Monday, April 1, 2019

Selepas Calun Perantau PKR Tersalah Cakap Pasal Bomba, Kini Di Arah Bisu


30 Mac 2019, proses penamaan calun PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan 4 penjuru...

Calun BN, Datuk Seri Mohamad Hasan @ Tok Mat Hasan, mempertahankan kerusi DUN Rantau yang di menangi masa PRU 14 setelah memerintahkan supaya pilihanraya di buat sekali lagi...


Yang akan cuba merampas kerusi DUN Rantau Dr. Streram, calun dari PKR dan 2 orang lagi calun bebas, Malar Rajaram dan Mohd. Nor Yassin...

PRK Rantau Bukan PRK Bishe Bishe


Sebelum proses penamaan calun berakhir, malah sebelum bermulanya hari penamaan calun, Dr. Streram di lihat tak sabar2 nak berkempen dengan memulakan kempen awal...

Tapi sayang, langkahnya sumbang...

Modal 'Rantau Tak Ada Balai Bomba' yang cuba Streram gunakan untuk menarik perhatian, memakan diri sendiri (BACA DI SINI)...

Sejak tu, Streram bukan saja jadi 'lauk' pada netizen, malah jadi sindiran di kalangan penduduk Rantau...

Sebagai 'hukuman', Streram di katakan tak di benarkan membuat sebarang kenyataan pada mana2 pihak, terutamanya pihak media sebab takut nanti kenyataan Streram di salah tafsir atau lebih tepatnya orang tak faham apa yang Streram sampaikan...🤭🤭🤭

PRK Rantau : Tok Mat Lawan Siapa Sebenarnya?


Atas kertas memang Streram dari PKR akan mencabar Tok Mat dari BN untuk merebut kerusi ADUN Rantau (2 calun Bebas tu, kira macam mengabihkan peluru jer lah)...😜😜😜

Tapi kenyataannya, ini adalah pertembungan 3 penjuru antara Tok Mat Hasan, Anwar dan Mahathir...

Tok Mat Hasan dah memang ada sebab yang kukuh untuk pertahankan kerusi DUN Rantau sebab :

》Tok Mat Hasan memang ADUN Rantau selama lebih 3 penggal...

》Tok Mat Hasan sekarang nie Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas2 Presiden UMNO, maksudnya maruah UMNO bergantung pada kemenangan Tok Mat Hasan di PRK Rantau...

Kemenangan UMNO di PRK Rantau menjadi penanda aras penerimaan semula rakyat pada UMNO, sebab yang bertanding tu ialah pengemudi utama UMNO sekarang...

Anwar Ibrahim pula, ada sebab2 yang tersendiri untuk mengemudi kempen PRK Rantau...

》Cita2 Anwar untuk jadi Perdana Menteri Malaysia selepas beberapa kali berjaya jadi Bakal Perdana Menteri, tak akan pernah padam, dulu, kini dan selamanya...

Sebab tu pemerhati politik bersependapat, yang sebenarnya bertanding di PRK Rantau ialah Anwar Ibrahim dan bukannya Streram...

Realitinya, Streram bukan saingan pada Tok Mat Hasan dari segenap sudut...

Dari populariti, kredibiliti dan kualiti seorang pemimpin, ibarat langit dengan bumi bezanya antara Tok Mat Hasan dengan Streram...

Tapi kenapa Anwar tetap meletakkan Streram sebagai calun kalau dah tahu berkemungkinan besar akan kalah...

Alasannya mudah, di Cameron Highland, calun pilihan DAP, tewas pada calun BN, di Semenyih pula, calun pilihan Bersatu tewas pada calun BN dan kalau Streram berjaya menewaskan Tok Mat Hasan, maka sudah pasti populariti Anwar akan melonjak naik dan memberikan isyarat yang cukup jelas bahawa aura Anwar mampu melakukan apa yang Lim Kit Siang dan Mahathir tak mampu nak lakukan...

Jadi, memang patutlah Mahathir menyegerakan peralihan kuasa dengan segera sebab yang di tumbangkan bukan calun bisher bisher, tapi pengemudi UMNO, parti yang menjadi duri dan racun pada PH (BACA DI SINI)...

Kemenangan Streram juga boleh membersihkan nama Anwar yang kantoi dalam menabur fitnah pada TG Hj. Hadi dan PAS...

Itulah perancangan Anwar, sebab tu, kebodohan Streram dalam mulakan kempen PRK dengan menjadikan Balai Bomba telah di gunakan Anwar sepenuh untuk meletakkan Streram dalam 'mute' sepenuhnya!!!

Mahathir pula cuma mahu melihat kekuatan Anwar di peringkat akar umbi PKR dan PH...

Sekiranya PH tumbang lagi di Rantau, maka pasti Mahathir tahu dia mempunyai waktu yang lebih lama lagi sebagai Perdana Menteri...

Tapi kalau di takdirkan, PH dapat merampas kerusi DUN Rantau, Mahathir perlu memperkemaskan strategi kalau mahu terus memegang jawatan Perdana Menteri sebab Tok Mat Hasan bukan calun bisher2 tapi peneraju UMNO, parti musuh terbesar PH sekarang...

Pilih Calun Yang Dah Menabur Budi Bukan Yang Cuma Menabur Janji


Tok Mat Hasan bukan nama asing bagi penduduk Rantau dan Negeri Sembilan, malah juga rakyat Malaysia...



Jasa dan bakti Tok Mat Hasan pada Rantau dan Negeri Sembilan terlalu banyak baca (BACA DI SINI)...

Tak ada calun yang lebih memahami masaalah dan denyut nadi penduduk Rantau selain dari Tok Mat Hasan...

Manakala Streram pula cuma pendatang yang datang nak cuba nasib menjadi YB...

Tak tahu dan tak jelas, apa perancangan Streram untuk rakyat Rantau kalau di pilih...

Nak bina Balai Bomba, dah ada...

Menjengah kehidupan untuk memahami masaalah rakyat, tak pernah...

Bercakap Melayu pun tak fasih, macam mana nak jadi pemimpin yang mewakili penduduk Rantau?

Bagi 2 lagi calun memenuhkan padang, susah kita nak buat kira2...


Malar Rajaram pula tengah jalankan kempen bisu waktu berkempen PRK Rantau...

Macam mana pengundi nak nilai calun kalau bercakap pun tak nak?

Alasan kempen bisu sebab, kononnya BN tak bagi calun Cameron Highland bercakap masa kempen PRK Cameron Highland dan PH pula tak bagi calun bercakap masa kempen PRK Semenyih...

Apa bendalah achie nie, apa kena mengena PRK CH dengan Semenyih dengan kempen bisu kau tu?

Kalau dah berkempen pun kau tak nak, boleh ker rakyat harap kau turun padang untuk tenguk sendiri dan faham masaalah rakyat?

Apa pun terpulang pada pengundi Rantau...


Nak pilih Tok Mat yang sarat dengan agenda memajukan rakyat atau nak pilih Streram yang di perkudakan oleh Anwar dan Mahathir yang sarat dengan agenda peribadi...


Cuba tenguk balik parlimen Port Dickson, sebelum PRK Port Dickson, macam2 janji yang Anwar dengan pemimpin PH taburkan tapi apa yang rakyat Port Dickson dah dapat, mana perginya muka pemimpin2 PH yang menabur janji2 tu dan berapa kali Anwar ada datang ke Port Dickson sejak menang PRK lalu...

0 comments:

fda

Archives