Saturday, October 27, 2018

Penjelasan Najib Kepada Putarbelit LGE, MOF Hopeless


Ingat lagi tak sindiran SPB YDP Agong masa merasmikan sidang parlimen untuk penggal yang pertama dulu...

Rasa2nya Agong sindir siapa sebenarnya...

Datuk Seri Najib Takut Berdepan Dengan MP Kerajaan Atau MP Kerajaan Yang Macam Cacing Kepanasan Sekarang Nie...🤔🤔🤔

Datuk Seri Najib Razak menyindir ahli Parlimen kerajaan yang 'lari' sewaktu beliau berbahas di Dewan Rakyat...

Dalam nada sarkastik, mantan perdana menteri itu berkata, lebih baik beliau menyiarkan ucapan perbahasannya di laman sosial Facebook sahaja jika menteri dan timbalan menteri tidak duduk di kerusi masing2...


"Bila saya tulis di FB, ada yang panggil saya bawa ke Parlimen"...


"Bila saya bawa ke Parlimen, ramai menteri dan timbalan menteri hilang"...


"Lain kali saya tulis di FB, sudah"...


"Mungkin kebanyakan menteri ada temujanji lunch awal"... 


"Mungkin juga ada satu dua yang terpaksa rehat tengah hari kerana tidak dapat tidur malam," tulis Najib di Facebook...



Gambar yang menunjukkan Najib sedang berbahas dengan jelas terpampang kerusi di pihak kerajaan 'kosong' juga tular di media sosial siang tadi...




Rata2 netizen mengkritik tindakan ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) yang di anggap masih terbawa2 dengan perangai mereka sewaktu menjadi pembangkang dahulu...


Netizen juga menyatakan sokongan kepada Najib agar terus melakukan semak dan imbang terhadap kerajaan PH...


Datuk Seri Najib Telanjangkan Kerajaan PH Dalam Parlimen


Kenyataan inilah yang takut di dengar oleh MP kerajaan PH...

Lapuran separuh penggal Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK 11) mendedahkan bahawa keadaan ekonomi berada dalam keadaan baik malah pencapaian ekonomi Malaysia lebih baik dari 4 harimau ekonomi Asia...

Tak sanggup nak akui, tangan merekalah sebenarnya yang menghancurkan ekonomi Malaysia...



Tak sanggup nak berdepan bila Datuk Seri Najib mendedahkan bahawa angka hutang RM1 trilion hanyalah satu penipuan yang di sengajakan semata2 kerana nak menang pilihanraya dan ianya bukan saja di akui dalam lapuran kajian separuh penggal RMK 11 malah dalam jawapan bertulis Guan Eng pada Datuk Seri Najib!!!

Ibarat baling batu sembunyi tangan, itulah sikap kerajaan yang kita ada sekarang!!!

Intipati Perbahasan Datuk Seri Najib Yang Buatkan Kerajaan Kecut Perut

Antara bahagian dari nota lengkap untuk perbahasan Datuk Seri Najib di Dewan Rakyat :

》Kita juga dapati kerajaan hari ini terperangkap dalam dilema yang sama sebagaimana saya dalam menyelesaikan isu 1MDB dan mendapatkan semula setiap sen wang 1MDB yang di dakwa hilang...

Ia sentiasa menjadi objektif saya untuk mendapatkan kembali setiap sen wang 1MDB dan tiada wang hilang...

》Jika anda lihat kepada aliran wang, setiap satu pindahan wang 1MDB yang di katakan hilang selepas ia di terima atau di jamin syarikat pelaburan Abu Dhabi...

》Beberapa pegawai kanan turut di dapati menerima secara langsung dan menggunakan dana berkenaan atau terlibat dalam penipuan...

》Siapa lagi di pihak sana juga terlibat?

》Ia bukan mudah untuk menuduh mereka secara terbuka kerana ia akan menyebabkan insiden diplomatik antara dua negara...

》Sebab itu kerajaan BN telah cuba menandatangani perjanjian dengan mereka sebanyak dua kali untuk mendapatkan semula wang yang hilang, pertama pada 2015 dan kedua pada 2017...

》Melalui penyelesaian pertama pada 2015 di mana saya telah berunding dengan Tengku Mahkota Abu Dhabi sendiri...

》Kita menerima pendahuluan US$1 bilion daripada IPIC, kita telah buat keputusan untuk menukar deposit yang di bayar kepada Aabar dan unit dana bagi mendapatkan mereka membayar penuh prinsipal dan kesemua bayaran faedah bagi bon US$3.5 bilion yang di jamin IPIC...

》Bagaimanapun, selepas perubahan pengurusan Aabar dan IPIC, mereka tiba2 memberitahu kita yang mereka tidak menerima aset berkenaan yang di jadikan pembayaran di mana mereka mendakwa pembayaran dan jaminan yang di buat kepada anak syarikat bukan milik mereka...

》Kita amat terkejut pada masa itu kerana pembayaran itu di sahkan oleh peguam yang menyemak dan memeriksa perjanjian itu dan juruaudit antarabangsa yang mengaudit akaun turut mengesahkan pembayaran dan jaminan...

》Ini penyebab kepada terjejasnya perjanjian penyelesaian 2015 dan kita perlu membayar balik bayaran US$1 billion yang IPIC bagi kepada kita pada bulan Jun 2015 bersama faedah pada tahun 2017...

》Atas dasar manfaat penyelesaian bersama bagi memelihara hubungan dua negara, kerajaan kita meneruskan rundingan...

》Ini menjurus kepada penyelesaian April 2017 di mana salah satu klausa menyatakan IPIC perlu membayar semula US$3.5 bilion kepada 1MDB sebelum 31 Disember 2020...

》Selain perjanjian penyelesaian itu, pihak Abu Dhabi juga bersetuju untuk membeli secara berasingan unit dana US$2.5 bilion yang di pegang 1MDB dan di jamin oleh Aabar melalui dua dokumen berasingan...

》Apa sudah jadi kepada perjanjian penyelesaian April 2017 ini?

》Apakah perkembangannya?

》Bolehkah kerajaan mengeluarkan dokumen ini kepada orang awam?

》Mengapa pegawai kanan Abu Dhabi tidak di panggil untuk di soalsiasat memandangkan wang itu di pindahkan kepada mereka?

》Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru2 ini berkata projek TRX adalah menguntungkan dan dapat mendapat kembali pelaburan, perbelanjaan dan bayaran faedah bagi projek itu...

》Bagaimana pula dengan Bandar Malaysia?

》Apakah perancangan bagi memaksimakan aset 1MDB ini?

》Bagaimana juga dengan tanah Pulau Indah dan di Pulau Pinang?

》Adakah kerajaan jujur dalam mendapatkan semula wang yang hilang dari 1MDB atau memaksimakan potensi keuntungan 1MDB atau mereka akan hanya mengheret kaki mereka serta berterusan dengan mainan politik dan mencabuli serta menakutkan pemimpin BN?

》Saya telah menerima hakikat saya telah di dakwa berkaitan 1MDB...

》Ia adalah kuasa kerajaan untuk mendakwa saya mengikut kehendak mereka...

》Saya telah di dakwa menerima RM2 bilion...

》Saya juga telah di dakwa kerana memulangkan wang RM2 bilion dan saya juga telah di dakwa kerana memindahkan wang dari akaun saya kepada satu lagi akaun saya...

》Pada masa yang saya, walaupun saya di dakwa secara rasmi kerana wang RM2 bilion telah di kembalikan, terdapat juga banyak lagi dakwaan yang saya telah membayar beratus pihak lagi dengan RM2 bilion yang sama ini...

》Mana lojiknya?

》Saya juga telah mendedahkan dokumen bank yang membuktikan beratus juga ringgit telah di bayar kepada akaun saya terus dari akaun bank Menteri Kewangan Arab Saudi sebagai derma...

》Mengapa faktor ini tidak di ambil kira dan beratus pihak masih menerima tekanan dari pihak berkuasa mengenai bayaran dari akaun saya?

》Setiap sen 1MDB ialah dari pinjaman...

》Memang tidak masuk akal yang niat saya ialah untuk mencuri wang yang di pinjam dan letaknya di dalam akaun atas nama saya sendiri kerana wang yang di pinjam akhirnya perlu di bayar balik...

》Saya tahu saya akan dapat menghadapi pendakwaan ini di mahkamah dengan mudah namun pada masa ini saya ingin bertanya akan kejujuran kerajaan PH untuk melihat pada gambaran lebih besar untuk menyelesaikan isu 1MDB...



》Hentikan mainan politik, jujur dengan semua rakyat Malaysia serta memastikan ekonomi Malaysia dan rakyatnya menjadi keutamaan dan bukan berterusan menjadikan lawan politik mereka sebagai keutamaan, siang dan malam...


Satu pertanyaan pada Atok 93...

Dah cukup ker pedas cili tuuu...😝😝😝

0 comments:

fda

Archives