Pada 18 Ogos 2019, portal Malaysia Dateline telah memetik kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming sebagai berkata dayuknya adalah bekas tentera yang mempertahankan negara ini ketika era Perang Dunia II lebih 70 tahun lalu...
"Mendiang datuk saya dan Hannah Yeoh adalah bekas perajurit yang mempertahankan negata semasa Perang Dunia II bila Jepun menjajah tanah air kita, mereka yang mempertahankan kedaulatan tanah negara adalah wira dan wirawati, sumbangan mereka WAJIB diberi penghargaan"...
Untuk makluman Nga Kor Memg dan Hannah Yeoh, berjuang mempertahankan negara dan melakukan kerja-kerja subversif adalah 2 perkara yang sangat berbeza...
Nga Kor Ming dan Hannah Yeoh perlu sedar bahawa, pada tahun 1941 hingga 1945, datuk mereka BELUM menjadi warganegara Tanah Melayu...
Pada masa itu, status datuk nenek mereka masih lagi berstatus kaum pendatang Cina ke Tanah Melayu...
Jadi Nga Kor Meng dan Hannah Yeoh TIDAK BOLEH mendakwa bahawa datuk nenek mereka adalah pejuang negara...
Sebenarnya, datuk nenek Nga Kor Meng dan Hannah Yeoh hanyalah sebahagian dari pendatang Cina ke Tanah Melayu yang diarahkan oleh kerajaan China untuk menentang tentera Jepun sebagai tindakbalas penaklukan Jepun ke atas Manchuria dan Nanking sekitar tahun 1937 hingga 1945 (BACA DI SINI)...
Ini bermakna, datuk nenek Nga Kor Meng dan Hannah Yeoh menentang tentera Jepun BUKAN untuk mempertahankan Tanah Melayu dari dijajah oleh Jepun tetapi adalah kerana arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan China...
Kesetiaan kaum pendatang China pada waktu itu, masih lagi kepada kerajaan Tanah Besar China dan BUKAN kepada kerajaan British apatah lagi kepada Raja Raja Melayu (BACA DI SINI)...
Adalah sangat tidak logik, secara tiba-tiba, pendatang dari China sanggup berjuang bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu dari dijajah oleh tentera Jepun...
Sebab itu sejarah Malaysia TIDAK ada mencatitkan golongan pendatang India yang dibawa masuk oleh British berjuang menentang tentera Jepun pada waktu itu...
Kerana mereka sedar kedudukan mereka sebagai kaum pendatang dan tidak ada sebab yang kukuh untuk mereka mempertahankan Tanah Melayu ketika itu...
Oleh yang demikian, datuk nenek Nga Kor Meng dan Hannah Yeoh, TIDAK LAYAK diiktiraf sebagai pejuang Tanah Melayu!!!
Siapa Sebenarnya Yang Berjuang Dalam Pasukan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army)
Pasukan yang menentang tentera Jepun ketika Jepun mendarat di Kota Bahru terdiri dari Askar Melayu, Askar British, Askar Australia dan Askar Gurkha...
Dan pihak British juga memberikan bantuan kepada sekumpulan pendatang Cina yang diketuai oleh Chin Peng dan penduduk tempatan yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA)...
Namun tiada seorang pun dari kaum pendatang Cina yang terlibat berperang bermati-matian untuk menghalang kemaraan tentera Jepun dari Kota Bahru hingga ke Singapura...
Apabila tentera Jepun bertindak kejam ke atas pendatang Cina di Tanah Melayu sebagai balas dendam terhadap pejuang-pejuang Cina yang menentang penaklukan Jepun ke atas Manchuria dan Nanking, pendatang-pendatang Cina telah bertempiaran lari masuk ke dalam hutan (BACA DI SINI)...
Tujuan pendatang-pendatang Cina itu menggunakan nama Malayan People's Anti Japanese Army adalah untuk mengelakkan dari terus menjadi sasaran kekejaman tentera Jepun terhadap mereka disamping bertujuan untuk mendapatkan sokongan warga tempatan yamg terdiri dari orang Melayu...
Rundingan Damai Baling
Seperti yang tercatit dalam sejarah Tanah Melayu, selepas tentera Jepun menyerah kalah kepada British, kaum pendatang Cina yang menggelar diri mereka sebagai MPAJA dan beberapa orang Melayu yang terpengaruh dengan helah mereka masih lagi meneruskan apa yang katakan sebagai 'perjuangan' di dalam hutan...
Namun kerana penjajahan Jepun sudah berakhir di Tanah Melayu, maka MPAJA telah menukarkan nama kumpulan mereka kepada Bintang Tiga dan kemudiannya selepas merdeka, sekali lagi menukarkan nama kumpulan mereka sebagai Parti Komunis Malaya (PKM)...
Selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka, PKM telah menentang Kerajaan Perikatan yang memerintah Tanah Melayu melalui mandat yang diberikan oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum yang pertama pada tahun 1955...
Dan penentangan mereka terhadap kerajaan berlarutan hingga ke tahun 1973 apabila kerajaan Perikatan menukar nama kepada Barisan Nasional...
Kedua-dua kerajaan yang telah diberikan mandat oleh rakyat Malaysia melalui proses pilihanraya secara terus-terusan ditentang hebat oleh PKM...
Malah pada tahun 1955, selepas pilihanraya umum yang dimenangi oleh Perikatan, Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj yang mewakili orang Melayu dan Tun Tan Cheng Lock yang mewakili orang Cina telah cuba membuat perundingan damai dengan pihak PKM...
Rundingan Damai Baling merupakan perundingan antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM)...
Rundingan ini diadakan di Baling English School (sekarang Sekolah Kebangsaan Tunku Putra) di Baling, Kedah Darul Aman pada 28 dan 29 Disember 1955...
Wakil parti Perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan David Marshall, sementara wakil PKM terdiri daripada Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin...
Tiada kata sepakat dicapai selepas rundingan kerana PKM enggan menerima pelan damai kerajaan dan meneruskan gerakan bersenjata...
Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan Februari 1956 (BACA DI SINI)...
Antara fakta lain yang jelas kelihatan bercanggah dengan dakwaan Nga Kor Meng ialah bagaimana seorang yang tidak memiliki kerakyatan negara ini boleh dianggap sebagai pejuang negara hanya semata-mata kerana didakwa menentang tentera Jepun...
Kerajaan Malaysia memang mengakui dan mengiktiraf pertolongan tentera Gurkha dalam membantu menentang tentera Jepun tapi tidak pernah mengakui atau mengiktiraf mana-mana tentera Gurkha sebagai pejuang negara ini...
Sedangkan perjuangan tentera Gurkha yang dibawa oleh tentera British menentang tentera Jepun memang dicatit dalam sejarah pra kemerdekaan negara...
Ini adalah kerana tentera Gurkha itu selain mereka adalah tentera upahan, mereka bukanlah rakyat negara ini dan perjuangan mereka bukanlah kerana mempertahankan Tanah Melayu tetapi kerana mereka diupah...
Keadaan yang sama kepada pendatang-pendatang Cina yang menentang tentera Jepun di Tanah Melayu, penentangan mereka bukanlah untuk mempertahankan Tanah Melayu tetapi atas arahan dari kerajaan China yang mahu membalas dendam kepada tentera Jepun...
Nga Kor Meng juga mengatakan, datuk nenek mereka mati semasa menentang tentera Jepun, ini bermakna datuk nenek mereka BUKAN rakyat Tanah Melayu kerana kaum pendatang yang terdiri dari bangsa Cina dan India hanya mendapat taraf kerakyatan pada tahun 1957...
Sejarah juga mencatitkan, selepas merdeka, pengganas komunis (PKM) tidak pernah memohon untuk menjadi rakyat negara ini, malah mereka meneruskan penentangan bersenjata hingga tahun 1989...
Selepas rundingan beberapa kali, antara kerajaan Barisan Nasional dengan PKM, memandangkan keadaan mereka yang sudah terlalu lemah, akhirnya mereka bersetuju untuk meletak senjata dan memilih untuk menetap di selatan Thailand (BACA DI SINI)...
Memandangkan mereka bukanlah rakyat Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia maka mereka adalah kaum pendatang yang melakukan pemberontakan bersenjata terhadap Raja Raja dan kerajaan...
Maka status mereka adalah sama seperti pengganas Sulu yang menyerang Lahad Datu pada tahun 2013 yang lalu (BACA DI SINI)...
Kedua-dua kumpulan pengganas ini (pengganas PKM dan pengganas Sulu) TIDAK BOLEH diiktiraf sebagai pejuang yang mempertahankan negara...
Sebaliknya, mereka adalah kumpulan pengganas bersenjata yang mengancam keselamatan negara dan telah banyak melakukan keganasan terhadap rakyat negara ini...
Maka dimanakah kewajaran dakwaan Nga Kor Meng bahawa mereka wajib diberikan penghargaan sebagai pejuang negara?
Kredit :
Ariff Ahmad
0 comments:
Post a Comment