Dalam posting sebelum ini, laman blog nie ada siarkan keadaan terkini dan halatuju parti-parti politik di Malaysia, baik di pihak kerajaan mahu pun di pihak pembangkang (BACA DI SINI)...
Di penghujung tulisan, admin ada bayangkan cabaran-cabaranb dan dugaan yang bakal diterima oleh parti UMNO dan PAS dalam usaha merealisasikan Penyatuan Ummah...
Dan sebelum dari itu, admin juga ada tuliskan usaha yang dilakukan oleh Dr. Mahathir untuk 'hijacked' Penyatuan Ummah yang kini semakin mendapat sambutan yang positif dari kalangan rakyat terutamanya dari masyarakat Melayu Islam di Malaysia (BACA DI SINI)...
8 Julai 2019, Dr. Mahathir secara tuba-tiba dan tak semena-mena bercakap tentang pentingnya penyatuan ummah (BACA DI SINI)...
Kita tak rasa pelik bin ajaib kalau 'track record' Dr. Mahathir selama nie memang memperjuangkan nasib bangsa Melayu...
Sejarah tak pernah menipu...
Catatan sejarah politik negara membuktikan, Dr. Mahathir hanya memerlukan masyarakat Melayu ketika mahu kekal berkuasa atau dalam ertikata lain, bagi Dr. Mahathir, yang berharga pada orang Melayu hanyalah undi mereka...
Setelah kuasa berada dalam genggaman, masyarakat Melayu menjadi bahan ejekan, kejian dan penghinaan pada Dr. Mahathir...
Melayu malas, Melayu tak boleh dipercayai dan banyak lagi kata-kata penghinaan Dr. Mahathir terhadap orang Melayu bila kuasa berada di tangan beliau...
Sebab itu, bila Dr. Mahathir bercakap tentang perpaduan bangsa Melayu, masyarakat Melayu menyambutnya dengan dingin dan memandangnya dengan sinis...
Walau pun usaha yang dilakukan oleh Dr. Mahathir dapat dihidu dan digagalkan, tapi itu tak bermakna Dr. Mahathir akan berdiam diri...
Terkini, Dr. Mahathir gunakan Khairudin aka Din Botox 'and the gang' untuk meneruskan agenda mensabotaj usaha Penyatuan Ummah...
Menyambung usaha untuk sabotaj usaha Penyatuan Ummah Dr. Mahathir yang hampir gagal, tiba-tiba, Din Botox yang selama ini terkenal dengan mulut longkang mengecam UMNO dan PAS, tiba-tiba menunjukkan minat mengenai perpaduan bangsa Melayu...
Din Botox kata kestabilan politik Melayu amat penting untuk menjamin kemampanan lanskap politik negara yang teruk dibinasakan rejim kleptokrasi pada suatu masa dahulu...
"Walaupun Hishammuddin masih lagi salah seorang tokoh pemimpin UMNO, namun saranan seperti ini harus diambil serius oleh semua khususnya tokoh-tokoh pemimpin politik yang bakal mengacu hala-tuju masa depan negara yang tercinta ini"...
Masih tebal dengan sikap semua salah UMNO, sempat pulak Din Botox puji sebahagian pemimpin UMNO...
Mungkin Din Botox terlupa, Hishamuddin adalah salah seorang menteri kanan sewaktu pemerintahan kerajaan yang digelarnya kleptokrasi tu!!!
Din Botox mengulas catatan terbaharu di laman sosial Hishammuddin mengenai perpaduan serta keharmonian negara...
"Saya angkat topi kenyataan Hishammuddin"...
"Apabila pulang dari Mekah nanti, saya akan membuat pertemuan dengan Hishammuddin serta 'rakan-rakan lain' ke arah penganjuran 'Majlis Perpaduan Ummah'bagi merapatkan lagi saf perjuangan bangsa Melayu di samping menjaga kepentingan hak kaum-kaum lain di tanahair kita"...
Siapa 'rakan-rakan lain' yang admin sebut sebagai'and the gang'?
Malam tadi, ada perjumpaan antara Ketua Bahagian UMNO Tuaran, Dato Abdul Rahman Dahlan dengan 'messenger' Dr. Mahathir, Din Botox...
Tempat perjumpaan dirahsiakan tetapi perjumpaan ini menimbulkan persoalan samada Rahman Dahlan, sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO, mendapat mandat dari Presiden atau Majlis Tertinggi untuk berbincang dengan pihak-pihak lain bagi pihak UMNO?
Hal ini adalah ketetapan yang telah dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi dan diumum ke media massa...
Tidak mungkin Rahman Dahlan tidak ketahui hal ini...
Mungkin ia perjumpaan peribadi tetapi ia tetap menimbulkan kecurigaan kerana perjumpaan ini dalam keadaan rahsia dan gerak badan kelihatan serius perbincangannya...
Secara kebetulan, Din Botox ada dilaporkan Astro Awani akan hasrat untuk bertemu dengan pihak2 tertentu dalam UMNO secara jalan belakang dan tidak melalui cara rasmi (BACA DI SINI)...
Wow, kalau UMNO dan PAS gerakkan Penyatuan Ummah, Din Botox and and the gang pulak nak gerakkan Majlis Perpaduan Ummah...😂😂😂
Din Botox and the gang nie agaknya dah terlebih minum air ketum kot...😇😇😇
Ummah mana yang nak diadakan perpaduan tu...
Kat Malaysia nie, cuma ada 2 parti terbesar masyarakat Melayu, iaitu UMNO dan PAS...
Keseluruhan pemimpin UMNO dan PAS dari peringkat akar umbi hingga ke pimpinan tertinggi, termasuk masyarakat Melayu Islam dan juga masyarakat bukan Melayu Islam menyambut baik usaha Penyatuan Ummah, kalau ada pun talam dua muka dalam UMNO, pemimpin yang macam Nazri dan KJ yang rasa tak senang...
Jadi kalau dah majoriti masyarakat Melayu Islam bersetuju dan memberikan sokongan penuh pada Penyatuan Ummah, admin pening juga, masyarakat Melayu Islam mana yang Din Botox and the gang nak satukan lagi...
Tapi kita bersangka baiklah, apa orang Arab kata, 'husnuzon'...
Mungkin maksud Din Botox and the gang ialah masyarakat Melayu Islam yang ada dalam Bersatu, PKR dengan PAN...
Tapi mahu ker Melayu Islam dalam PKR tu bersatu dengan Bersatu?
Melayu Islam dalam PAN tak payah mimpilah nak join Bersatu, sebab dah 'kekenyangan'...
Jadi satukanlah Melayu dalam Bersatu tu dulu, baru layak nak bercakap tentang Penyatuan Ummah, yer Din Botox and the gang...😜😜😜
Apa pun, kesedaran dan kebijaksanaan masyarakat Melayu Islam dalam menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata bukanlah berlaku secara kebetulan tapi dibayar dengan kehilangan kuasa dan maruah seperti yang dialami sekarang...
Sama juga dengan Dr. Mahathir dan Din Botox and the gang, tiba-tiba bercakap tentang perpaduan ummah, bukanlah satu kebetulan tapi ianya adalah rancangan untuk sabotaj usaha Penyatuan Ummah...
Blog ini menyedari bahawa PPBM dan juga PH amat risau dengan kemantapan arahtuju perpaduan ummah...
PKR, DAP dan Amanah mahu gagalkan atau merosakkan usaha murni yg disebut Dato' Ahmad Zahid Hamidi sebagai berasaskan akidah, keimanan dan keikhlasan...
Manakala Mahathir dan PPBM yang tersempit dan tertekan sejak pendedahan video semburit Azmin, dan sandiwara2 politik terbaru berhubung Jawi Khat, Dong Zong dan Zakir Naik tidak mengembalikan sokongan kumpulan sasar kepada PPBM...
Diyakini ini adalah usaha untuk mencuri usaha UMNO dan PAS untuk politik peribadi pihak tertentu dan selamatkan Dr. Mahathir...
Ini bukan untuk kuatkan UMNO atau agama dan bangsa serta jauh sekali untuk selamatkan Malaysia dan rakyat dari kedurjanaan pembohongan dan balasan atas salahlaku fitnah...
Gerakan ini telah dijangka dan ia tidak menguntungkan mana2 pihak melainkan puak tertentu saja...
Semuga masyarakat Melayu Islam diberikan kekuatan oleh Allah SWT...
Firman Allah dalam Al-Quran :
فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ۬ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضً۬اۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ
Mafhumnya :
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta
Al Baqarah : Ayat 9
Muga Allah SWT memberikan hidayah pada Din Botox and the gang...
0 comments:
Post a Comment