Wednesday, November 4, 2020

Cadangan Pengeluaran RM10,000 Dari Akaun 1 KWSP Adalah Kehendak Rakyat, Apakah Muhyiddin Berani Menongkah Arus?


Dalam satu lapuran yang dibuat oleh portal Free Malaysia Today atau FMT, PERKESO melapurkan sehingga akhir Oktober 2020, hampir 90,000 orang perkerja yang telah kehilangan perkerjaan akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mula dikuatkuasakan oleh Perikatan Nasional bermula dari pertengahan bulan Mac lalu.

Dalam lapuran yang sama, PERKESO juga telah menyatakan kadar pengangguran negara telah meningkat sehingga 4.7% dan merupakan antara kadar pengangguran tertinggi yang pernah dicatatkan oleh Malaysia.

Bukan maksud admin untuk menyalahkan Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin kerana menguatkuasakan PKP, kerana kita semua tahu ianya adalah satu langkah yang terpaksa diambil oleh kerajaan.

Tetapi apa yang hendak disampaikan ialah kalau 90,000 orang rakyat Malaysia telah kehilangan perkerjaan, ini bermakna, kalau angka 90,000 di darab dengan dua untuk mendapatkan angka purata isi rumah di Malaysia, ini bermakna 180,000 orang rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur telah kehilangan punca pendapatan sama ada untuk diri sendiri atau dari ketua keluarga yang menyara kehidupan mereka selama ini.

Kita tidak menafikan kerajaan telah memberikan bantuan secara tunai kepada rakyat yang kini berada dalam keadaan yang sangat getir melalui BPN dan BPN 2.0.

Tetapi dengan kos kehidupan yang mendadak naik ketika krisis Covid-19 sekarang ini, RM1600 yang diberikan kepada golongan B40 melalui BPN dan RM1,000  melalui BPN 2.0 hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja untuk menampung keperluan harian rakyat.

Bagi keluarga yang bersaiz sederhana, yang mempunyai isi rumah antara 5 ke 7 orang dan menyewa rumah teres dua bilik. kos utiliti bulanan yang WAJIB disediakan setiap bulan adalah di antara RM500 ke RM750 sebulan dan ini tidak termasuk perbelanjaan untuk barangan dapur.

Atas tekanan kos sara hidup dan memburukkan keadaan bila ketua keluarga kehilangan punca pendapatan, maka timbul desakan dari rakyat supaya kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan mereka di Akaun 1 sebanyak RM10,000.

Kehendak rakyat ini disampaikan oleh DS Najib di dalam akaun Facebook beliau.


Tetapi Muhyiddin telah membuat keputusan untuk menolak cadangan tersebut.

Muhyiddin memberikan 2 alasan kenapa beliau membuat keputusan menolak cadangan tersebut.


Pertama kerana menurut Muhyiddin, sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran sebanyak RM10,000 melalui Akaun 1 kepada setiap pencarum, KWSP akan kehilangan dana yang besar dan ini akan menjejaskan aktiviti perniagaan, terutamanya pelaburan, kepada KWSP.

Sebagai seorang Perdana Menteri, alasan yang diberikan Muhyiddin jelas menunjukkan sama ada beliau tidak tahu apa yang beliau katakan atau pun memang pengetahuan beliau dalam ekonomi sangat-sangat cetek.

KWSP mempunyai 4.57 juta pencarum, ini bermakna sekiranya semua 4.57 juta pencarum membuat keputusan untuk mengeluarkan RM10,000, maka KWSP akan kehilangan RM45.7 bilion.

Jumlah RM45.7 bilion ini hanya merupakan kurang 5% atau kiraan tepatnya 4.9% dari keseluruhan aset KWSP yang bernilai RM929.64 bilion pada 30 Jun 2020.

Apakah penyusutan cuma 5% dari nilai aset keseluruhan akan menjejaskan keseluruhan aktiviti perniagaan KWSP yang mempunyai aset keseluruhan yang bernilai RM929.64 bilion!!!

Seperti program i-Lestari yang telah membenarkan pencarum mengeluarkan caruman mereka dalam Akaun 2 KWSP, tidak semua pencarum yang akan mengeluarkan caruman mereka sekiranya mereka merasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Ada pencarum yang masih mempunyai sumber pendapatan seperti kakitangan awam, perkerja sektor swasta yang berkerja dari rumah, tidak akan mengeluarkan simpanan mereka kerana mereka masih lagi mempunyai sumber pendapatan.

Tetapi bagi 90,000 perkerja yang telah kehilangan perkerjaan, bagaimanakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka dan keluarga mereka?


Alasan yang kedua ialah dengan melakukan pengeluaran Akaun 1 KWSP, akan menghakis perlindungan masa depan ahli.

Secara asasnya, semua orang mempunyai tabungan dan tujuan membuat tabungan adalah untuk digunakan di masa terdesak dan juga untuk kegunaan hari tua.

Sekiranya duit tabungan kita selama berpuluh tahun tidak dapat kita gunakan di saat kita terdesak begini, maka tabungan yang kita lakukan selama ini adalah sia-sia.

Penyimpan KWSP tidak meminta supaya dikeluarkan semua simpanan mereka di dalam KWSP, tetapi mereka cuma mahu mengeluarkan cuma RM10,000 dari tabungan mereka di KWSP.

Krisis Covid-19 sudah menggugat kehidupan seharian rakyat Malaysia selama lebih dari 10 bulan dan sudah dinyatakan, hampir 90,000 sudah kehilangan perkerjaan dan dijangkakan angka ini akan terus meningkat dengan perkembangan semasa jangkitan kes baharu Covid-19 yang sangat membimbangkan kita semua.

Rakyat peerlukan duit untuk menjelaskan utiliti bulanan mereka, rakyat perlukan duit untuk membeli keperluan harian makan minum mereka, rakyat perlukan duit untuk keperluan kesihatan mereka dan semasa wabak Covid-19, setiap ahli keluarga yang keluar dari rumah WAJIB menggunakan 'face mask' dan menyediakan 'hand sanitizer' sebagai langkah supaya tidak dijangkiti Covid-19.

Bagi keluarga saiz sederhana dengan isi rumah 5 hingga 7 orang, memerlukan sekurang-kurangnya 3 kotak 'face mask' yang berharga RM20 setiap satu bagi setiap bulan, ibelum lagi mengambil kira 'hand sanitizer' yang mesti dibeli.

Ini semua memerlukan duit dan dari manakah mereka akan dapat duit apabila telah kehilangan perkerjaan.

Mungkin Muhyiddin belum pernah lihat bagaimana seorang ibu terpaksa membasuh semula 'face mask' pakai buang untuk digunakan semula oleh anak-anaknya.

Mungkin Muhyiddin belum pernah melihat bagaimana seorang ibu terpaksa menyambung getah 'face mask' anak-anak mereka dengan menggunakan benang yang dipintal.

Tapi itulah realiti kehidupan rakyat B40 sekarang ini.

Jadi mengapakah dihalang mereka menggunakan duit simpanan mereka sendiri?

Atau kerana yang menyampaikan hasrat rakyat marhaen itu adalah seorang mantan Perdana Menteri yang bernama Najib Razak!!!

Cukup-cukuplah berpolitik, rakyat sedang menderita sekarang ini!!!

0 comments:

fda

Archives