8 Ogos 2019, masa bentangkan usul RUU Cukai Perkhidmatan dan RUU Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 dalam Dewan Rakyat, Lim Guan Eng @ Ah Beng @ Nabita dengan lawak bodoh menutup ucapan beliau dengan mengatakan "akhirnya GST sudah mati" (BACA DI SINI)...
Kalau tak percaya, cuba tengok video klip kat atas...
Dalam perbahasan RUU Cukai Perkhidmatan dan RUU Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 tu, Tony Pua @ Ponny Tua, dengan konfiden cakap dengan regim cukai SST, harga barang akan lebih murah...🕺🕺🕺
Menteri Pertanian pulak siap buat sidang media bersejarah bila mengumumkan harga telur turun 2 sen untuk buktikan hebatnya SST dalam menurunkan harga barang...🤭🤭🤭
Teringat balik satu masa dulu, macam mana Guan Eng dengan yakin kata apa yang kerajaan bagi terutamanya BRIM, PH juga boleh bagi walau pun mansuhkan GST...
Siap menganjing dengan lagu GST dari Guan Eng, ingat tak...
Kehebatan Mahathir Hidupkan Arwah Yang Dah Ah Beng Isytiharkan Mati
Baru2 nie pulak Mahathir bagi signal nak U-Turn keputusan memansuhkan sistem cukai GST...
Tapi Mahathir is Mahathir and he will always be Mahathir, dulu, kini dan selamanya...
Sistem cukai yang baru tu, Mahathir TIDAK AKAN sekali2 akan setuju menggunakan nama GST...
Walau pun regim cukai tu 100% sama atau 'copy paste' sistem GST tapi namakanlah apa saja, janji bukan GST...
Mungkin letak nama NST akan Nabita Service Tax, kemungkinan besar Mahathir pasti akan setuju...😂😂😂
Alasan Sebenar Kerajaan PH Nak U-Turn
Kerajaan Kehilangan Puluhan Bilion Ringgit Setahun Dengan SST
Sebelum kerajaan PH laksanakan SST pada 1 September 2018, bukan DS Najib aka Bossku saja yang mempersoalkan tindakan itu malah Bank Dunia sendiri mempersoalkannya...
Mengikut Bank Dunia, Malaysia akan kehilangan pendapatan antara RM20 bilion ke RM 21 bilion setahun dengan perlaksanaan SST...
Bank Dunia juga persoalkan, apakah yang akan kerajaan lakukan untuk menampung kehilangan pendapatan itu? (BACA DI SINI)...
Kehilangan pendapatan negara berpunca dari ketelusan sistem GST yang dapat mengelakkan 'Black Economy' (aktiviti lari cukai) kalangan peniaga berbanding sistem SST yang akan membuka ruang seluas2nya pada 'Black Ecomomy'...
Malaysia Akan Alami Masaalah Kekurangan Aliran Tunai Yang Serius
Untuk menjana pembangunan dan membantu kerancakan aktiviti ekonomi domestik, kerajaan memerlukan aliran tunai yang baik...
Dengan aliran tunai yang baik, kerajaan boleh membantu rakyat memainkan peranan merancakkan ekonomi domestik dengan memberi bantuan kewangan seperti pinjaman perniagaan...
Hasilnya akan berbalik kepada kerajaan dalam bentuk cukai...
Kerajaan Akan Kehilangan Pendapatan Bulanan
Hasil kutipan GST akan membolehkan kerajaan mengutip cukai setiap bulan manakala hasil kutipan SST hanya akan dapat di pungut setiap tahun...
Keadaan ini menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan bulanan...
Analogi yang mudah ialah kita sangat2 memerlukan majikan kita membayar gaji kita secara bulanan untuk kita uruskan keperluan rumahtangga kita...
Bayangkan kalau majikan kita yang selama ini membayar kita secara bulanan, tiba2 memberitahu, mulai bulan depan majikan hanya akan bayar gaji kita setahun sekali, anak bini kita nak makan apa yer...🤔🤔🤔
Inilah yang sedang berlaku kepada kerajaan PH sekarang...
Malaysia sedang hadapi massalah aliran tunai yang cukup serius...
Sebab itu kerajaan terdesak untuk mengurangkan perbelanjaan dengan membuang seberapa banyak penjawat awam dan menjual aset2 negara...
Janji Populis PRU 14 Buatkan Rakyat Menderita
Akibat terlalu ghairah untuk melaksanakan janji2 populis PRU 14, akhirnya kerajaan membuat dasar yang salah dan akibatnya di tanggung oleh rakyat marhein...
Tapi buat kata Tok Mat Hassan, nak salahkan menteri2 PH pun tak boleh jugakan...
Sebab memang dah terbukti kebangangannya sejak jadi kerajaan...
Jadi dalam PRU 15 nanti, kita tolak PH...
Kalau nak rasa hari2 minum 3 sudu sawit, teruskanlah sokongan pada PH yer...
0 comments:
Post a Comment