Friday, October 12, 2018

Polisi LGE Nampak Dia Tak Berkebolehan Utk Jadi MOF


Dengan menggunakan alasan hutang negara ialah RM1 trilion, kerajaan sudahpun mengumumkan bahawa bajet untuk 2019 bakal mengenakan lebih banyak cukai... 

Dan lebih membimbangkan akan ada langkah menjual tanah dan aset negara...


Tony Pua yang merupakan pembantu khas kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menjelaskan lagi bahawa kerajaan akan jual (cairkan) aset dan saham Khazanah dan PNB  untuk 'membayar hutang'...


Sewaktu era Datuk Seri Najib menjadi perdana menteri, aset Khazanah telah naik dari RM33.7 bilion dari akhir 2008 kepada RM115.7 bilion pada akhir tahun 2017...


Manakala aset PNB naik dari RM120 bilion kepada RM279.2 bilion...

Bila di sebut PNB iaitu pemegang ASN, ASB dan sebagainya, ramai pencarum mungkin marah apabila kerajaan mengumumkan mahu cairkan aset PNB... 

Tapi apa yang lebih penting dan ramai tidak tahu bahawa PNB juga menguruskan dana sendiri yang di panggil 'propriety funds' selain dari mengurus dana pencarum...

Dana PNB sendiri, iaitu aset negara, telah naik dari sekitar RM12 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM43.9 bilion pada akhir 2017...

Penjualan aset negara terutama aset dalam bentuk saham di senarai adalah langkah yang paling mudah untuk di ambil... 

Hari ini umum, esok boleh jual...

Tetapi adakah langkah ini bijak dan telah di kaji dengan betul!!!

Kita patut mengimbangi kos berbanding kebaikan (cost vs benefit) sebelum membuat sesuatu keputusan...

Tanggungjawab Kerajaan Ialah Menambah Aset Negara Dan Memastikannya Selamat Bukannya Menjual Apa Yang Ada

Hutang kerajaan kebanyakannya adalah dalam bentuk bon atau pun sukuk...

Kadar faedah ke atas bon2 ini adalah sekitar 3.6% setahun...

Purata kadar pertumbuhan aset dalam Khazanah ialah 9.6% setahun... 

Manakala PNB ialah 9.2% setahun...

Jauh lebih tinggi dari kadar faedah hutang...

Sebagai contoh : 


Pada tahun 2008, aset Khazanah ialah RM33.7 bilion...

Jika kita jual keseluruhan aset Khazanah pada tahun itu, kita dapat mengurangkan hutang negara sebanyak RM33.7 bilion...

Ia juga bermaksud kita akan mengurangkan beban faedah hutang sebanyak RM1.2 bilion setahun jika kadar faedah pinjaman ialah 3.6%...

Penjimatan RM10.1 bilion untuk tempoh sembilan tahun sehingga akhir tahun 2017...

Oleh kerana pada masa itu kerajaan ambil keputusan tidak menjual aset Khazanah maka asetnya meningkat dari RM33.7 bilion kepada RM115.7 bilion pada akhir tahun 2017... 

Iaitu keuntungan RM82 bilion...

Pilihan mana yang lebih bijak...๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”

Keuntungan RM82 billion ataupun penjimatan RM10.1 bilion!!!

Adakah langkah untuk menjual aset negara hari ini seumpama menggadai masa depan negara bagi menampung langkah populis kerajaan hari ini...

Lim Guan Eng Sepatutnya Jadi Broker Aset Dan Tanah Bukan Menteei Kewangan


Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan sebenarnya 'pakar jual aset'... 

Semasa dia menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, dia banyak jual tanah, hak tanah d an saham milik kerajaan negeri semata2 hanya kerana mahu menunjukkan lebihan bajet (budget surplus) setiap tahun... 

Walaupun hakikatnya, perbelanjaan tahunan kerajaan negeri naik sebanyak 300% hingga 400% lebih banyak selama 10 tahun itu...

Sekadar nak jual aset, bukan pandai pun...

Meningkatkan ekonomi negara yang akan turut melonjakkan hasil kerajaan ialah langkah yang WAJIB di ambil oleh kerajaan sekarang...

Langkah Populis

Datuk Seri Najib masih tegas dengan pendirian bahawa hutang negara bukanlah RM1 trilion...

Dan pakar2 ekonomi seluruh dunia bersetuju dengan pendirian Datuk Seri Najib...

Lapuran dari ketiga2 agensi penarafan kredit antarabangsa di dunia dan Bank Dunia baru2 ini pun tidak memberi angka hutang Malaysia ialah RM1 trilion... 

Malah BNM sendiri pun tidak meletakkan angka ini sebagai hutang negara rasmi...

Masalah pokok yang menyebabkan keadaan ekonomi Malaysia semakin tenat ialah langkah2 populis yang di lakukan oleh kerajaan PH semata2 kerana mahu membuktikan bahawa mereka adalah kerajaan  yang lebih mesra rakyat berbanding kerajaan BN terdahulu...

Akhirnya langkah populis tersebut memerangkap negara kepada kegawatan ekonomi kerana negara kehilangan pendapatan dan dalam masa yang sama kerajaan PH tetap memerlukan wang untuk membiayai kos pentadbiran negara seperti membayar gaji penjawat awam, membayar kadar faedah pinjaman luar negara, penyelenggaraan infrastruktur negara, perbelanjaan untuk kesihatan dan pendidikan rakyat dan lain2 lagi...

Antara langkah populis yang di maksudkan ialah : 

  • Tempoh bebas cukai tiga bulan (tax holiday)...
  • Bertukar dari GST ke SST yang menyebabkan pengelakan cukai berleluasa...
  • Mengembalikan subsidi pukal yang nyata banyak ketirisan telah menyebabkan kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion...


Akibat dari langkah2 ini, rakyat pula di gesa untuk berkorban dan mendepani kesusahan...

Apa yang di ragui ialah, penjualan aset2 dan tanah negara ini bukan untuk mengurangkan hutang tetapi untuk menampung kehilangan hasil RM40 bilion ini...

Guan Eng dah menggambarkan bahawa bajet yang akan datang ialah bajet lebihan ataupun bajet defisit... 

Defisit membawa maksud, penjualan aset dan tanah ialah untuk menampung kehilangan hasil dan bukan untuk mengurangkan hutang...

Dan apakah di masa akan datang, kerajaan PH akan terus menjualkan aset negara sekiranya berhadapan dengan kegawatan ekonomi...

Sekiranya perkara ini terus2an berlaku, apakah lagi yang akan tinggal untuk generasi akan datang...

Inilah baru betul apa yang mereka dakwa ke atas Datuk Seri Najib selama ini iaitu menjual harta dan kedaulatan negara kepada orang asing!!!

0 comments:

fda

Archives