Monday, August 26, 2019

Jangan Tertipu Dengan Nga Kor Meng, Kiyai Salleh Adalah Antara Pejuang Sebenar


Sebelum ini, laman blog ini ada mengeluarkan tulisan bertajuk Menyangkal Dakwaan Nga Kor Meng Bahawa Datuk Beliau Dan Hannah Yeoh Adalah Pejuang (BACA DI SINI)...

Kali ini admin akan terbitkan pula kisah perjuangan sebenar pejuang-pejuang Melayu yang benar-benar layak dipanggil pejuang malah mendapat pengiktirafan dari istana...

Kalau pembaca yang sama generasi dengan admin, rasanya rata-rata pernah dan tahu mengenai seorang aulia' yang digelar Kiyai Salleh...

Cuma yang admin bimbang, generasi muda hari ini, agak kurang pengetahuan mengenai sejarah perjuangan bangsa Melayu yang telah berkorban darah dan airmata dalam mempertahankan maruah ugama dan bangsa...

Apabila generasi muda kurang mengetahui tentang sejarah perjuangan mempertahankan ugama dan bangsa, admin bimbang, semangat cintakan ugama, tanahair dan bangsa semakin menipis dan terhakis di kalangan generasi muda...

Bila ini berlaku, maka akan hilanglah jati diri bangsa Melayu...

Akan mudahlah bangsa Melayu ditipu dengan berbagai-bagai penipuan yang dilakukan oleh pengkhianat ugama, tanah air dan bangsa...

Ini adalah sejarah perjuangan datuk nenek kita dalam mempertahankan ugama, tanah air dan bangsa di bumi Malaysia...

Kepada anak muda, kenalilah pejuang-pejuang bangsa kita...

Keamanan, kesenangan, kedaulatan ugama Islam dan ketuanan bangsa Melayu yang masih tersisa yang kita nikmati hari ini, adalah hasil perjuangan dan pengorbanan mereka semua...

Al Allamah Kiyai Salleh Selempang Merah (1916-1959)


Pendekar sufi yang mahsyur di Johor ini lahir di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar, Johor...


Nama penuhnya ialah Kiyai Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim...

Kiyai Salleh mendirikan rumahtangga dengan suri pilihannya Esah binti Abdul Rashid...


Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru...

Di antaranya ialah :

》Tuan Guru Haji Hussein - Belajar agama dan Al Quran

》Tuan Guru Haji Alias

》Tuan Guru Haji Adam

》Tuan Guru Haji Ahmad

》Tuan Guru Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Benten - Wirid Khaujakan

Beliau merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II...


Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Kiyai Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga...

Pernah diriwayatkan beberapa kisah karomah Kiyai Salleh...


Di antara yang mahsyur ialah pada suatu hari, pihak Komunis Bintang Tiga pernah melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menghala menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukannya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja...


Kegagahan dan keberanian, Kiyai Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu...

Sejak itu Kiyai Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima...

Beliau meninggal dunia ketika berusia 43 tahun di Hospital Johor Bahru...

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya...


Bangsa Melayu adalah bangsa yang sangat dikenali dengan budi pekerti yang tinggi dan toleransi...

Namun bangsa Melayu boleh berubah wajah menjadi bangsa yang digeruni bila maruah ugama, tanah air dan bangsanya dicaci...

Namun, tidak kita nafikan, ada juga antara kalangan bangsa Melayu yang sudah hilang jatidiri...

Di zaman penjajahan, ada segelintir Melayu yang kerana berkepentingan peribadi telah menjadi Melayu yang berwajah Melayu tetapi berhati penjajah...

Dan mutakhir ini, sifat pengkhianatan itu meresap kembali ke jiwa anak bangsa bila rela menjadi Melayu yang berwajah Melayu tetapi berhati hamba abdi kepada DAP...


Mereka inilah pengkhianat ugama, tanah air dan bangsa...

Mereka inilah yang sering mereka-reka cerita, memutar belitkan fakta, menabur fitnah untuk meracuni fikiran anak muda bangsa Melayu supaya merasa jijik dengan bangsa sendiri...

Kepada anak muda Melayu, selamilah sejarah bangsa, hayatilah perjuangan pejuang-pejuang bangsa, amalkanlah budaya bangsa...

Rosak pokok kerana akarnya, musnah bangsa kerana anak muda yang diracuni pemikirannya...

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang yang telah mempertahankan ugama Islam, tanah air dan bangsa tercinta...

0 comments:

fda

Archives