Friday, November 6, 2020

UMANY Pertikai Kuasa Agong Dan Fitnah Parlimen, Tiada Tindakan Di Ambil, Lokman Kritik Muhyiddin Di Siasat, Apakah Kedudukan Muhyiddin Lebih Tinggi Dari SPB YDP Agong?


University of Malaya Association of New Youth (UMANY) melalui akaun Facebook mereka telah membuat satu hantaran biadap dengan memperlekehkan institusi SPB YDP Agong yang menjadi tonggak kepada sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia.

Dalam hantaran di Facebook mereka (telah dipadamkan), UMANY  secara biadap menyatakan 'YDPA SHOULD NOT INTERFERE IN NATIONAL AFFAIRS' atau YDP Agong tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran negara!!!

Adalah amat mustahil mahasiswa yang bernaung di bawah UMANY  tidak faham dengan sistem Raja Berpelembagaan dan lebih mustahil lagi perkara ini dilakukan kerana kesilapan.

Jelas, perbuatan mempertikaikan kuasa SPB YDP Agong merupakan perbuatan biadap dan boleh dianggap sebagai penderhaka.

Jelas sekali kenyataan tersebut bukan sahaja mempertikaikan, malah menghina kuasa dan fungsi institusi SPB YDP Agong.

Dalam hantaran di bawah tajuk yang sama juga, UMANY telah memfitnah Parlimen atau Dewan Rakyat dengan mengatakan Bajet 2021 telah pun diluluskan oleh Parlimen, sedangkan pembentangan dan perbahasan Bajet 2021 belum lagi dimulakan di Parlimen dan dijangka akan mula dibentangkan pada 6 November 2021 ini.

Manakala perbuatan menyatakan sesuatu ketetapan yang belum diputuskan dalam Parlimen merupakan fitnah yang berniat jahat dan tidak boleh dianggap sebagai satu kesilapan yang remeh.

Kebebasan bersuara bukanlah berarti kita boleh berkata apa sahaja.

Kebebasan bersuara ada batasannya.

UMANY memang dikenali sebagai sebuah persatuan pro DAP dan berada di bawah lindungan DAP.

Telah berkali-kali UMANY mengeluarkan kenyataan dan melakuikan tindakan provokasi melampau namun tiada tindakan tegas diambil ke atas mereka sama ada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan mahu pun Perikatan Nasional.

Ini menyebabkan UMANY menjadi besar kepala dan merasakan mereka kebal dari undang-undang.

Di manakah SKMM dan PDRM?

Mengapa anak-anak muda biadap ini dibiarkan berterusan melakukan provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan kaum ini terus dibiarkan bermaharajalela tanpa sebarang tindakan?

Bukan sekali, bukan dua kali, malah telah berkali-kali, apakah SKMM dan PDRM masih lagi terlepas pandang?


Ironiknya, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Lokman Noor Adam, ditahan oleh sepasukan pihak polis ketika sedang bersiaran di media sosial Facebook milik beliau hanya kerana mengkritik Muhyiddin Yassin.

Dalam kenyataan Lokman sebelum didatangi oleh pihak PDRM, Lokman dikatakan telah berkata setiap Ahli Parlimen akan diberikan RM3 juta sekiranya Bajet 2021 diluluskan.

Memang benar, tiada kepastian kerana belum dapat dibuktikan kebenaran apa yang didakwa oleh Lokman.

Tetapi apa yang menarik, dalam kes Lokman Adam , pihak PDRM dilihat begitu pantas mengambil tindakan.

Tetapi mengapa dalam kes UMANY, sehingga ke hari ini, masih belum apa-apa tindakan diambil oleh sama ada pihak SKMM atau PDRM.



Yang ada mengeluarkan kenyataan hanyalah pihak pentadbiran Universiti Malaya.

Itu pun setakat menyatakan pihak UM memandang serius tentang hantaran yang telah dibuat oleh UMANY, namun tidak dijelaskan apakah bentuk tindakan yang akan di ambil nanti.

SPB YDP Agong dan Perdana Menteri adalah institusi yang WAJIB dipertahankan oleh setiap warga Malaysia.

Menghina institusi yang telah jelas kedudukannya di dalam Perlembagaan Malaysia adalah jelas merupakan satu perbuatan jenayah yang mencabul undang-undang Malaysia.

Namun kita mesti ingat, di dalam hiraki Raja Berpelembagaan, kedudukan institusi SPB YDP Agong berada di atas kedudukan Perdana Menteri.

Tetapi mengapakah dalam 2 kes yang berasingan tetapi di bawah kesalahan yang sama, iaitu menghina institusi yang mempunyai kedudukan istimewa dalam Perlembagaan Malaysia, tindakan tegas dan pantas dari pihak berkuasa adalah berbeza.

Atau di bawah pentadbiran Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin, kedudukan Perdana Menteri yang beliau sandang adalah lebih tinggi dari kedudukan SPB YDP Agong!!!

0 comments:

fda

Archives