tertinggi yang pernah dicatatkan oleh Malaysia.

Bukan maksud admin untuk menyalahkan Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin kerana menguatkuasakan PKP, kerana kita semua tahu ianya adalah satu langkah yang terpaksa diambil oleh kerajaan.

Tetapi apa yang hendak disampaikan ialah kalau 90,000 orang rakyat Malaysia telah kehilangan perkerjaan, ini bermakna, kalau angka 90,000 di darab dengan dua untuk mendapatkan angka purata isi rumah di Malaysia, ini bermakna 180,000 orang rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur telah kehilangan punca pendapatan sama ada untuk diri sendiri atau dari ketua keluarga yang menyara kehidupan mereka selama ini.

Kita tidak menafikan kerajaan telah memberikan bantuan secara tunai kepada rakyat yang kini berada dalam keadaan yang sangat getir melalui BPN dan BPN 2.0.

Tetapi dengan kos kehidupan yang mendadak naik ketika krisis Covid-19 sekarang ini, RM1600 yang diberikan kepada golongan B40 melalui BPN dan RM1,000  melalui BPN 2.0 hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja untuk menampung keperluan harian rakyat.

Bagi keluarga yang bersaiz sederhana, yang mempunyai isi rumah antara 5 ke 7 orang dan menyewa rumah teres dua bilik. kos utiliti bulanan yang WAJIB disediakan setiap bulan adalah di antara RM500 ke RM750 sebulan dan ini tidak termasuk perbelanjaan untuk barangan dapur.

Atas tekanan kos sara hidup dan memburukkan keadaan bila ketua keluarga kehilangan punca pendapatan, maka timbul desakan dari rakyat supaya kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan mereka di Akaun 1 sebanyak RM10,000.

Kehendak rakyat ini disampaikan oleh DS Najib di dalam akaun Facebook beliau.


Tetapi Muhyiddin telah membuat keputusan untuk menolak cadangan tersebut.

Muhyiddin memberikan 2 alasan kenapa beliau membuat keputusan menolak cadangan tersebut.


Pertama kerana menurut Muhyiddin, sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran sebanyak RM10,000 melalui Akaun 1 kepada setiap pencarum, KWSP akan kehilangan dana yang besar dan ini akan menjejaskan aktiviti perniagaan, terutamanya pelaburan, kepada KWSP.

Sebagai seorang Perdana Menteri, alasan yang diberikan Muhyiddin jelas menunjukkan sama ada beliau tidak tahu apa yang beliau katakan atau pun memang pengetahuan beliau dalam ekonomi sangat-sangat cetek.

KWSP mempunyai 4.57 juta pencarum, ini bermakna sekiranya semua 4.57 juta pencarum membuat keputusan untuk mengeluarkan RM10,000, maka KWSP akan kehilangan RM45.7 bilion.

Jumlah RM45.7 bilion ini hanya merupakan kurang 5% atau kiraan tepatnya 4.9% dari keseluruhan aset KWSP yang bernilai RM929.64 bilion pada 30 Jun 2020.

Apakah penyusutan cuma 5% dari nilai aset keseluruhan akan menjejaskan keseluruhan aktiviti perniagaan KWSP yang mempunyai aset keseluruhan yang bernilai RM929.64 bilion!!!

Seperti program i-Lestari yang telah membenarkan pencarum mengeluarkan caruman mereka dalam Akaun 2 KWSP, tidak semua pencarum yang akan mengeluarkan caruman mereka sekiranya mereka merasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Ada pencarum yang masih mempunyai sumber pendapatan seperti kakitangan awam, perkerja sektor swasta yang berkerja dari rumah, tidak akan mengeluarkan simpanan mereka kerana mereka masih lagi mempunyai sumber pendapatan.

Tetapi bagi 90,000 perkerja yang telah kehilangan perkerjaan, bagaimanakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka dan keluarga mereka?


Alasan yang kedua ialah dengan melakukan pengeluaran Akaun 1 KWSP, akan menghakis perlindungan masa depan ahli.

Secara asasnya, semua orang mempunyai tabungan dan tujuan membuat tabungan adalah untuk digunakan di masa terdesak dan juga untuk kegunaan hari tua.

Sekiranya duit tabungan kita selama berpuluh tahun tidak dapat kita gunakan di saat kita terdesak begini, maka tabungan yang kita lakukan selama ini adalah sia-sia.

Penyimpan KWSP tidak meminta supaya dikeluarkan semua simpanan mereka di dalam KWSP, tetapi mereka cuma mahu mengeluarkan cuma RM10,000 dari tabungan mereka di KWSP.

Krisis Covid-19 sudah menggugat kehidupan seharian rakyat Malaysia selama lebih dari 10 bulan dan sudah dinyatakan, hampir 90,000 sudah kehilangan perkerjaan dan dijangkakan angka ini akan terus meningkat dengan perkembangan semasa jangkitan kes baharu Covid-19 yang sangat membimbangkan kita semua.

Rakyat peerlukan duit untuk menjelaskan utiliti bulanan mereka, rakyat perlukan duit untuk membeli keperluan harian makan minum mereka, rakyat perlukan duit untuk keperluan kesihatan mereka dan semasa wabak Covid-19, setiap ahli keluarga yang keluar dari rumah WAJIB menggunakan 'face mask' dan menyediakan 'hand sanitizer' sebagai langkah supaya tidak dijangkiti Covid-19.

Bagi keluarga saiz sederhana dengan isi rumah 5 hingga 7 orang, memerlukan sekurang-kurangnya 3 kotak 'face mask' yang berharga RM20 setiap satu bagi setiap bulan, ibelum lagi mengambil kira 'hand sanitizer' yang mesti dibeli.

Ini semua memerlukan duit dan dari manakah mereka akan dapat duit apabila telah kehilangan perkerjaan.

Mungkin Muhyiddin belum pernah lihat bagaimana seorang ibu terpaksa membasuh semula 'face mask' pakai buang untuk digunakan semula oleh anak-anaknya.

Mungkin Muhyiddin belum pernah melihat bagaimana seorang ibu terpaksa menyambung getah 'face mask' anak-anak mereka dengan menggunakan benang yang dipintal.

Tapi itulah realiti kehidupan rakyat B40 sekarang ini.

Jadi mengapakah dihalang mereka menggunakan duit simpanan mereka sendiri?

Atau kerana yang menyampaikan hasrat rakyat marhaen itu adalah seorang mantan Perdana Menteri yang bernama Najib Razak!!!

Cukup-cukuplah berpolitik, rakyat sedang menderita sekarang ini!!!

Monday, November 2, 2020

Syed Iskandar Saman Agong Untuk Atoq Atau Azmin?

|0 comments

Selepas SPB YDP Agong menolak nasihat Muhyiddin untuk mengumumkan Darurat Kesihatan di seluruh Malaysia, seorang peguam, Syed Iskandar Syed Jaafar, melalui firma guaman Tetuam Kengadharan & Co, telah memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, untuk mencabar keputusan SPB YDP Agong yang menolak nasihat Perdana Menteri.

Walau pun Kerajaan Malaysia telah dinamakan sebagai defendan pertama dalam saman yang beliau kemukakan, namun beliau telah meminta mahkamah untuk menentukan sama ada SPB YDP Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat sebagaimana yang telah dinasihatkan oleh Perdana Menteri.

Admin tidak akan mengupas dari sudut perlembagaan kerana itu bukan bidang admin, lagi pun pakar Perlembagaan Malaysia, Prof Dr Shamrahayu telah mengupasnya secara mendalam dan admin ada sertakan link tulisan beliau dalam siaran yang lepas.

Tetapi apa yang mahu admin dedahkan, siapakah sebenarnya di belakang Syed Iskandar?

Siapa Yang Berada Di Belakang Syed Iskandar?


Tindakan Syed Iskandar untuk memfailkan saman pemula untuk mencabar kuasa SPB YDP Agong bukanlah satu tindakan yang kecil atau remeh.

Betul, ini bukan pertama kali tindakan yang hampir sama pernah berlaku di Malaysia, malah mahkamah mempunyai 2 'precedent' untuk dijadikan sebagai rujukan.

Syed Iskandar bukanlah mantan Peguam Negara atau mantan Ketua Hakim Negara, beliau hanyalah seorang peguam biasa atau pengamal undang-undang biasa sahaja.

Kalau hendak dibandingkan kerjaya guaman Syed Iskandar dengan kerjaya peguam tersohor seperti TS Shafie Abdullah, adalah ibarat langit dan bumi.

Mengapa peguam yang langsung tidak terkenal seperti Syed Iskandar begitu berani mencabar kuasa SPB YDP Agong.

Kalau alasannya adalah kerana keadilan, banyak lagi kes-kes berprofil tinggi yang telah sama ada digugurkan atau sudah dijatuhkan hukuman dengan cara yang sangat-sangat menimbulkan tandatanya telah berlaku di Malaysia, tetapi tidak pula Syed Iskandar mengambil apa-apa tindakan.

Mesti ada seseorang yang sangat berpengaruh di belakang Syed Iskandar, amat mustahil beliau berani melakukannya sendirian.


Gambaran awal beliau didalangi oleh seseorang yang berpengaruh ialah apabila Yang Di Pertua Dewan Negara, Rais Yatim, juga telah mengeluarkan 
kenyataan yang senada.

Malah Rais Yatim telah mengesyorkan supaya dipersembahkan kali kedua ke bawah DYMM SPB YDP Agong perisytiharan darurat kesihatan untuk diperkenankan oleh baginda.


Ada teori dari Chegu Bard yang mengatakan bahawa Syed Iskandar adalah seorang peguam yang pro Dr Mahathir.

Alasan yang dikemukakan ialah pada 30 November 2018, Syed Iskandar pernah mewakili seorang blogger Adam Mukhriz @ Abdul Muhaimin dalam kes Adam Mukhriz memuatnaik gambar palsu DS Najib.

Dan Adam Mukhriz pula adalah salah seorang pegawai Dr Mahathir.

Tetapi teori yang dikemukakan oleh Chegu Bard boleh dipersoalkan kerana Dr Mahathir sendiri sebenarnya tidak bersetuju sekiranya Darurat Kesihatan diisytiharkan, Dr Mahathir masih lagi cenderung dengan idea asal beliau untuk menubuhkan 'unity government'.

Namun ada juga pendapat yang mengatakan sebenarnya Syed Iskandar adalah peguam upahan dari PPBM sendiri yang ditaja oleh Azmin Ali.

Sumber dalaman memberitahu, ketika SPB YDP Agong mengumumkan menolak cadangan Muhyiddin untuk mengisytiharkan darurat kesihatan di seluruh negara, Muhyiddin dikatakan telah membuat keputusan untuk meletak jawatan.


Namun Azmin Ali dan Hamzah Zainudin dikatakan telah sedaya upaya memujuk dan meyakinkan Muhyiddin supaya tidak meneruskan niat tersebut.

'2nd plan' yang dimaksudkan Azmin ialah mengisytiharkan darurat dengan alasan PRK Batu Sapi dan PRN Sarawak hanya dapat dielakkan sekiranya SPB YDP Agong memperkenankan perisytiharan darurat yang akan dipersembahkan kali kedua oleh Azmin ke pada SPB YDP Agong.

Tindakan Syed Iskandar itu dilihat sebagai 'psywar' kepada SPB YDP Agong supaya tidak menolak perisytiharan darurat yang akan dipersembahkan kepada baginda sekali lagi.

Tanpa Penaja Mampukah Portal Media Berbelanja Besar Begini?

Untuk menjayakan 'psywar' terhadap SPB YDP Agong, Azmin telah menaja beberapa portal media seperti MalaysiaNow dan beberapa Blogger dan Facebooker yang bersedia menjalankan perang saraf dengan memainkan isu darurat kesihatan MESTI diisytiharkan segera sekiranya tidak mahu gelombang keempat Covid-19 melanda negara sebagaimana negara dilanda gelombang ketiga Covid-19 selepas PRN Sabah.


Dalam perutusan khas Muhyiddin yang terbaru, secara nyata Muhyiddin telah menyatakan bahawa hanya darurat yang akan dapat mengelakkan dari mengadakan PRK Batu Sapi dan PRN Sabah.

Mengapa Azmin dan PPBM masih lagi mahu darurat kesihatan diisytiharkan?

Muhyiddin dikatakan masih tidak yakin akan mendapat undian yang mencukupi untuk meluluskan Bajet 2021.


Malah dikatakan telah berlaku 'politik wang' atau apa yang ditakrifkan oleh Dr Mahathir sebagai 'cash is king'.

Jelas tindakan Muhyiddin, Azmin, Hamzah dan PPBM adalah satu tindakan biadap malah boleh diklasifikasikan sebagai tindakan menderhaka bukan sahaja kepada SPB YDP Agong, malah kepada semua Raja Raja Melayu.

Demi mengekalkan kuasa politik, mereka sanggup mengheret SPB YDP Agong dan Raja Raja Melayu ke mahkamah.

Demi untuk memastikan kuasa politik kekal bersama mereka, nasihat dan perintah yang dikeluarkan oleh SPB YDP Agong dan Raja Raja Melayu sanggup mereka langgar.

Dengan jelas SPB YDP Agong telah menitahkan agar semua kegiatan politiking dihentikan buat sementara waktu dan baginda mahu semua pihak bersama-sama menangani masalah penularan Covid-19 demi untuk keselamatan rakyat dan negara.

Tetapi mereka tetap mahu memperjudikan nyawa rakyat Malaysia dan menganggap wabak Covid-19 ini adalah anugerah Allah SWT kepada mereka untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

Sangat malang bagi rakyat dan negara Malaysia kerana telah memilih pengkhianat dan penderhaka ini sebagai pemimpin.

Apakah kita masih mahu mengekalkan mereka dalam PRU 15 nanti?

Pandang dan renunglah wajah anak-anak kita kerana di situ ada jawapannya.

Saturday, October 31, 2020

Keputusan Mesyuarat MT UMNO Menjawab Tuduhan UMNO Gila Kuasa

|0 comments

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 29 Oktober 2020 yang lepas mendapat perhatian dan kecaman dari pelbagai pihak.

Ketika negara sedang dilanda gelombang ketiga Covid-19, UMNO dituduh sebagai parti politik yang tidak sensitif dengan masalah semasa rakyat dan negara.

Pemimpin-pemimpin UMNO dituduh sebagai tamak dan gila kuasa kerana fokus adalah untu mesyuarat yang diadakan pada malam itu adalah untuk membincangkan siapakah yang akan dinamakan oleh UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Laman blog ini ada mengingatkan pemimpin-pemimpin UMNO supaya tidak terperangkap dengan agenda Muhyiddin dan PPBM.

Di sebalik permintaan yang merupakan tawaran dari Muhyiddin dan PPBM, sebenarnya tersembunyi racun yang akan menghancurkan UMNO.

Sebelum mesyuarat MT UMNO bermula lagi, berbagai kecaman telah ditujukan kepada UMNO dan sudah pasti musuh-musuh UMNO yang berada di luar dan di dalam UMNO berharap supaya selepas mesyuarat MT UMNO, Presiden UMNO akan mengumumkan siapakah yang UMNO calunkan sebagai Timbalan Perdana Menteri, bertepatan dengan skrip yang telah mereka rancang.

Namun UMNO telah membuktikan sebaliknya.

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO langsung tidak menyebut siapakah yang akan UMNO calunkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Malah dilapurkan, isu tersebut langsung tidak dibincangkan di dalam mesyuarat MT UMNO pada malam itu.



UMNO secara tegas menyatakan iltizam untuk menjunjung titah perintah SPB YDP Agong supaya ahli politik mengenepikan perbalalahan politik buat sementara waktu dan bersama-sama berganding bahu untuk menangani masalah Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Berikut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO :

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan:

1. UMNO terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataan yang sudah berkali-kali dikeluarkan tentang peri pentingnya gencatan politik dan Rekonsiliasi Nasional demi mendepani wabak Covid-19, menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik.

2. UMNO juga ingin mengulangi dengan jelas sekali lagi bahawa kami menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk terus memastikan pentadbiran negara diurus dengan baik berpandukan keluhuran undang-undang dan menghormati semangat yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara dan tidak membawa negara ke dalam darurat sebagaimana yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan.

3. UMNO memperhalusi pelbagai pandangan dan harapan rakyat mengenai Belanjawan 2021 untuk diangkat kepada kerajaan termasuklah isu perlanjutan tempoh moratorium, bantuan sara hidup kepada rakyat yang hilang punca pendapatan akibat Covid-19, bantuan kepada belia yang menganggur, bayaran khas kepada barisan hadapan (frontliners) dan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pengembangan ekonomi negara. Lantaran itu, UMNO akan memastikan Belanjawan 2021 yang bermanfaat untuk rakyat dapat diluluskan.

4. Maka sebarang tindakan mana-mana pihak yang mempersoalkan keputusan UMNO dalam mendokong titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali. Sekiranya pendirian UMNO dalam perkara ini masih dipersoalkan, UMNO tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas demi untuk menjaga kedaulatan Raja-raja dan kepentingan rakyat.

5. UMNO adalah sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda rakyat. Maka, semua anggota Kabinet yang mewakili UMNO terus kekal dalam Kerajaan dan beriltizam untuk terus menjaga kebajikan rakyat dan mempertahankan maruah parti.

6. UMNO memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan bagi mewujudkan kerajaan yang stabil dengan mengadakan Pilihan Raya Umum setelah Pandemik Covid-19 dapat dikawal dan berada di peringkat minimum.

AHMAD ZAHID HAMIDI

29 Oktober 2020


UMNO mengulangi pengisytiharan 'GENCATAN POLITIK', namun mendesak supaya Muhyiddin membubarkan parlimen sebaik sahaja keadaan Covid-19 terkawal atau berada di tahap jangkitan yang paling minimum.

Boleh kita fahami, tujuan UMNO mendesak supaya diadakan PRU 15 secepat mungkin selepas masalah Covid-19 dapat dikawal adalah untuk mewujudkan kestabilan politik atau mengakhiri ketidaktentuan politik negara sejak Februari lepas.


Tahniah dan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin UMNO kerana sanggup mengenepikan kepentingan politik dan mendahulukan kepentingan rakyat dan negara.


Nampaknya '2nd plan' Azmin, Hamzah dan Muhyiddin dari PPBM untuk memburukkan UMNO sudah gagal, apakah akan ada '3rd plan' dari mereka?

Thursday, October 29, 2020

Cadangan DS Najib Kerjasama Dengan Anwar Adalah Serangan Kepada Musuh, Kenapa Kita Pula Yang Menggelabah?

|0 comments

Sebaik sahaja tamat perjumpaan Ahli Parlimen UMNO, tular di media sosial kononnya DS Najib telah cuba mengkhianati UMNO demi untuk kepentingan diri beliau sendiri dengan cuba mendesak Ahli Parlimen UMNO supaya memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim.


Kalau Malaysia Now, kepunyaan adik kepada mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, yang merupakan penyokong tegar Azmin Ali, yang spin isu ini, tidaklah menghairankan, tetapi apabila manusia-manusia yang mengaku sebagai 'totok UMNO' turut sama spin isu ini, pada pendapat admin, ada sesuatu yang tidak kena.

DS Najib di dalam penjelasannya telah memberitahu kita semua bahawa ketika mesyuarat tersebut, beliau telah mengemukakan 3 cadangan untuk dipertimbangkan dibawa kepada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO  yang akan diadakan pada sebelah malam.

Apa 3 cadangan yang DS Najib utarakan?

1. UMNO teruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional dengan syarat UMNO diberikan lebih peranan dalam kerajaan untuk menentukan halatuju ekonomi.

2. Mendapatkan persetujuan untuk PRU 15 diadakan pada suatu tarikh yang tetap pada masa depan setelah Covid-19  terkawal demi memulihkan kestabilan politik.

3. Kerjasama bersyarat dengan Anwar tanpa DAP sehingga PRU15.

Ada beberapa perkara yang kita perlu lihat secara rasional supaya tidak termasuk dalam perangkap lawan.

DS Najib dengan jelas menyatakan beliau telah membuat 3 cadangan (seperti yang tertulis di atas), cadangan pertama dan kedua DS Najib telah diterima oleh MP UMNO tetapi cadangan yang ketiga telah ditolak.

Sebenarnya cadangan ketiga DS Najib bukanlah cadangan utama tetapi merupakan cadangan pilihan terakhir yang boleh diambil oleh UMNO sekiranya 2 cadangan awal yang diutarakan itu ditolak mentah-mentah atau PPBM terus-terusan memperbodohkan UMNO.

Bukankah PPBM telah berkali-kali mempermainkan UMNO!!!

Persoalannya, mengapa cuma satu dari tiga cadangan yang DS Najib utarakan ditularkan?

Kenapa 2 cadangan yang lain diketepikan dan tidak ditularkan?

Apa niat sebenar Malaysia Now menularkan isu itu?


Kenalkan kita siapa Dr Ahmad Atory, penganalisis yang mencadangkan supaya DS Najib disingkirkan dari UMNO kerana membuat cadangan supaya UMNO berkerjasama dengan Anwar Ibrahim?

DS Najib bukanlah ahli politik picisan yang menggunakan perjuangan parti sebagai topeng untuk kepentingan peribadi.


Sebaik sahaja Barisan Nasional diumumkan tumbang dalam PRU 14, DS Najib telah mengambil tanggungjawab moral untuk meletakkan semua jawatan politik yang beliau pegang ketika itu.

Awal pasca PRU 14, ketika dilihat ramai pemimpin UMNO menyepikan diri, termasuk pemimpin UMNO yang duduk di barisan hadapan ketika DS Najib mengumumkan meletak jawatan, DS Najib dengan tenang membuat kenyataan tidak mahu mengheret UMNO bersama dalam semua dakwaan politik yang beliau hadapi.

Di kemuncak cacian dan hinaan yang beliau terima dari masyarakat yang terpedaya dengan fitnah Pakatan Harapan, DS Najib bersendirian mempertahankan diri beliau dengan hujah dan fakta, sehingga masyarakat yang pernah mencaci beliau kembali menghormati beliau dan merasa menyesal apabila menyedari bahawa selama ini mereka sudah tertipu dengan fitnah dan tohmahan Pakatan Harapan.

Seperti yang admin katakan, DS Najib bukanlah seorang ahli politik sembarangan.

Setiap keputusan dan gerakan yang beliau lakukan, pastilah telah beliau pertimbangkan dan memikirkannya dengan semasak-masaknya dari segenap sudut.

Gunakan akal kita yang rasional dan jiwa yang tenang.

Kalau cuma dengan sokongan MP UMNO dan tanpa DAP, Anwar tidak mungkin boleh menjadi Perdana Menteri.

DS Najib meletakkan syarat berkerjasama dengan Anwar TANPA DAP.

Apakah Anwar sanggup meninggalkan DAP yang mempunyai lebih dari 40 MP, tidak termasuk dengan bilangan MP dari PAN, hanya untuk berkerjasama dengan UMNO yang kini cuma mempunyai 39 MP?

Jadi apa tujuan DS Najib membuat cadangan begitu kalau sudah tahu Anwar tidak mungkin akan menerimanya.

Kalau kita gunakan akal kita yang waras, tidak perlu tahu apa tujuan sebenar DS Najib tetapi lihat apa yang sedang berlaku kepada DAP dan PKR sekarang.


Timbul rasa curiga antara DAP dan PKR akibat dari cadangan DS Najib itu.


Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, memerli PKR dengan menyifatkan pihak yang mahu berkerjasama dengan DS Najib untuk membentuk kerajaan sebagai 
kemaruk dan gila kuasa. 

Apa pula yang berlaku di pihak PPBM?

Pertemuan 6 mata antara Presiden UMNO, Presiden PAS dan Presiden PPBM gagal mencapai kata sepakat, malah dari sumber yang dipercayai menyatakan, pertemuan tersebut menjadi tegang bila antara Zahid Hamidi dan Tok Mat Maslan yang mewakili UMNO saling menuduh dengan Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin yang mewakili PPBM sebagai pengkhianat.

Malah dilapurkan, Zahid dan Tok Mat Maslan telah meninggalkan meja rundingan.

Tetapi apabila DS Najib mengemukakan cadangan supaya UMNO berkerjasama dengan Anwar, secara tiba-tiba, PPBM telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO.

Tetapi diharapkan pihak UMNO tidak terlalu gembira dan berpuas hati kerana di sebalik umpan yang menggiurkan pasti terselit kail yang berbisa.


Apa muslihat Muhyiddin mahu nama untuk calun Timbalan Perdana Menteri dari UMNO tetapi bukan Presiden UMNO, Zahid Hamidi.

Inilah senjata yang digunakan oleh Dr Mahathir untuk memecahbelahkan PKR dengan melantik Timbalan Presiden PKR sebagai Menteri Kanan tetapi membiarkan Presiden PKR sebagai Ahli Parlimen biasa.

Seperti yang admin tuliskan dalam Facebook admin, kalau tak faham dengan seni politik, jangan lakukan serangan secara semberono.

Kecuali kalau ada kepentingan peribadi, itu admin tidak mahu komen.

Tapi tanyalah pada diri sendiri, berbaloikah kita menghancurkan parti kita semata-mata demi kepentingan peribadi, bukankah DS Najib pernah di salah tafsirkan oleh banyak pihak, apakah masih mahu melakukan kesilapan yang sama buat kali kedua?

Monday, October 26, 2020

Faktor Kejatuhan Muhyiddin, SPB YDP Agong Dan Raja Raja Melayu Lebih Memahami Apa Yang Sedang Berlaku

|0 comments

Peringkat awal TS Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri, kebanyakan rakyat Malaysia menyambut baik.

Muhyiddin berbelanja sakan dana negara sebanyak RM2 trilion yang ditinggalkan oleh Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak.

Mengumumkan Bantuan Prihatin Malaysia (BPN) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi akibat dari penularan Covid-19 dengan cogankata, 'no one will left behind'.

Apa lagi bila Muhyiddin berjaya memainkan watak seorang pemimpin yang warak dengan membaca doa untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara Malaysia, bertakbir bersama-sama menteri kabinet yang beragama Islam ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Ketika itu populariti Muhyiddin melonjak.

Muhyiddin dikatakan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang terbaik, ikhlas dan prihatin terhadap rakyat dan negara.

Tetapi sekarang, karier politik Muhyiddin dilihat ibarat telur dihujung tanduk.

Rakyat mula marah kepada Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional, walau pun Muhyiddin telah mengumumkan BPN 2.0, namun kemarahan rakyat dilihat tidak dapat dibendung lagi.

Mengapa?

Khianat Kepada Sekutu Yang Membantu


Dalam kemelut politik negara yang tercetus akibat dari Perdana Menteri ke 7, Dr Mahathir meletak jawatan secara tiba-tiba, atas cadangan Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan dengan persetujuan Presiden PAS, TG Hj Hadi, Muhyiddin telah ditawarkan untuk dicalunkan nama beliau sebagai Perdana Menteri ke 8.

Walau pun pada perancangan asal, nama Muhyiddin adalah pilihan ketiga dalam perancangan untuk jatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan DAP.

Sebaik dilantik menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin, Hamzah dan Setiausaha Akhbar Muhyiddin, Ainon, yang tersohor dengan nama Mak Enon, telah memulakan perancangan untuk mengkhianati UMNO dan PAS.

Ekoran dari situ, kepimpinan tertinggi PPBM khususnya Hamzah Zainuddin terus bersikap angkuh, ganas, mengugut dan manipulatif.

Mak Enon pula bertindak melakarkan imej positif melalui media yang disokong survey positif yang dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri dengan HANYA menyiarkan usaha tangani gelombang pertama Covid-19.

Disebaliknya imej positif yang Mak Enon berkan kepada rakyat Malaysia, jemaah menteri yang dikuasai PPBM, faksi Azmin dengan sokongan peribadi Takiyuddin dan Samsuri berencana politik yang berniat jahat, penuh fitnah dan khianat.

Puak-puak PPBM sendiri mengetepikan jiwa besar dan lapang dada Presiden UMNO, Zahid, demi penyatuan ummah dengan perancangan Hamzah untuk bubar dan ambil alih UMNO serta merampas aset UMNO supaya menjadi milik PPBM.

Jika tiada gelombang ke 3 Covid-19, mereka sudah rancang untuk memenjarakan menunggu Zahid dan Najib pada bulan Februari 2021. 

Konon TSMY tak campurtangan dalam urusan mahkamah tapi sebenarnya dia biarkan campurtangan Mahathir dalam mahkamah berterusan melalui tangan Gopal Sri Ram mengatur dan mencatur hakim-hakim dalam mahkamah.

Muhyiddin tiada perancangan yang mantap dalam menentukan hala tuju negara bagi menghadapi kegawatan sosial, ekonomi dan geopolitik negara akibat pandemik Covid-19.

Hanya yang dijajakan oleh Muhyiddin ialah bantuan demi bantuan hasil dari duit yang dikumpulkan oleh DS Najib semasa menjadi Perdana Menteri ke 6.

Khianat Dan Menggunakan UMNO (Parti Keramat Orang Melayu Dan Parti Yang Menaikkan Muhyiddin) Untuk Kepentingan Peribadi


Mungkin ramai yang sudah lupa, Muhyiddin bukanlah seorang pemimpin yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

Matlamat utama beliau di dalam politik adalah untuk kepentingan peribadi.

Beliau sanggup menggunkana apa saja demi untuk mencapai cita-cita politik beliau.

Sebab utama mengapa Muhyiddin dipecat dari UMNO bukanlah kerana pendedahan mengenai 1MDB seperti yang beliau dakwa selama ini (sila dengar rakaman audio yang disertakan).

Demi untuk mencapai cita-cita politik beliau, Muhyiddin sanggup mengkhianati perjuangan asal UMNO, iaitu membela agama, bangsa dan tanah air.




Untuk naik ke atas, Muhyiddin menggunakan UMNO sebagai batu loncatan dan selepas berada di atas, UMNO yang selama ini menaikkan beliau, bukan sahaja beliau memandangnya dengan jijik, malah berniat untuk terus membunuhnya.

Memang benar dan admin akui, UMNO pernah dibarisi pemimpin-pemimpin yang korup, tetapi bukan semua pemimpin UMNO korup.

Namun apa yang lebih penting, hasil dari perjuangan UMNO, negara kita mendapat kemerdekaan, maruah Raja Raja Melayu dikembalikan dari dimalukan dalam Malayan Union.

Semangat, perjuangan dan pengorbanan pemimpin dan akar umbi UMNO ketika pra kemerdekaan, masih lagi diwarisi, malah didokong sepenuhnya oleh akar umbi UMNO sekarang.

Perjuangan akar umbi UMNO ikhlas, mereka tiada kepentingan peribadi, yang ada pada jiwa dan nurani mereka hanyalah perjuangan untuk bangsa, agama dan tanah air.

Lihat sahaja ketika UMNO ditewaskan dalam PRU 14, ketika pemimpin-pemimpin UMNO sibuk melompat parti atas sebab-sebab kepentingan peribadi, siapakah yang tanpa lelah, terus-terusan mempertahankan UMNO walau pun berdepan tohmahan dan cacian!!!

Ahli UMNO melebihi 3 juta orang, kalau hanya 1 juta ahli UMNO dari 3 juta ahli UMNO menadah tangan, memohon kepada Allah SWT agar dihancurkan musuh-musuh UMNO sama ada yang tersembunyi atau yang nyata, In Sya Allah, akan diperkenankan, walau pun bukan kerana ramai yang berdoa tetapi mungkin kerana keikhlasan mereka ketika berdoa.

Kepada Muhyiddin, Dr Mahathir, Anwar dan siapa sahaja yang mahu menghancurkan UMNO, itulah sebenarnya tunjang kekuatan UMNO, iaitu keikhlasan akar umbi UMNO.

Tumbangkanlah mereka kalau kamu mampu.

Laksanakan Tanggungjawab Terakhir Sebaik-Baiknya


SPB YDP Agong dan Raja Raja Melayu sudah bersuara dan membuat ketetapan untuk menolak perintah darurat yang dipohon Muhyiddin.

YDP Agong dan Raja Raja Melayu tentu lebih maklum, maksud tersirat di sebalik yang tersurat dalam permohonan darurat Muhyiddin.

Memerangi pandemik Covid-19 akan menjadi tugas dan tanggungjawab Muhyiddin yang terakhir sebagai Perdana Menteri, jadi, lakukanlah dengan sebaik-baiknya.

Kredit :




Saturday, October 24, 2020

Muhyiddin Gunakan Darurat Untuk Terus Bertahan!!!

|0 comments

 

Petang semalam (23 Pktober 2020), Perdana Menteri, TS MUhyiddin Yassin, telah mengadap ke bawah DYMM SPB YDP Agong Ke XVi, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Al Marhum Sultan Ahmad Shah, di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang selepas mempengerusikam mesyuarat tergempar kabinet pada hari yang sama.

Turut sama didalam rombongan Muhyiddin ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral TS Affendi Buang.

Muhyiddin dan rombongannya yang tiba di Istana Abdul Aziz pada pukul 4.40 petang, dilihat meninggalkan istana 3 jam kemudian.

Sumber memberitahu, tujuan Muhyiddin mengadap SPB YDP Agong adalah untuk mendapatkan perkenan baginda bagi mengisytiharkan darurat di seluruh negara.

Admin tidak mahu mengupas tentang darurat kerana pembaca boleh baca tulisan dan kupasan dari Profesor Dr Shamrahayu Aziz dan Isham Jalil.

Apa yang ingin admin kupas di sini ialah apakah puncanya yang mewnyebabkan kerajaan terpaksa membuat keputusan untuk mengisytiharkan darurat?

2 alasan utama yang Muhyiddin gunakan untuk meyakinkan SPB YDP Agong supaya baginda memperkenankan pengisytiharan darurat dilakukan.

Yang pertama ialah kerana keselamatan dan kesihatan rakyat terancam akibat peningkatan mendadak kes jangkitan baharu Covid-19 yang melanda negara dalam gelombang ketiga ini.

Yang kedua ialah keadaan politik semasa negara yang berada di dalam keadaan yang sangat tidak stabil dan membimbangkan.

Apa Punca Sebenar Negara Di Landa Gelombang Ketiga Covid-19


Malaysia sudah hampir berjaya mengawal dan memutuskan rantaian Covid-19, kalau dilihat dari data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, kes jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia mula jatuh ke angka satu digit p[ada awal minggu kedua bulan June 2020 dan angka satu digit menjadi konsisten sehingga ke bulan Julai 2020.

Ekoran itu, kerajaan mula mengisytiharkan negara memasuki fasa baru PKP iaitu fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP.

Tetapi segala-galanya musnah bila berlaku pergolakan politik di Sabah yang membawa kepada Pilihanraya Negeri Sabah, sehingga menyebabkan bermula dari pertengahan Oktober 2020 sehingga ke hari ini, kes baharu jangkitan Covid-19 kembali mencatatkan 3 digit malah melepasi angka 500 jangkitan baharu setiap hari.

Apa dan siapakah sebenarnya yang menyebabkan keadaan politik di Sabah menjadi tidak stabil hingga membawa kepada PRN Sabah?

Perancang utama yang menjatuhkan kerajaan Warisan Sabah ialah PPBM.


Tentu kita masih ingat, Setiausaha Agung PPBM, 
Hamzah Zainudin, telah pergi ke Sabah sebelum keadaan politik di Sabah menjadi semakin tegang.

Campurtangan pemimpin PPBM di Putrajaya telah diakui dan didedahkan oleh pemerhati politik, Dr Awang Azman Awang Pawi, malah Shafie Apdal juga pernah mendedahkan perkara yang sama.

Tetapi perancangan Hamzah gagal bila Shafie memilih untuk membubarkan DUN Sabah, walau pun ketika itu Covid-19 sudah mula menulart dengan luas di Sabah.

Pembubaran DUN Sabah disokong sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

Di dalam tempuh berkempen, maka berpusu-pusu penggiat politik dan pemimpin politik dari Semenanjung bertumpu ke bumi Sabah tanpa menghiraukan kes penularan Covid-19 yang semakin meningkat.

Akibatnya bukan sahaja rakyat Sabah terdedah kepada risiko jangkitan ketika tempoh berkempen dan hari mengundi, rakyat di Semenanjung juga menghadapi risiko yang sama bila penggiat politik dan pemimpin politik kembali ke Semenanjung.

Maka berlakulah apa yang telah berlaku pada hari ini, kes jangkitan baharu semakin tidak terkawal!!!

Punca Keadaan Politik Yang Tidak Stabil


Pergeseran antara UMNO dan PPBM bermula bila dalam ucapan Persidangan Tahunan PPBM, Muhyiddin secara jelas menyatakan hasrat beliau untuk 'hijacked' Muafakat Nasional yang telah diasaskan bersama oleh UMNO dan PAS.


Ketegangan antara UMNO dan PPBM semakin memuncak bila PPBM menunjukkan keangkuhan dalam PRN Sabah dengan beberapa kali cuba 
'memperbodohkan' UMNO.

Pemimpin Pakatan Harapan pantas mengambil kesempatan dari keadaan yang tegang ini.

Beberapa Ahli Parlimen UMNO yang kecewa dan marah dengan keangkuhan PPBM telah cuba dipengaruhi supaya menarik balik sokongan ke atas Perikatan Nasional.

Kemuncaknya bila Anwar mengumumkan sudah mempunyai bilangan sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menjatuhkan Perikatan Nasional.

Tetapi usaha Anwar gagal; bila SPB YDP Agong 'menasihatkan' supaya ahli politik menumpukan perhatian kepada masalah Covid-19 yang semakin meruncing.

Keadaan menjadi semakin tegang bila Presiden UMNO mwengumumkan UMNO akan menilai semula sokongan terhadap Perikatan Nasional dan usaha untuk melakukan undi tidak percaya ke atas Muhyiddin mula digerakkan oleh Dr Mahathir dan Ku Li.

Bila mendapat respon yang negatif dari Yang Di Pertua Dewan Rakyat, maka ada gerakan yang akan cuba membantah Bajet 2021 Kerajaan Perikatan Nasional yang dijangka akan dibentangkan pada awal November ini.

Sekiranya Perikatan Nasional gagal mendapat majoriti undian menyokong bajer mereka, maka Muhyiddin tidak ada pilihan lain kecuali mengadap SPB YDP Agong dan mempersembahkan kepada baginda sama ada surat perletakan jawatan atau memohon supaya baginda membubarkan parlimen.

Sebelum perkara itu berlakui, Muhyiddin bertindak awal dengan memohon perkenan baginda supaya diisytiharkan darurat seluruh negara.

Apabila darurat diisytiharkan, maka parlimen akan digantung, jadi tidak akan ada undi tidak percaya dan tidak akan ada pembentangan Bajet 2021 oleh Perikatan Nasional.


Kalau ugama pun sanggup Muhyiddin gunakan untuk mendapat sokongan rakyat bagi memastikan dirinya beerkuasa, apalah sangat dengan pengisytiharan darurat.

Jadi, fikir-fikirkanlah, siapa Muhyiddin sebenarnya!!!

fda