Banyak pihak, terutamanya akar umbi UMNO terkejut, bila Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mendedahkan sebelum Perhimpunan Agung Tahunan 2020 PPBM, beliau telah mengadakan pertemuan 4 mata dan perbincangan dari hati ke hati dengan Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi.
Lebih mengejutkan lagi bila Muhyiddin mengumumkan dalam pertemuan itu, beliau dan DS Zahid telah BERSETUJU untuk memulihkan hubungan antara UMNO dan PPBM.
Pengumuman Muhyiddin telah segera mendapat pelbagai respon dari berbagai pihak terutamanya dari kepimpinan dan akar umbi UMNO.
Majoriti akar umbi UMNO telah menyatakan keraguan atas kesungguhan dan keikhlasan Muhyiddin dan PPBM untuk memulihkan hubungan antara UMNO dan PPBM.
Bahagian penyelidikan UMNO telah membuat satu 'poll' untuk mendapatkan respon dari akar umbi UMNO mengenai perkara tersebut, dan admin difahamkan, setakat ini lebih 90% akar umbi TIDAK BERSETUJU dan merasa curiga dengan niat PPBM.
Undian tersebut boleh dilakukan di sini.
Mengapa Ahli UMNO Menolak Kerjasama Dengan PPBM?
Tujuan utama Dr Mahathir tubuhkan PPBM adalah untuk membunuh UMNO.
Ianya bukanlah tuduhan tetapi terpancar dengan sangat jelas dalam setiap ucapan dan tindakan Dr Mahathir ketika menerajui PPBM dan juga melalui kenyataan pemimpin-pemimpin PPBM yang lain.
Malah Muhyiddin sendiri dengan angkuhnya mengatakan bahawa tidak mungkin beliau akan kembali kepada UMNO yang telah jatuh ke dalam longkang.
Jadi di manakah rasionalnya untuk kita berkerjasama dengan sebuah parti yang sememangnya ditubuhkan khas untuk membunuh parti kita?
Mungkin Muhyiddin boleh katakan, demi untuk perpaduan masyarakat Melayu Islam, kita lupakan sejarah hitam yang silam, dalam artikata lain, buang yang keruh dan ambil yang jernih seperti di dalam ucapan beliau ketika Perhimpunan Agung Tahunan PPBM.
Tetapi apa yang PPBM lakukan ke atas UMNO dalam Pilihanraya Negeri Sabah menggambarkan sikap angkuh dan besar kepala PPBM terhadap UMNO.
Maka tidak hairanlah jika akar umbi menolak dan merasa mual dengan kenyataan Presiden PPBM itu.
PPBM Sedang Memasang Perangkap Untuk UMNO
Melihatkan keadaan PPBM yang semakin tersepit dengan pengundian Bajet 2021 dan juga tekanan supaya Parlimen melakukan sama ada undi percaya atau undi tidak percaya terhadap Muhyiddin di Parlimen, kenyataan Muhyiddin dilihat sebagai kenyataan seorang desperado yang terdesak untuk mengekalkan kuasa politik beliau dan parti PPBM.
Lebih membimbangkan Muhyiddin, bila Presiden UMNO secara terbuka mahu undi percaya dilakukan dengan segera di Parlimen untuk menguji keabsahan jawatan Perdana Menteri yang disandang oleh Muhyiddin dan juga Kerajaan Perikatan Nasional.
Muhyiddin dan PPBM sedar, walau pun telah melepasi pengundian Bajet 2021 pada pusingan pertama, namun kedudukan mereka belum selamat lagi sekiranya salah seorang dari menteri UMNO mengusulkan undi percaya terhadap beliau.
Dalam ucapan Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, Muhyiddin juga mencadangkan supaya Perikatan Nasional menubuhkan Majlis Presiden Perikatan Nasional yang akan diwakili oleh ketua parti dalam gabungan Perikatan Nasional.
Alasan Muhyiddin adalah supaya ketua-ketua parti yang ada di dalam Perikatan Nasional boleh duduk semeja dalam menentukan halatuju Perikatan Nasional.
Apakah benar itu tujuan utamanya?
UMNO bukanlah parti yang berada di dalam gabungan Perikatan Nasional dan pendirian UMNO sangat jelas, iaitu sokongan terhadap Perikatan Nasional hanya terhad hingga PRU 15 sahaja, manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pula dipimpin oleh Ketua Menterinya, Hajiji, dan Hajiji adalah ahli PPBM.
Jadi apa tujuan sebenar Muhyiddin?
Sekiranya UMNO bersetuju untuk berada dalam Majlis Presiden Perikatan Nasional, secara tidak langsung, UMNO mesti mengakui PPBM adalah parti tunggak dalam Perikatan Nasional kerana sudah pasti Muhyiddin akan mengangkat dirinya sebagai Pengerusi Majlis Presiden Perikatan Nasional.
Tidak mungkin UMNO akan mendapat agihan kerusi yang lebih banyak dari PPBM dalam PRU 15.
Ini sudah pasti akan semakin melemahkan UMNO selepas PRU 15.
Bukan itu sahaja, kenyataan Dr Mahathir yang bersedia untuk berkerjasama dengan Muhyiddin jelas menunjukkan Muhyiddin dan Dr Mahathir mempunyai agenda yang tersembunyi terhadap UMNO.
Presiden UMNO mesti bertegas dengan pendirian parti sebelum ini.
Marhaen lebih suka sekiranya UMNO dan PAS kembali perkukuhkan Muafakat Nasional.
Muhyiddin dan Perikatan Nasional sudah hampir pasti akan kehilangan kuasa pada PRU 15 dan tiada apa yang perlu dipertahankan lagi.
Apa yang ada dalam pemikiran mereka adalah menggunakan apa sahaja dan segala kesempatan yang ada untuk mengekalkan mereka terus berkuasa.
Ambillah iktibar dari apa yang telah mereka lakukan terhadap UMNO selama ini.
Jangan sampai UMNO terjatuh ke dalam lubang yang sama untuk kali kedua!!!
0 comments:
Post a Comment