Friday, August 23, 2019

Kalau Malaysia Di Dakwa Milik Bersama, Kenapa Bila Jalur Gemilang DiPermainkan Hanya Segelintir Saja Bersuara!!!


BENDERA adalah simbol yang mewakili negara, ne­geri, orang dan organisasi...

Perkataan bendera berasal daripada perkataan Portugis iaitu 'bandeira' bagi menggambarkan sepotong kain bercorak yang digunakan sebagai simbol sesebuah negara atau juga suatu entiti...

Pada awal kewujudan bendera sejak beribu-ribu tahun lalu, orang Mesir, Parsi, Yunani dan Rom membawa pelbagai objek yang dijadikan simbol tuhan atau pemerintah mereka dikibarkan pada tiang...

Tentera Mesir purba menggunakan kain ini sebagai alat penyelaras tentera di medan perang...

Namun kini, bendera lebih berfungsi sebagai simbol identiti sesebuah negara dan juga suatu entiti...

Bendera negara boleh membangkitkan semangat untuk bergembira, berani dan berkorban...

Dari sudut kenegaraan, bendera mempunyai nilai kedaulatan dan lambang maruah dan jati diri warganya...

Justeru, kaedah dan atur cara penggunaannya perlu bersesuaian bagi menjaga nilai kedaulatan negara dan rak­yatnya...

Penggunaan dan kaedah yang salah boleh menjatuhkan martabat kedaulatan yang ada pada bendera negara berkenaan...

Misalnya, laporan tentang sembilan warga Australia memakai seluar renang bercorak Jalur Gemilang semasa perlumbaan Grand Prix (GP) Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 2 Oktober 2016...

Tindakan mereka itu contoh penggunaan yang salah dan tidak berbudaya...

Adalah suatu yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras untuk menghina bendera negara sendiri dan negara orang lain terutama di khalayak ramai...

Perbuatan tersebut boleh diertikan sebagai 'barbaric' terhadap nilai hidup manusia negara ini dan sejagat...


Setiap elemen seperti rupa, warna dan susunan suatu bendera mempunyai maksud berdasarkan sosiobudaya dan sejarah sesebuah negara...

Selain itu, sejarah kewujudan se­sebuah reka bentuk bendera sangat berkait rapat dengan unsur-unsur keagamaan...


Oleh kerana bendera negara mempunyai nilai kedaulatan dan lambang jati diri rakyat, maka kebanyakan negara di seluruh dunia telah menetapkan kod etika dan undang-undang bagi tata cara penggunaan bendera kebangsaan sebagai pe­nghormatan kepada simbol rasmi negara...

Amerika Syarikat, Australia, India, New Zealand dan pelbagai negara lagi mempunyai undang-undang berkaitan bendera kebangsaan...

Malaysia juga mempu­nyai undang-undang berkaitan penggunaan bendera kebangsaan, Jalur Gemilang...

Undang-undang tersebut termaktub dalam Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (mencegah penggunaan tidak wajar) 1963 dan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949...

Mana-mana individu yang menghina atau melakukan provokasi melampau terhadap bendera Jalur Gemilang dengan tujuan mencemar nama baik atau menghasut boleh juga dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 (Buku Kecil : Bendera Kita Jalur Gemilang, terbitan Jabatan Penerangan Malaysia)...

Kesemua negara di dunia secara dasarnya mempunyai kaedah yang berbeza tentang cara serta etika menghormati bendera masing-masing...

Namun kesemuanya mempunyai persamaan iaitu bendera kebangsaan tidak boleh digunakan dengan cara yang menimbulkan keaiban atau satu keadaan yang merendahkan martabatnya...

Hal ini kerana bendera kebangsaan adalah ganti diri negara dan warganya...

Di sebalik persoalan yang berkaitan dengan undang-undang, ianya juga mempunyai nilai dari sudut kemanusiaan...

Seperti yang dibicarakan sebelum ini, ben­dera adalah citra sejarah dan jati diri bangsa bagi satu-satu negara...

Timbul persoalan, bagaimana seseorang manusia yang dikatakan bertamadun boleh tidak menghiraukan pe­rasaan rakyat negara lain dengan menghina bendera kebangsaan negara berkenaan dengan cara yang jijik sekali...

Malah dalam kehidupan beragama dan kehidupan yang berteraskan nilai moral turut menolak tata laku menghina simbol negara orang lain...

Dalam konteks ini, 9 warga Australia yang berkelakuan songsang itu tidaklah menggambarkan sikap keseluruhan warga negara tersebut, tetapi kelakuan mereka ini sedikit sebanyak telah merosak kredibiliti rakyat negara itu di mata rakyat Malaysia...

Di pihak rakyat Malaysia pula, insiden itu disifatkan sebagai satu asas penyatuan berkaitan sikap kita terhadap negara...


Tentu rakyat Malaysia masih ingat lagi bagaimana berlakunya ketegangan antara Malaysia dan Indonesia, gara-gara penganjur Sukan SEA 2017 secara tidak sengaja mencetak bendera Indonesia secara terbalik dalam buku SEA Games 2017 (BACA DI SINI)...


Sehinggakan Menteri Belia Dan Sukan ketika itu, Khairy Jamaludin dan Menteri Luar Negara ketika itu, Datuk Seri Anifah Aman terpaksa meminta maaf secara rasmi kepada kerajaan Indonesia...


Itulah nilai bendera bagi rakyat yang mempunyai rasa sayang dan cinta kepada negaranya...

Kita boleh berbeza dari sudut pendirian atau pandangan politik atau cara bagaimana menguruskan hidup...

Namun dalam hal berkaitan taat setia terhadap negara, kita perlu bersatu menyatakan pendirian tegas apabila maruah lambang negara kita, Jalur Gemilang diceroboh...


Dalam isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini, tindakan menaikkan Jalur Gemilang dengan posisi terbalik adalah satu tindakan yang sangat-sangat tidak bertamadun...

Apatah lagi bila ianya dilakukan dengan sengaja oleh rakyat Malaysia...

Di manakah semangat patriotisme dan cintakan negara, apabila rakyat Malaysia sendiri tidak tahu atau dengan sengaja tidak mahu menghormati Jalur Gemilang...

Ianya adalah satu penghinaan terhadap maruah dan kemerdekaan negara kerana dilakukan di dalam bulan kemerdekaan...

Apakah ini satu tujuan untuk menimbulkan provokasi bagi mencetuskan ketegangan di dalam negara?

Adakah mereka tahu dan sedar implikasi dari perbuatan biadab mereka?

Adakah mereka faham, apakah ertinya apabila bendera sesebuah negara dinaikkan secara terbalik?

Ini bukanlah satu perbuatan yang boleh dianggap remeh atau diklasifikasikan sebagai kes terpencil yang tidak disengajakan...

Rakyat mempersoalkan, di manakah ketegasan pihak berkuasa kerajaan apabila dilihat mengambil sikap membisu atas perbuatan biadab yang dilakukan di seluruh negara?

Bukanlah niat admin untuk menulis kenyataan yang berbau perkauman atau rasis...

Tapi mengapakah ketidaksengajaan itu hanya dilakukan oleh bangsa Cina, tidak dilakukan oleh bangsa Melayu dan India?


Mengapakah hanya rakyat berbangsa Melayu saja yang bangkit menunjukkan kemarahan di atas insiden Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik?

Mana perginya suara rakan-rakan Cina dan India yang lain?


Kalau negara Malaysia didakwa sebagai negara bersama, mengapakah bila Jalur Gemilang dipermainkan, tidak ada suara dari rakan-rakan berbangsa Cina dan India yang lain...

Atau apakah ada Jalur Gemilang yang baru sehinggakan bila Jalur Gemilang yang ada sekarang ini diperlekehkan, tidak ada yang mahu bangkit membela?

0 comments:

fda

Archives