Friday, April 19, 2019

Perjalanan UMNO Masih Jauh, Jangan Terleka Dengan Kemenangan Hatrik Di Rantau


13 April 2019 yang lalu, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas2 Presiden UMNO, yang juga merupakan calun Barisan Nasional telah di umumkan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau yang sah lepas menewaskan 2 calun Bebas dan seorang calun dari Pakatan Harapan, Dr. Streram...

Kemenangan UMNO/BN di Rantau adalah kemenangan ketiga berturut2 menewaskan PH dalam siri PRK yang bermula dari Cameron Highland, Semenyih dan kemudiannya Rantau...

Sokongan Rakyat Kembali Pada Barisan Nasional


Sebenarnya pada UMNO, siri PRK yang di adakan selepas PRU 14 boleh di bahagikan kepada 2 fasa...

Fasa 1 ialah fasa PRK yang di adakan sewaktu UMNO masih di terajui oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu PRK Sg. Kandis, PRK Seri Setia dan PRK Balakong...

Fasa 2 pula ialah fasa PRK yang di adakan sewaktu UMNO di pimpin oleh Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas2 presiden, Datuk Seri Utama Mohamad Hj. Hasan atau lebih mesra di panggil Tok Mat Hasan, iaitu PRK Cameron Highland, PRK Semenyih dan PRK Rantau...

Dengan kepimpinan dan daya usaha Tok Mat Hasan, kerjasama yang lebih erat antara 2 parti terbesar masyarakat Melayu Islam, UMNO dan PAS dapat di laksanakan dengan lebih teratur dan berkesan...


Atas kesedaran kepimpinan tertinggi kedua2 parti UMNO dan PAS terhadap perpecahan masyarakat Melayu Islam yang banyak membawa mudarat, penyatuan ummah yang di gerakkan bukan saja berjaya memantapkan kedua2 parti tapi juga di lihat berjaya menarik kembali sokongan rakyat, terutamanya anak2 muda kepada PAS dan UMNO khasnya...

Perlu Ada Kesinambungan Strategi Bossku Supaya Rakyat Tidak Bosan


Peranan DS Najib atau Bossku dalam menarik sokongan anak2 muda juga merupakan faktor yang amat penting dalam menarik sokongan anak2 muda kepada BN, terutamanya UMNO...


Penjelasan2 berdasarkan fakta yang di berikan oleh DS Najib dalam akaun Facebook beliau terhadap fitnah2 PH ke atas kerajaan BN semasa PRU 14 telah berjaya menyedarkan sebahagian besar rakyat, bahawa selama ini mereka telah terpedaya dengan fitnah dan tipu muslihat pemimpin PH...

Penerangan dari pemimpin BN dan PAS mengenai keadaan sebenar kegawatan ekonomi negara dan sikap berdolak dalih serta suka menuding jari menteri2 PH telah menyebabkan berlaku perubahan gelombang sokongan rakyat daripada PH kepada BN dan PAS...


Namun untuk terus mengekalkan momentum sokongan rakyat kepada BN dan PAS, pemimpin2 kedua2 parti perlu memikirkan strategi baru kerana kita tidak boleh terus2an mengulangi isu Janji Manifesto PH yang di capati, isu hutang PTPTN, isu TOL dan isu harga minyak...

Lama kelamaan, rakyat akan merasa bosan mendengar isu yang sama di ulang2, sama seperti PH yang terus2an mengulangi cerita 1MDB dan semua salah UMNO/BN dan Najib...

Perlu ada pemimpin pelapis untuk meneruskan usaha DS Najib dalam menarik dan mengekalkan sokongan anak2 muda kepada UMNO/BN, sekiranya kerajaan PH berjaya menghantar DS Najib ke penjara...

Timbul tandatanya, sekiranya DS Najib di diamkan oleh kerajaan PH dengan menghantar beliau ke penjara, apakah DS Zahid Hamidi akan mengambilalih tugas mengekalkan sokongan anak muda kepada UMNO/BN, kerana bermula di PRK Semenyih dan kemudiannya di PRK Rantau, DS Zahid sering di lihat bersama2 Bossku...

Kalau inilah perancangannya, kebanyakan respon dari akar umbi UMNO dan juga golongan pengundi atas pagar menunjukkan tanda tidak setuju kerana mereka berpendapat, sekarang bukan masanya untuk DS Zahid membuat 'come back' kerana di khuatiri akan menyebabkan sokongan rakyat berpatah balik kepada PH...

Bukan admin mahu menafikan jasa DS Zahid kepada UMNO...

Admin akui, jasa dan pengorbanan DS Zahid kepada UMNO sangat besar...

Di saat pemimpin lain menjauhi, mencemuh dan mengeji UMNO, DS Zahid membaluti luka2 UMNO dengan penuh iltizam dan kasih sayang...

Namun apa yang admin nyatakan ialah suara sebenar akar umbi dan golongan pengundi atas pagar yang sedang merancang untuk masuk kembali ke rumah UMNO...

Sebagai pemimpin berpengalaman dan berjiwa besar, admin pasti DS Zahid lebih memahami...

Kuburkan Budaya Feudal Dalam UMNO


Satu perkara yang amat penting untuk di renungkan oleh pemimpin2 UMNO ialah mengenai budaya feudal yang masih menebal dalam di kalangan pemimpin UMNO...

Budaya ingin di sanjung, merasakan kelompok pemimpin adalah kelompok elit, hanya mahu mendengar perkara yang hendak di dengar dan bukannya perkara yang mesti di dengar, bercakap dengan nada keangkuhan adalah sikap yang WAJIB di buang terus dari UMNO...

Kita harus faham, rakyat sekarang adalah rakyat yang bijak, terutamanya golongan muda dan pengundi di atas pagar...


Tidak mencium tangan pemimpin dan tidak menundukkan badan di hadapan pemimpin, tidak bermakna rakyat tidak menghormati pemimpin...

Memberi kritikan yang pedas namun berfakta tidak bermakna rakyat tidak sayangkan pemimpin...

Rakyat akan menyokong dan setia kepada kepimpinan seorang pemimpin dan bukannya pada batang tubuh pemimpin...

Rakyat akan menyayangi jasa dan budi yang di taburkan oleh parti dan bukannya pada lambang sesuatu parti...

Pemimpin UMNO mesti menyelami dan mencari jawapan, bagaimana DS Najib berjaya mengubah penerimaan rakyat terutamanya anak2 muda terhadap beliau...

Dari seorang pemimpin yang di benci dan di caci oleh rakyat, kini DS Najib di sayangi dan sentiasa di dekati oleh rakyat...

Kalau dulu, kehadiran DS Najib di cemuh namun kini kehadiran beliau sentiasa di nanti...

UMNO berada di landasan yang tepat untuk kembali memenangi hati rakyat...


Tok Mat Hasan dengan kepimpinan berwatak sederhana menggerakkan penyatuan ummah antara UMNO dan PAS...

DS Najib pula dengan kepimpinan berwatak santai makin di sayangi anak2 muda...

UMNO perlu lebih ramai lagi pemimpin2 yang berkarisma seperti Tok Mat Hasan dan DS Najib sekiranya tidak mahu di tolak buat kali kedua oleh rakyat...

UMNO boleh melakukannya, malah sedang melakukannya...


Rakyat menolak UMNO dalam PRU 14 bukan kerana benci pada parti keramat orang Melayu ini tetapi memberi peluang kepada UMNO untuk bermuhasabah dan melakukan pemutihan...

Bila UMNO sudah melakukan kedua2 perkara ini, YAKINLAH, rakyat PASTI akan berbondong2 kembali ke dalam dakapan UMNO...

0 comments:

fda

Archives