Tuesday, November 10, 2020

Makcik Kiah Termenung Lepas Dengar Bajet 2021


Kali pertama dengar Muhyiddin umumkan Bantuan Prihatin Nasional, apa lagi bila Muhyiddin sebut nama Makcik Kiah dalam ucapan ke seluruh negara, Makcik Kiah tersenyum lebar.

Tapi kali ini, lepas Makcik Kiah dengar dengan tekun Belanjawan 2021 selama hampir 2 jam, Makcik Kiah termenung panjang.

Kenapa?

Dah ada dalam perancangan Makcik Kiah, bila dapat keluarkan duit KWSP sebanyak RM10,000 tu nanti, sebahagiannya Makcik Kiah nak buka warung nasi lemak depan rumah nanti.

Dalam kiraan Makcik Kiah, paling sedikit pun, Makcik Kiah mesti ada RM5,000 ke RM6,000 untuk mulakan berniaga di warung nasi lemak tu.

Sebahagian lagi Makcik Kiah nak gunakan untuk beli laptop anak sulong dia yang akan masuk universiti tahun hadapan.

Ye lah budak-budak sekarang, Tingkatan 4 dsah kena ada laptop, kesian pula Makcik Kiah tenguk anak sulong dia asyik pinjam laptop kawan dia.

Tapi, semuanya berkecai bila Muhyiddin umumkan tak bagi keluar RM10,000, cuma RM500 tiap-tiap bulan.

Apa ker jadahnya, 500 satu bulan, tak sampai 3 hari dah habis, nak berniaga apa, getus Makcik Kiah dalam hati!!!


Suami Makcik Kiah pula, dah bercadang nak belikan motosikal untuk anak sulong mereka bila masuk universiti nanti, ye lah, payah budak tu nak pergi balik dalam universiti tu nanti, fikir suami Makcik Kiah.

Baki dari duit muka beli motosikal untuk anak mereka, bolehlah gunakan untuk repair mana yang patut pada motosikal yang dia ada sekarang ini.

Motosikal penting bila Kiah dah buka warung nanti, nak pergi pasar, nak hantar pesanan pelanggan, kalau harap keadaan motosikal yang kejap-kejap semput, boleh bungkus bisnes nanti, fikir suami Makcik Kiah.

Keluarkan KWSP RM10,000, duit muka motosikal along, katalah RM4,000, repair motor katalah RM2,000, lebih tu boleh buat modal berniaga warung dengan beli keperluan along nak masuk universiti nanti.


Tapi bila Muhyiddin kata tak boleh keluarkan RM10,000, meleleh air mata  suami Makcik Kiah mengenangkan tak dapatlah bini dia berniaga, macam mana anak sulung harapan keluarga nak masuk universiti!!!

Itu baru cerita Makcik Kiah, belum cerita makcik-makcik dengan auntie-auntie yang lain lagi.

Muhyiddin oh Muhyiddin...

Siapa Sebenarnya Yang Betul-Betul Berkerja Untuk Rakyat


Ingat lagi tak masa zaman DS Najib jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Belanjawan negara terakhir yang DS Najib bentangkan ialah Belanjawan 2018.

Kementerian Kewangan di zaman DS Najib akan mula mengumpulkan maklumat dan maklumbalas dari rakyat beberapa bulan lebih awal sebelum bajet dirangka.

Malah ketika akan dibentangkan dalam Parlimen, bajet tersebut akan dibukukan dengan kemas.


Tapi di zaman Pakatan Harapan, biar gambar berbicara.


Tak jauh bezanya dengan di zaman Muhyiddin.

Dekat sini pun boleh nampak, siapa yang lebih serious, bersedia dan bersungguh-sungguh untuk bantu rakyat.

Banyak inisiatif sejak zaman DS Najib dan Barisan Nasional masih dikekalkan, antaranya BR1M .

Semasa Pakatan Harapan dijenamakan semula dengan Bantuan Sara Hidup atau BSH, zaman Perikatan Nasional pula dijenamakan sekali lagi dengan nama Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.

Tapi konsepnya yang sebelum ini dikecam hebat oleh Dr Mahathir dan Muhyiddin, tetap sama, beri duit secara terus kepada rakyat.

Kerana akhirnya diakui, ianya bukan sahaja dapat membantu meringankan beban rakyat, malah menjana perkembangan ekonomi domestik yang akhirnya akan memberikan pulangan kepada kerajaan dalam bentuk cukai.

MRT, Pan Borneo, CSR, HSR yang bukan sahaja dihentikan, malah dituduh sebagai projek mega yang membazirkan duit negara semasa pentadbiran Pakatan Harapan, sekarang diteruskan semula.

Subsidi baja padi bukit yang diperkenalkan oleh DS Najib pada 2015 , sekarang diteruskan dengan peruntukan RM40 juta , dulu masa Pakatan Harapan dihentikan terus 100%.

Elaun nelayan yang juga diperkenalkan di zaman DS Najib pada 2013 telah dipotong menjadi RM150, selepas dikecam teruk, Pakatan Harapan naikkan kepada RM200, kemudian naik pula kepada RM250. 

Sekarang dinaikkan sama seperti yang diberikan pada tahun 2017, RM300. 

Satu-satunya yang baru dapat didengar dalam bajet ialah susu percuma untuk murid sekolah setiap hari, moga mendapatkan nutrien yang diperlukan untuk keperluan fizikal dan mental murid.

Tapi khabarnya sesi persekolahan penuh hanya akan di adakan pada bulan Mac tahun hadapan, dari bulan Januari sampai penghujung Februari, sesi persekolahan secara berperingkat.


Tapi bukanlah rakyat tak dapat apa-apa dari Bajet 2021.

Selain dari BPR yang ada dalam infografik tu, penjawat awam (bawah Gred 56 dan ke bawah) dapat RM600, pesara dapat RM300, veteran tentera yang tak ada pencen dapat RM300, bujang atas 21 tahun dapat RM350 (pendapatan bawah RM2,500), bujang 18 - 20 tahun dapat RM50 masuk dalam e-wallet.

Tapi yang paling banyak dapat laba ialah Jabatan Hal Ehwal Khas, Jabatan Perdana Menteri atau JASA.

JASA yang dahulunya telah ditutup oleh Pakatan Harapan atas lobi beberapa orang, kini akan dihidupkan semula dengan dana yang cukup besar dan akan diketuai oleh manusia yang dahulu beriya-iya mengatakan JASA yang berfungsi sebagai jabatan propaganda kerajaan hanya membazirkan duit rakyat.


Dr Afif Bahardin dikatakan akan dilantik sebagai Ketua Pengarah JASA di bawah Perikatan Nasional.

Kalau dulu zaman Barisan Nasional, JASA merupakan pembaziran tapi di bawah Perikatan Nasional, terutamanya dengan Ketua Pengarahnya ialah Dr Afif, mungkin pembaziran dah bertukar kepada keperluan.



Bukan setakat bertukar menjadi keperluan atau pun kemestian, malah peruntukan untuk JASA yang cuma mempunyai 60 orang perkerja nanti mempunyai peruntukan yang jauh lebih besar dari peruntukan untuk 10,000 orang frontliners yang bertungkus lumus, menggadaikan nyawa demi untuk keselamatan rakyat Malaysia.

Ada lagi.


Peruntukan untuk JASA bawah Perikatan Nasional untuk satu tahun adalah hampir sama dengan peruntukan JASA untuk emp[at tahun di zaman Barisan Nasional!!!

Jadi tak hairanlah kenapa Makcik Kiah laki bini termenung panjang selepas mendengar pembentangan Bajet 2021 era Muhyiddin Yassin.

No one will be left behind, kata Muhyiddin, habis tu aku dengan laki aku, macam mana, soal Makcik Kiah!!!

0 comments:

fda

Archives