Orang tua-tua dah pesan, jangan sekali-kali kita bela hantu raya...
Sebabnya, walau pun hantu raya tu boleh tolong kuta buat kerja tapi akhirnya hantu raya tu pasti akan makan tuan dia balik...
Mungkin Dr. Mahathir tak pernah dengar nasihat orang-orang tua tentang hantu raya, sebab tu sebelum PRU 14, Dr. Mahathir sanggup bela 'hantu raya betina' untuk tolong Dr. Mahathir dalam kempen 'Road To Putrajaya'...
Tapi 'hantu raya betina' belaan Dr. Mahathir nie, diimpot dari obersee...
Memang sebelum PRU 14, 'hantu raya betina' belaan Dr. Mahathir telah berkhidmat dengan cukup cemerlang, seantero dunia tahu tentang perkara tu, tapi tak tahu mana silapnya, 'hantu raya betina' belaan Dr. Mahathir dah mula makan tuan, mungkin tak cukup makan kut...
Mukhriz Dapat 1,000 Ekar Tanah Balak Sarawak Pada Tahun 1994
Pendedahan yang dibuat oleh Sarawak Report dan Clare Rewcastle-Brown tentang pembabitan Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM yang juga merupakan Menteri Besar Kedah dalam perolehan 1000 hektar kawasan pembalakan di Sarawak pada tahun 1994 menerusi syarikatnya, Tanjung Tiara Sdn. Bhd betul-betul ibarat bom jangka untuk Dr. Mahathir dan anak kesayangannya Mukhriz aka Boboi....
Ketika menerima keistimewaan tersebut, Mukhriz hanya berusia 30 tahun tetapi bapanya adalah Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia...
Ketua Menteri Sarawak pada waktu itu pula adalah Taib Mahmud...
Untuk rekod, projek Empangan Bakun yang dirancang pada tahun 1960-an, disemak semula pada September 1993 oleh Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir Mohamad dan pada 1 Januari 1994, projek berkenaan diserahkan kepada Ekran Berhad, yang dimiliki oleh Ting Pek King...
Pembinaan Empangan Bakun dimulakan oleh sebuah Bakun Hydroelectric Corporation yang mengandungi Ekran Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Kerajaan Negeri Sarawak, Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO) dan Malaysia Mining Corporation Bhd (MMC)...
Projek di bawah Ekran itu akhirnya tersangkut pada tahun 1997 dan terpaksa bail-out...
Hanya pada pentadbiran Dato' Seri Najib Abdul Razak, Empangan Bakun berjaya disiapkan dan 100% kepentingannya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak pada 8 Mac 2017 berbanding matlamat asal, Empangan Bakun dimiliki syarikat kroni (BACA DI SINI)...
Apa Kaitan Bakun Dengan Projek Tanjung Tiara?
BALAK!!!
Dan kalau dipanjangkan isu balak yang membabitkan Dr. Mahathir, akan panjanglah ceritanya...
Akan buruklah Dr. Mahathir dan pentadbirannya.
Dr. Mahathir amat sedar tentang kaitan tersebut yang boleh menyebabkan kerjaya politik anaknya, Mukhriz yang kini sedang bercuti bersama-sama keluarganya di Shanghai bakal terjejas dan reputasinya akan dipersoalkan...
Persoalannya sekarang, kenapakah baru sekarang Clare dedahkan perkara ini?
Adakah 'Clare si hantu raya betina' dah dapat tuan yang baru?
Siapa pula tuan 'Clare si hantu raya betina'?
Adakah DAP, supaya Dr. Mahathir terus tunduk dengan kehendak DAP, seperti membatalkan perlaksanaan memperkenalkan Tulisan Jawi, meluluskan dengan segera permohonan kewarganegaraan Malaysia terhadap 50,000 orang warganegara China atau mengusir segera Dr. Zakir Naik dari Malaysia...
DAP menerima tekanan yang hebat dari Dong Zong dan Sin Qiu mengenai isu-isu tersebut...
Atau mungkinkah Anwar Ibrahim dah jadi tuan baru pada 'Clare si hantu raya betina', tujuannya supaya memberi tekanan pada Dr. Mahathir agar menyegerakan penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar...
Pada rakyat Malaysia yang masih setia dengan Pakatan Harapan, terutamanya Dr. Mahathir, fikir-fikirkanlah...
Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan menuduh Dato' Seri Najib dan kerajaan Barisan Nasional terdahulu sebagai perompak dan kerajaan kleptokrasi...
Apa yang didedahkan oleh 'Clare si hantu raya betina' hanya sebahagian kecil dari amalan rompakan harta negara untuk diagihkan kepada anak-anak dan kroni...
Yang mendedahkan isu ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka atau untuk mencapai impian menjadi Perdana Menteri...
Yang 'kena telanjang' pula, tak habis-habis dan tak kenyang-kenyang merompak hasil masygul negara...
Di manakah letaknya kepentingan rakyat pada mereka?
Fikir-fikirkanlah...
Kredit
Blogger The Flying Kick
0 comments:
Post a Comment