Saturday, October 13, 2018

Bangsa Melayu Patut Malu Dengan Bangsa Sikh


Perang mulut antara blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berakhir dengan kenyataan maaf dari RPK pada komuniti Sikh...


Tapi apa yang menarik perhatian kita ialah kebangkitan keseluruhan bangsa Sikh bila merasakan pakaian keagamaan mereka di hina...

Mengapa...

Nilai Dan Asal Usul Turban Bagi Kaum Sikh


Turban yang di pakai orang Sikh juga adalah adaptasi serban Arab....



Pengasas agama Sikh, Guru Nanak, adalah penganut Hindu yang menerima pengaruh Islam dan pernah ke Mekah...

Bagi orang Sikh, pemakaian turban mempunyai tujuan dan falsafah tersendiri... 



Ia adalah identiti yang di asaskan guru Sikh terakhir, Guru Gobind Singh, sempena Hari Vaisaki pada 1699. 

Anak2 kecil di beri kefahaman dan di pakaikan turban sejak umur lima tahun...

Pemakaiannya berhubung erat dengan lima lambang utama dalam agama Sikh di panggil Panch Kekaar : 


  • Kes (rambut)... 
  • Kara (gelang)... 
  • Kachera (seluar)...
  • Kirpan (pedang)...
  • Kangha (sikat)...
Penganut Sikh percaya tenaga kerohanian dan kebijaksanaan guru berpusat di atas kepala serta di simpan pada rambut panjang dengan itu di baluti turban...

Berkaitan warna turban :


  • Putih untuk meningkatkan aura dan sebagai pendinding diri...
  • Biru melambangkan kepahlawanan dan dalam upacara keagamaan...
  • Oren adalah paling popular, yakni melambangkan kebijaksanaan dan sering juga di pakai semasa perayaan...

Bagi bangsa Sikh, pemakaian turban bukan sekadar lambang kebudayaan malah di anggap sebagai lambang keagamaan...

Tidak hairanlah bila bangsa Sikh bangkit dan meluahkan kemarahan bila 'turban sikh' di jadikan sebagai bahan sindiran oleh RPK...
Orang Islam Khususnya Bangsa Melayu Di Malaysia WAJIB Mencontohi Semangat Bangsa Sikh
Bangsa Melayu di Malaysia WAJIB jadikan kemarah
an etnik Sikh pada RPK sebagai tauladan yang mesti di ikuti demi survivor Melayu di Malaysia...

Bukan bererti kita mahu membakar api perkauman atau memainkan sentimen perkauman tapi sikap 'keakuan' yang semakin menebal di kalangan bangsa Melayu sekarang ini sangat2 membimbangkan...

Ada di kalangan bangsa Melayu tidak akan merasa apa2 jauh sekali untuk menyuarakan bantahan atau kemarahan sekiranya bangsa Melayu atau ugama Islam di perlekeh dan di hina oleh orang lain...




Malah, lebih memualkan bila ada di kalangan bangsa Melayu yang berugama Islam itu sendiri sama2 bersekongkol untuk memperlekehdan menghina bangsa dan ugama mereka atas nama moderat atau pun liberalisasi...

Apakah Kita Di Serang Sindrom Bisu Atau Kita Penakut




Kita yang mengaku Melayu dan beragama Islam bukan saja pernah melihat ulamak2 kita di hina...



Malah Rasulullah s.a.w. juga di hina dengan sewenang2nya...



Lebih menyedihkan bila kalimah Allah s.w.t. dan ibadah yang di syariatkan kepada kita juga turut di persenda dan di hina...

Namun apakah tindakan kita sebagai bangsa Melayu yang berugama Islam di Malaysia nie!!!

Sekadar memandang dengan keluhan...

Adalah dua tiga orang yang bangkit menunjukkan bantahan dan kemarahan...

Bezakan semangat yang kita miliki dengan semangat yang di miliki oleh bangsa Sikh...

Bayangkanlah kalau penghinaan yang serupa di lakukan pada pada nama2 besar dalam ugama mereka seperti Guru Nanak atau Guru Gobind Singh...

Apakah bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia nie sudah kehilangan rasa sayang dan cinta pada ugama dan bangsa!!!

Sudah pasti tidak, tapi kenapa kita jadi begini!!!

Ugama Islam adalah ugama rasmi perseketuan...

Bangsa Melayu adalah bangsa majoriti di bumi Malaysia...

Tetapi apakah ugama Islam dan bangsa Melayu mendapat tempat yang selayaknya sebagai ugama rasmi persekutuan dan bangsa majoriti di bumi Malaysia nie!!!

Atas nama liberalisme kita berpecah...

Atas nama moderate kita terpisah...

Atas nama ideologi politik kita, jati diri dan kecintaan pada ugama dan bangsa kita musnah!!!

Islam dan Melayu bukanlah sati nama kecil di peta dunia satu masa dulu...

Islam pernah mempunyai pengaruh hampir separuh dari muka bumi ini...

Melayu pernah gah di seluruh nusantara...

Kuncinya satu iaitu kita bersatu...

Berbezalah idealogi politik dan mazhab2 ajaran Islam masing2 (selagi berada di bawah naungan Ahli Sunnah A Jamaah) tapi bila ugama di persenda dan kuasa politik Melayu di permata nilam ini mula tergugat, bergabunglah kembali...

Bentuklah satu gagasan kerjasama supaya bertaut kembali kuasa Islam dan Melayu...

Tunjukkan kepada mereka, kita bukannya rasis sebab kita tak pernah menghina mana2 bangsa di dunia ini...

Buktikan kepada mereka, ugama Islam bukanlah ugama perseteruan atau keganasan kerana kita tak pernah memperlekehkan atau menzalimi mana2 penganut ugama lain...

Tetapi bila ugama dan bangsa kita di hina maka kita akan bangkit sebagai satu gelombang yang amat di geruni!!!

MELAYU bukan ertinya kita akan sentiasa tunduk dan layu...

Tetapi MELAYU bermaksud kita malu pada orang yang tahu menghormati kita...

Tapi nila perasaan malu kita sudah hilang maka bisanya sejuta kali lebih menusuk dari duri sembilu...

Kerana kita adalah BANI TAMIM!!! 

0 comments:

fda

Archives