Friday, August 16, 2019

Dr. Mahathir Sebenarnya Menjadi Tulang Belakang Dong Zong!!!


Dr. Mahathir kata Persatuan Pengurus Lembaga Sekolah Sekolah Cina, Dong Zong adalah rasis kerana membantah cadangan pengenalan tulisan jawi ke silibus Bahasa Melayu sekolah vernakular Cina...

Dong Zong ini sejak dari dulu, telah melontarkan 83 tuntutan kepada kerajaan Barisan Nasional dahulu, melalui pertubuhan berkaitan mereka iaitu Suqiu sebelum pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999...

Antara tuntutan-tuntutan Suqiu (i.e. Dong Zong) ini adalah :

》Memansuhkan perbezaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam semua bidang...

》Menghapuskan sistem kuota berasaskan kaum...

》Meratifikasi dan menandatangani semua konvensyen antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (e.g. ICERD, Statut Rom dan sebagainya)...


Agak menghairankan, kenapa Dr. Mahathir tiba-tiba kembali memperjuangkan kepentingan Melayu apabila dia menyerang Dong Zong?


Sedangkan kebanyakan orang Melayu sedar dan amat maklum, selama ini Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang banyak memperlekehkan bangsa Melayu dengan berbagai-bagai kata penghinaan...

Dan sebelum PRU-10 pada tahun 1999, Dr. Mahathir telah bersetuju untuk mempertimbangkan tuntutan-tuntutan Suqiu (dan Dong Zong) seperti di atas untuk meraih sokongan kaum Cina...

Namun pada pilihanraya umum tersebut, Mahathir telah kehilangan banyak sokongan Melayu dan akibatnya BN telah kalah di banyak kerusi Melayu kepada PAS dan PKR...

Setahun selepas itu, selepas menang pilihanraya dengan sokongan kaum Cina akibat bantuan daripada Dong Zong dan Suqiu tetapi dengan hakisan sokongan Melayu, Mahathir telah mengecam pula Suqiu dan memanggil mereka pertubuhan pelampau komunis untuk meraih kembali sokongan Melayu.

Ramai orang Melayu menganggap bahawa Dong Zong ini sememangnya cauvinis dan rasis...

Sebenarnya kerajaan PH di bawah pimpinan Dr. Mahathir kini sedang pun melaksanakan apa yang Dong Zong dan Suqiu sarankan 20 tahun dahulu...

Mutakhir ini tiada lagi kuota Bumiputera dalam pembahagian kontrak-kontrak kerajaan daripada Kementerian Kewangan...

Kerajaan Pakatan di bawah Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7 telah menandatangani konvensyen antarabangsa seperti Statut Rom dan cuba meratifikasi ICERD sebelum mereka terpaksa membatalkan hasrat mereka kerana tentangan kuat daripada rakyat...

Tuntutan-tuntutan di atas adalah lebih besar implikasinya daripada isu tulisan jawi ini...

Sebab itu, apakah kita masih lagi mahu mempercayai yang Dr. Mahathir benar-benar menentang Dong Zong?

Jika tidak, mana mungkin tuntutan-tuntutan kritikal Dong Zong (dan Suqiu) seperti meratifikasi konvensyen antarabangsa dan menghapuskan kuota Bumiputera diangkat dan dilaksana oleh beliau dan kabinet PH di bawah pentadbirannya baru-baru ini...

Dr. Mahathir Yang Buatkan Dong Zong Besar Kepala


Semasa pemerintahan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-4, ramai taikun-taikun Cina yang menjadi kroninya telah menjadi bertambah kaya raya...

Walaupun dia cuba menggambarkan dalam ucapan-ucapannya di Perhimpunan Agong UMNO dan penulisan-penulisannya bahawa dia seorang pejuang Melayu yang menentang monopoli ekonomi kaum Cina...

Semasa era Dr. Mahathir, pegangan ekonomi untuk golongan miskin di bawah 40% (B40) yang kebanyakannya adalah orang Melayu telah menurun, namun pegangan ekonomi untuk golongan kaya di atas 20% (T20) yang kebanyakannya orang Cina telah meningkat...

Antara tahun 1989 ke 1997 jumlah perkongsian pendapatan negara untuk golongan miskin B40 telah menurun dari 15% ke 13%...

Perkongsian pendapatan negara untuk golongan T20 pula telah meningkat dari 50% ke 52% dalam masa yang sama...

Peribahasa 'Orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin' telah menjadi sangat benar ketika itu...

Banyak taikun-taikun Cina yang menjadi kroni Mahathir dan menjadi kaya raya telah memberikan sumbangan yang banyak kepada Dong Zong...

Dengan sumbangan ini Dong Zong telah boleh membiayai diri mereka sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan dan ia telah berkembang menjadi semakin kuat dan lantang...

Hakikatnya, Dr. Mahathirlah yang bertanggungjawab menguatkan Dong Zong selama 22 tahun semasa dia menjadi Perdana Menteri sebelum ini...

Jika Dr. Mahathir benar-benar mahu menangani Dong Zong dari dulu, dia boleh sahaja mengharamkan Dong Zong semasa dia menjadi Menteri Pendidikan dan Perdana Menteri dahulu iaitu semasa Dong Zong tidak sekuat sekarang, tetapi dia (Dr. Mahathir) tidak melakukannya...

Tetapi sebaliknya dia telah membiarkan sehingga Dong Zong menjadi terlalu kuat untuk diharamkan di akhir pentadbirannya sebagai PM-4 dan selepas itu...

Strategi Politik Dr. Mahathir Untuk Pakatan Dan DAP


Dalam PRU-14 yang lepas, Mahathir telah membantu PH untuk mendapat 25% sokongan Melayu untuk menang dalam pilihanraya umum...


Namun kini dengan penyatuan ummah UMNO dan PAS, untuk PH menang sekali lagi dalam pilihanraya umum dan untuk DAP terus mengekalkan kuasa di Putrajaya, mereka kini memerlukan lebih banyak sokongan daripada orang-orang Melayu iaitu sekurang-kurangnya 30%...

Walaubagaimanapun kini sokongan Melayu kepada Pakatan semakin terhakis...

Pakatan tahu jika keadaan ini berterusan, PH berhadapan dengan risiko kekalahan pada PRU-15 akan datang...

Dr. Mahathir memerlukan satu target dan isu untuk menarik kembali perhatian dan sokongan orang-orang Melayu...

Lantas Dr. Mahathir dengan tiba-tiba dan tidak semena-mena telah menyerang Dong Zong...

Apa yang Dr. Mahathir buat ini tentunya sudah dirancang dan disengajakan untuk menarik sokongan Melayu kepada Bersatu dan Pakatan (BACA DI SINI)...

Dr. Mahathir memang pakar mencipta krisis untuk kepentingan dirinya...


Setiap kali sokongan orang-orang Melayu dan Islam kepadanya jatuh seperti yang berlaku pada tahun 1990an, Dr. Mahathir akan memainkan retorik anti-Cina dan anti-Yahudi untuk menunjukkan yang dia adalah pejuang Melayu dan Islam, walaupun dia sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan kroni-kroninya iaitu taikun-taikun Cina dan juga dengan pihak Yahudi dan Israel (BACA DI SINI)...

Contohnya, pada tahun 1990an apabila sokongan orang-orang Melayu dan Islam kepadanya merosot akibat kebangkitan PAS, Dr. Mahathir telah melaungkan seruan anti-Yahudi dan anti-Israel untuk menarik perhatian dan sokongan orang-orang Melayu dan Islam...




Namun di belakang tabir, pada tahun 1994, Dr. Mahathir telah mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dan Menteri Luar Israel Shimon Peres di Perancis...

Di hadapan rakyat Malaysia, Dr. Mahathir telah menafikannya walaupun pertemuan ini telah dilaporkan oleh TV Israel dan institusi berita antarabangsa AFP...

Dia cuba menunjukkan yang dia kononnya seorang pejuang Islam anti-Israel dan anti-Yahudi di mata rakyat Malaysia...

Tetapi sebaliknya, pada tahun yang sama, pentadbiran Dr. Mahathir telah menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel ke Malaysia...

Inilah perangai munafik Dr. Mahathir!!!

Dan untuk menunjukkan dia kononnya adalah seorang pejuang nasionalis Melayu pula, Dr. Mahathir kerap menyerang dengan retorik anti-Cina...

Walaupun demikian, kroni-kroni Dr. Mahathir adalah ramai dari kalangan orang-orang Cina yang pada hemat Dr Mahathir 'pandai berniaga dan rajin' berbanding orang-orang Melayu yang 'tidak pandai berniaga dan pemalas'...

Isu Tulisan Jawi Sengaja DiRancang


Tentunya isu tulisan jawi ini sengaja dibuat oleh Dr. Mahathir dan penasihat-penasihatnya dalam kerajaan dan dalam Bersatu untuk menarik sokongan Melayu kepadanya dan kepada Bersatu...

Cadangan tulisan jawi di sekolah vernakular Cina ini telah dibuat oleh Menteri Pendidikan Bersatu, Dr. Maszlee Malik...

Dr. Mahathir dan Dr. Maszlee Malik tentunya sudah tahu apabila mereka membuat cadangan tulisan jawi ini ke silibus sekolah vernakular Cina ia akan mengundang reaksi daripada DAP dan Dong Zong...

Apabila DAP dan Dong Zong memberikan reaksi negatif seperti yang dijangka, Dr. Mahathir telah membalas reaksi dan menempelak Dong Zong...

Dia tidak lagi boleh menempelak DAP dan memanggil DAP atau Kit Siang rasis seperti dahulu sebab kini dia memerlukan sokongan DAP untuk kekal menjadi Perdana Menteri...

Oleh itu dia hanya boleh menempelak Dong Zong...

Kit Siang tahu apa yang Mahathir sedang buat ini adalah sebenarnya baik untuk DAP supaya DAP boleh kekal berkuasa di Putrajaya dengan sokongan mencukupi daripada sebahagian orang-orang Melayu...

Seperti pada PRU-14, DAP menggunakan Dr. Mahathir lagi untuk menarik sokongan sebahagian orang Melayu ini...


Sebab itu Kit Siang tiba-tiba menyokong cadangan tulisan jawi ini dan cuba mempengaruhi pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong DAP supaya tidak memperbesar-besarkan isu ini di kalangan orang-orang Cina...

Sebenarnya DAP dan Pakatan tidak risau dengan sokongan bukan Melayu terutamanya sokongan kaum Cina, kerana mereka yakin walau apa pun mereka Pakatan buat, sokongan kaum Cina sudah ada dalam poket mereka dan mereka yakin bahawa orang-orang Cina rata-rata tidak akan mengundi BN lagi.

Mereka hanya risau dengan sokongan Melayu...

Sebab itu Dr. Mahathir dan Bersatu perlu tunjuk yang mereka kini kononnya memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu dan kembali menjadi pejuang Melayu dan Islam, walaupun dalam perlembagaan parti Bersatu tidak ada pun disebut tentang perjuangan Melayu dan Islam ini seperti yang terdapat dalam perlembagaan UMNO dan PAS...

Dr. Mahathir Memperkasakan DAP


Kini Dr. Mahathir telah berjaya memecahkan parti terbesar dalam PH sebelum ini iaitu PKR...

PKR kini bukan lagi parti terbesar dalam PH kerana ia telah berpecah kepada dua puak, iaitu puak Anwar yang mempunyai 35 ahli parlimen dan puak Azmin yang mempunyai 15 ahli parlimen...

Atas usaha Dr. Mahathir ini, DAP kini telah menjadi parti terbesar dan terkuat dalam kerajaan dan dalam Pakatan dengan 43 ahli parlimen...

Sama ada disengajakan atau tidak, langkah-langkah Dr. Mahathir telah memperkasakan DAP dalam kerajaan...

Hakikatnya, di sebalik tabir, Dr. Mahathir bukan sahaja secara tidak langsung telah menguatkan Dong Zong selama ini, namun dia juga secara langsung telah menguatkan DAP dan melemahkan kuasa politik orang-orang Melayu...

Dr. Mahathir memang amat licik...

Namun kini orang sudah boleh baca apa yang dia buat dan boleh nampak segala helahnya berbanding dahulu...

Jika ada lagi orang Melayu yang masih menyokong Dr Mahathir, maka mereka secara sedar atau tidak sebenarnya menyokong DAP dan Dong Zong, walau bagaimana pun wayang yang Dr. Mahathir dan DAP mainkan...

Dan jika ada lagi orang Melayu yang masih percaya kepada Dr. Mahathir dan masih mudah terperdaya dengan helahnya, kita merasa simpati ke atas mereka...

Kepada Dr. Mahathir, jika kenyataan di atas tidak betul, maka haramkanlah Dong Zong...

Barulah orang mungkin boleh percaya dengan apa yang anda kata...

Kepada bangsa Melayu yang masih lagi berada dalam Pakatan, renungkanlah dengan mata hati, perjuangan kamu semua sebenarnya untuk siapa?

PKR ibarat retak yang sudah mula belah...

Sokongan Melayu pada Bersatu dah mula berpaling arah sama ada kepada UMNO atau pun PAS...

PAN pula, dulu, kini dan selamanya menjadi budak suruhan DAP...

Apakah kamu masih lagi mahu bersekongkol dengan DAP yang terang-terang memusuhi Islam dan bangsa Melayu? (BACA DI SINI)...

Kepada masyarakat marhaen Melayu, bersama-sama kita menyokong dan perkukuhkan Penyatuan Ummah yang sedang digerakkan UMNO dan PAS (BACA DI SINI)...

Kita pertahankan hak agama Islam dan bangsa Melayu serta Bumiputera di tanah air kita...

Kita sebagai tuan rumah, sudah ditolak bukan lagi dengan beransur-ansur tapi ditolak dengan gelojoh oleh pendatang yang mendapat hak hasil dari belas ikhsan kita sebagai tuan rumah...

Mari kita tunjukkan kepada bangsa yang pernah merempat di tanah air kita, apa yang boleh kita lakukan ke atas mereka bila tindakan mereka telah melepasi garisan sempadan menghormati tuan rumah!!!


Kredit :

FB Isham Jalil

0 comments:

fda

Archives