Tak dapat di nafikan, Mahathir sedang hadapi masa yang amat sukar untk menghidupkan Malaysia Baru yang di tunjangi Pakatan Harapan...
Persoalannya kenapa seorang yang di angkat sebagai 'negarawan' berbekalkan pengalaman 22 tahun sebagai perdana menteri kehilangan arah...
Seorang yang mengaku sebagai 'Harimau Asia' tiba2 kehilangan kekuatan...
Kenapa seorang yang pernah mengaku dirinya sebagai 'jurucakap Asia' semakin di pinggirkan oleh pemimpin2 dunia...
Landskap Teknologi Maklumat Dunia Dah Jauh Berubah
Waktu jadi perdana menteri ke 4, segala maklumat dan berita yang akan di sampaikan kepada rakyat, di kawal sepenuhnya oleh regim Mahathir...
Cuma waktu era reformasi, laman2 blog mula di gunakan dengan agak meluas tanpa dapat di kawal oleh regim Mahathir seperti sebelumnya...
Rakyat dah mula pandai menapis maklumat2 dan berita2 yang meragukan...
Lebih menakutkan regim Mahathir, dengan teknologi multimedia sekarang nie, apa yang di ucapkan dan di lakukan di zaman Mahathir menjadi perdana menteri ke 4 dapat di ulang siaran malah di rakam untuk di jadikan sebagai bukti...
Dengan kecanggihan teknologi maklumat terkini, apa saja yang di cakap dan di janjikan oleh kerajaan PH akan sentiasa di ulang siar di kalangan rakyat...
Kalau di era regim Mahathir jadi perdana menteri ke 4 dulu, bila kerajaan umumkan hutang negara RM1 trilion, rakyat akan telan bulat2 tapi tidak sekarang...
Apa saja yang maklumat yang di keluarkan, rakyat dari pelbagai lapisan boleh dengan mudah memastikan kebenarannya...
Sikap Keterbukaan Rakyat Malaysia
Dunia sudah banyak berubah...
Budaya2 yang dulunya di anggap songsang seperti LGBT mula di terima dunia walau pun rakyat Malaysia masih lagi menolaknya...
Sama ada Anwar ialah seorang 'straight' atau 'bisexual' tak lagi menarik perhatian dunia...
Apa yang menarik perhatian dunia ialah bagaimana isu amalan budaya songsang seks nie pernah Mahathir gunakan untuk jatuhkan Anwar waktu Mahathir jadi perdana menteri ke 4 dulu...
Dunia masih belum lagi melupakan apa yang telah Mahathir lakukan kepada Anwar ketika itu...
Menguruskan Persepsi
Dalam dunia era digital, menguruskan persepsi adalah perkara yang sangat2 penting...
Gergasi2 media dunia seperti CNN, BNBC, Al Jazeera dll adalah pemain utama dalam pengurusan persepsi...
Negara sekecil Singapura sekali pun mengamalkan dasar mesra media untuk memastikan keujudan mereka di peta dunia...
Mahathir jelas masih tak memahami kepentingan pengurusan persepsi yang baik di kalangan media...
Mahathir masih lagi beranggapan mampu mengenakan cengkaman kepada media tempatan supaya cuma memaparkan mengenai isu2 terpilih yang ada kaitan dengan antarabangsa yang berlaku di Malaysia...
Isu2 semasa yang berlaku di sesebuah negara adalah makkumat yang sangat mempengaruhi pelabur asing...
Mereka akan mengikutinya dengan sangat teliti sebelum membuat keputusan terhadap sesuatu pelaburan yang hendak di lakukan di sesebuah negara...
Selain itu, sebelum memutuskan sesuatu pelaburan, para pelabur mahukan kepastian tentang apakah bentuk insentif yang akan kerajaan bagi pada mereka...
Spakah potensi pulangan terhadap pelaburan mereka...
Apakah dasar2 semasa kerajaan yang akan membetikan keuntungan kepada pelaburan mereka...
Bagaimanakah kestabilan ekonomi negara tersebut dan berbagai perkara lagi...
Najib sangat2 memahami perkara ini dan kerana itu setiap kali ke luar negara, Najib pasti berjaya membawa balik pelaburan berbilion ringgit...
Tapi Mahathir kelihatannya dangkal tentang perkara ini...
Ketika Malaysia mahu menarik pelabur asing, Mahathir dengan 'bijaknya' mengumumkan hutang luar negara berjumlah RM1 trilion dan kadar hutang negara berbanding KDNK melebihi 80%...
Tak cukup dengan itu, setiap kali ke luar negara dan masa beri taklimat dengan pelabur2 asing, dengan 'cemerlangnya' Mahathir akan beritahu Malaysia berhadapan dengan muflis sekiranya tak mampu membayar hutang...
Dan menambahkan sedap perisanya Mahathir akan menceritakan amalan rasuah yang berleluasa dalam pentadbiran kerajaan...
Usaha Mahathir 'membuahkan hasil' bila selepas empat lawatan ke luar negara, tak ada satu sen pun pelaburan asing yang dapat di bawa masuk!!!
Betul2 ibarat menang sorak tapi kampung tergadai!!!
Hikayat 1MDB Yang Tak Pernah Lekang Dari Mulut Mahathir
Bila isu tentang 1MDB meletup, ramai mengatakan ianya akan menjadi satu isu yang cukup besar sampai boleh mencatatkan sejarah sebagai skandal salah guna kuasa terbesar dunia!!!
Hakikatnya ialah betul dan tidak...
Betul kerana gelombang cerita 1MDB jadi sangat besar sampai berjaya menumbangkan satu2nya kerajaan yang memerintah Malaysia selama lebih 6 dekad sejak merdeka...
Tidak kerana walau pun Mahathir dan PH telah menerajui kerajaan lebih dari 5 bulan tapi masih gagal membuktikan kebenaran dakwaan mereka...
Mahathir dan konco2nya dalam PH dakwa duit 1MDB sebanyak RM42 bilion hilang dan Jho Lo ialah perancang utamanya...
Tapi sampai ke hari ini, Mahathir dan PH masih lagi belum dapat buktikan bagaimana dan ke mana duit tu hilang...
Sekiranya benar duit tu di selewengkan, sudah pasti ianya akan meninggalkan jejak dan pasti ramai kakitangan 1MDB terlibat...
Kalau pun susah sangat nak menjejaki Jho Lo (mungkin Jho Lo nie lagi bijak dari CIA @ KGB @ MOSAD kut), kenapa tak siasat semua bekas kakitangan 1MDB!!!
Kenapa mesti hanya fokus kepada pendakwaan Datuk Seri Najib dengan mengaitkan pendakwaan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram @ AMLA ke atas derma dari keluarga Di Raja Arab Saudi!!!
Sedangkan segala bukti dan dokumen tentang aliran kemasukan dan keluaran (money trail) duit derma tu dah di dedahkan oleh Datuk Seri Najib sendiri...
Sebab tu dalam temuramah BBC Hard Talk, dah jadi 'hard sungguh' pada Mahathir...
Sangka Mahathir dia boleh terus kencing dunia macam dia kencing pentaksub2 dia kat Malaysia nie...
Kemonlah Mahathir, dunia nakkan kebenaran bukannya cerita karut yang berpaksikan dendam!!!
Masuk akal ker bila Mahathir yang mendakwa diri dia 'harimau Asia' katakan pada seluruh dunia bahawa dia menolak segala bukti yang Datuk Seri Najib berikan semata2 sebab dia tak pernah tenguk sesiapa pun menderma duit sebanyak tu pada orang lain...🤦♂️🤦♂️🤦♂️
Kemonlah Atoq...
Nak tanya sikit :
》Betui dak PPBM ada terima duit RM2 bilion dari Iran sebelum PRU 14?
》Betui dak Robert Kuok derma RM200 juta pada DAP sebelum PRU 14?
Dah tu pulak, Mahathir minta kerajaan Arab Saudi terangkan dan buktikan dari mana datangnya duit tu...🤔🤔🤔
Merapu sungguh hang naaa...
Yang nak di siasat nie Datuk Seri Najib atau kerajaan Arab Saudi!!!
Dah tentu kerajaan Arab Saudi tu kaya raya...
Masih segar dalam ingatan seluruh dunia bagaimana Mahathir gunakan isu liwat Anwar untuk lakukan segala tekanan dan kezaliman pada Anwar...
Satu dunia belum lupa lagi kisah tu...
Mahathir Berhadapan Dengan Krisis Kepercayaan Dan Kemarahan Rakyat Dan Dunia Yang Kronik
Benar, rakyat Malaysia masih lagi marah dengan BN sebab terpengaruh dengan dakwaan2 Mahathir walau pun banyak telah di lakukan oleh BN waktu memerintah...
Tapi sekarang kepercayaan rakyat pada Mahathir dan PH makin menipis...
Keadaan ekonomi semakin parah sebab tak ada pelabur asing baru yang dapat di bawa masuk untuk menjana kegiatan ekonomi domestik negara...
Kedudukan matawang ringgit semakin jatuh nilainya menyebabkan hutang luar negara yang berasaskan matawang asing meningkat dan akibatnya kerajaan semakin kehabisan duit dan akan terpaksa memperkenalkan pelbagai bentuk cukai pada rakyat dan di masa yang sama segala bantuan kepada rakyat di hentikan...
Harga barang2 keperluan semakin meningkat sebab kerajaan dah tak mampu berikan subsidi pada barangan keperluan harian...
Peluang pekerjaan semakin sukar kerana pelabur asing enggan melabur dan pelabur asing yang sedia ada enggan menambah pelaburan malah memendekkan tempoh pelaburan mereka...
Rakyat makin sakit, kehidupan makin terhimpit sedangkan kerajaan masih lagi belum ada perancangan kepulihan yang pasti...
Mahathir hanya sibuk melaksanakan agenda dendam politik dan PH pula sibuk dengan agenda pemutihan pemimpin mereka dari tindakan undang2...
Dunia memerhati dan menanti...
Sampai bilakah rakyat Malaysia mampu bersabar?
Sampai bilakah Mahathir dan PH mampu bertahan?
Sekiranya keadaan berterusan, rakyat pasti akan bangkit bila mula bosan dan menyedari bahawa Mahathir hanyalah seorang manusia yang ketinggalan zaman dan dah tak relevan dengan landskap politik Malaysia...
Mahathir cuma hidup dengan bergantung pada cerita2 karut untuk menimbulkan kebencian...
Matlamatnya ialah menutup kegagalan dirinya dan kerajaan PH yang di terajuinya serta DENDAM!!!
Ingat tak apa Sultan Selangor cakap :
"Mahathir akan membakar seluruh negara kerana kemarahannya"...
Dan sekarang kebakaran tu sedang berlaku!!!
Sumber :
Azizi Khan FB
0 comments:
Post a Comment