Sekarang dah lebih dari 5 bulan kerajaan PH ambil alih kuasa dari kerajaan BN...
Rakyat mula terima walau pun dalam keadaan marah dan rasa tertipu kalau Janji 100 Hari Pakatan Harapan memang dah tak dapat atau sengaja dalam ertikata memang tak ada usaha untuk tunaikan...
Tapi apa yang lebih membimbangkan rakyat Malaysia, pemimpin2 kerajaan PH di lihat semakin lama semakin kuat dengan agenda politik balas dendam dan melupakan terus tanggungjawab utama mereka untuk berikan kehidupan yang lebih baik pada rakyat Malaysia!!!
Rakyat Malaysia tak memilih kerajaan PH hanya untuk melunaskan dendam pada bekas2 pemimpin tertentu...
Rakyat juga tak memilih kerajaan PH utk menggunakan kuasa yang ada pada mereka dan berbuat sesuka hati macam negara Malaysia nie mak bapak dia orang punya!!!
Tumpukan pada pembangunan ekonomi negara untuk menyediakan kehidupan yang lebih selesa pada rakyat Malaysia...
Bank Dunia Dah Keluarkan Peringatan Dan Amaran
Ekonomi Malaysia di jangka berkembang lebih perlahan daripada yang di jangkakan...
Ini adalah berikutan pembatalan beberapa projek infrastruktur mega selain di dorong oleh prospek perdagangan dan eksport yang lembap...
Ketua Ekonomi Bank Dunia bagi Asia Timur dan Rantau Pasifik, Sudhir Shetty, berkata pada sesi sidang video mengenai perkembangan ekonomi Asia Timur dan Rantau Pasifik :
"Malaysia akan berdepan pertumbuhan lebih perlahan dalam tempoh tiga tahun akan datang di sebabkan pengurangan eksport dan pelaburan awam sehingga 2020"...
"Malaysia antara satu daripada ekonomi rantau ini yang berkemungkinan berkembang lebih perlahan daripada yang kita jangkakan enam bulan lalu"...
"Antaranya di dorong oleh pembatalan dua projek infrastruktur mega"...
"Jumlah perdagangan semakin berkurang dan pengeluaran menyusut yang menjejaskan prospek ekonomi Malaysia pada tahun ini"...
"Malaysia perlu mengambil peluang daripada persekitaran suram ekonomi global sekarang untuk menstabilkan keadaan fiskal negara"...
"Ini adalah masa bagi Malaysia untuk menggabungkan fiskal ekonomi mereka"...
"Dalam konteks semasa di mana ekonomi global berkembang dengan lebih cepat dan berisiko, ini bukan masanya untuk menyokong pertumbuhan jangka pendek sebaliknya mengukuhkan bahagian fiskal ekonomi"...
"Ia penting untuk memastikan penampan fizikal di bina jika berlaku kejutan lebih besar daripada yang dijangkakan"...
Malaysia Berhadapan Krisis Ekonomi
Pada sesi berkenaan, Bank Dunia juga menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang pada 4.7 peratus pada 2019 dan 4.6% pada 2020, berbanding prestasi luar biasa 5.9% yang di catatkan pada 2017...
Bagi 2018, pertumbuhan ekonomi Malaysia di jangka menyederhana dalam tempoh terdekat ini dan hanya mampu berkembang sekitar 4.9%...
Ketegangan Hubungan Luar Antara Malaysia Dan Negara Luar Memburukkan Keadaan
Bank Dunia mengingatkan, sebagai sebuah ekonomi yang sangat terbuka, Malaysia akan terus berdepan risiko berikutan ketidakpastian dalam persekitaran luaran...
Apa yang lebih membimbangkan kita, dasar2 yang di perkenalkan Mahathir seperti penilaian semula beberapa projek infrastruktur mega turut meningkatkan ketidakpastian mengenai prospek pelaburan seterusnya menjejaskan pertumbuhan...
Memburukkan keadaan, pembatalan kesemua perjanjian usahasama yang di tandatangani kerajaan dahulu, BN, adalah dengan negara2 jiran yang mempunyai pengaruh besar dalam perkembangan ekonomi Malaysia seperti negara China...
Kesan segera dapat di lihat dengan kejatuhan mendadak ekspot Malaysia ke negara2 berkenaan...
Keadaan matawang ringgit yang semakin lemah akan menghimpit ekonomi negara...
Akibatnya kita mendapat bayaran yang lebih rendah terhadap ekspot negara dan terpaksa membayar dengan harga yang lebih mahal terhadap barangan impot negara...
Bukan itu saja, ianya juga akan mengakibatkan setiap hutang luar negara yang berasaskan nilai dollar Amerika (USD) akan meningkat dengan sendirinya...
Yang pasti menjadi mangsa ialah rakyat kerana rakyatlah yang akan terpaksa menanggung segala2nya akibat di kenakan pelbagai cukai dan kenaikan harga barang kerana subsidi yang di beri kerajaan akan di kurangkan dan mungkin juga akan di hapuskan...
Apakah peranan dan perancangan kerajaan PH untuk mengelakkan negara dari terjerumus ke dalam krisis ekonomi yang paling buruk dalam sejarah?
Apakah pula peranan Majlis Penasihat Ekonomi yang telah di lantik?
Berterusan menyalahkan pentadbiran terdahulu sebagai alasan pada krisis ekonomi yang sedang menanti kita bukanlah langkah yang bijak...
Dunia akan tertawakan kita kerana pada mereka kerajaan PH yang ada sekarang menggambarkan merekalah sebenarnya yang tak tahu cara nak mentadbir negara...
Dunia akan menggeleng kepala kerana pada mereka kerajaan PH yang ada sekarang hanya pandai menceritakan masaalah tapi tak tahu bagaimana menyelesaikannya...
Berterusan menyalahkan DS Najib atas segala masaalah yang berlaku sekarang hanya akan memberitahu kepada dunia yang kerajaan PH sekarang bersikap tidak matang dan kebudak2an...
Hentikanlah berpolitik kerana PRU dah lama meninggalkan kita...
Lihatlah sekeliling dan saksikanlah penderitaan rakyat marhein yang bukan saja meletakkan harapan yang tinggi tetapi mereka jugalah yang memberikan kuasa...
0 comments:
Post a Comment