Kalau kita imbas kembali, kemenangan PH menumbangkan BN dalam PRU 14 banyak di bantu oleh penjawat awam...
Dr. Mahathir sendiri, sebelum PRU 14, telah menulis surat untuk di edarkan kepada penjawat awam kerana menyedari begitu pentingnya sokongan penjawat awam dalam mempengaruhi keputusan pilihanraya...
Perkara yang sama Dr. Mahathir lakukan ketika menentang Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada tahun 1969 dan perkara ini di dedahkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman...
Namun, layanan PH terhadap penjawat awam ibarat selepas madu di hisap, perdu di berakkan...
Selepas berjaya membentuk kerajaan, antara perkara pertama yang kerajaan PH lakukan ialah membuang 17,000 penjawat awam yang berstatus kontrak atas alasan lantikan mereka adalah lantikan politik...
Laman blog ini pernah mendedahkan, perancangan PH untuk membuang penjawat awam akan di teruskan sehingga tahun 2021, di mana puluhan malah ratusan ribu lagi penjawat awam berhadapan kemungkinan di berhentikan kerja (BACA DI SINI)...
Tak tahu apa yang membuatkan pemimpin PH seolah2 membenci penjawat awam dan yang terkini, penjawat awam yang memberikan sokongan kepada calon BN, Tok Mat Hasan, ketika PRK Rantau sedang berdepan dengan ancaman oleh kerajaan PH...
Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, telah mengarahkan setiausaha politik beliau untuk mencari dan mengenal pasti paenjawat awam yang menyokong BN ketika kempen PRK Rantau...
Berkemungkinan besar, penjawat awam yang di kenal pasti akan di kenakan tindakan tatatertib oleh PH atas alasan membantu kempen BN di PRK Rantau...
Malah penyokong kerajaan PH telah membuka akaun Facebook atas nama Kantoi Penjawat Awam Kempen Untuk BN PAS untuk mendedahkan identiti penjawat awam yang menyokong gabungan BN dan PAS...
Inikah yang di namakan demokrasi?
Adakah PH lupa bahawa PRU14 yang lalu, penjawat awam adalah golongan yang paling ramai menyokong PH dan berjaya menumbangkan BN hasil undian penjawat awam...
Semasa BN memerintah, penjawat awam tidak pernah di kenakan sebarang tindakan walau pun terlihat jelas menyokong PH (pembangkang ketika itu)...
Nampaknya kita sudah dapat melihat 'belang' PH dalam tempoh tidak sampai setahun...
Kerajaan seperti inikah yang rakyat mahukan...
Kerajaan PH ternyata membunuh demokrasi dan menindas rakyat...
0 comments:
Post a Comment