Satu Malaysia dan mungkin juga satu dunia tumpukan perhatian ke Wisma Putera bila Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmed Al-Jubeir, buat lawatan rasmi ke Malaysia...
Kenapa...
Sebab nie kali pertama wakil kerajaan Arab Saudi datang ke Malaysia sejak berlaku ketegangan hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi kerana beberapa isu akibat dari dasar kerajaan PH terhadap Arab Saudi...
Yang paling di nantikan ialah penjelasan dari wakil Arab Saudi mengenai isu derma RM2.6 bilion...
Bukan satu isu kecil sebab dengan menggunakan isu nie lah pemimpin kerajaan PH sekarang berjaya menumbangkan kerajaan BN dalam PRU 14 sewaktu jadi pembangkang dulu...
Pada tahun 2016, Adel mengakui dana RM2.6 bilion yang di terima oleh Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan tulen dari kerajaan Arab Saudi...
Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah Kata Adel Nafikan RM2.6 Bilion Derma Dari Arab Saudi
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah cakap dalam pertemuan dia dengan Menteri Luar Arab Saudi, Adel nafikan derma RM2.6 bilion pada Datuk Seri Najib adalah dari Arab Saudi...
Tu apa yang Saifuddin cakaplah...
Tapi Mahathir pulak cakap yang dia sendiri takut, oopps silap, maluuu, eh bukan2, tak bercakap tentang isu derma RM2.6 bilion dengan Adel...
Dan perkara2 yang di bincangkan oleh Saifuddin dengan Adel di peringkat menteri luar banyalah beberapa isu semasa antar Malaysia dengan Arab Saudi mcm isu penarikan balik tentera Malaysia, dasar luar Malaysia yang tak nak campurtangan dalam peperangan negara luar dan dasar berkecuali Malaysia, tu jerrr...
Tapi dalam sidang media yang sama juga, Mahathir kata yang kononnya Adel nafikan isu derma Arab Saudi tu dan Mahathir pun tak tanya kenapa Adel nafikan...
Tadi cakap tak bincang langsung isu tu, tetiba kata Adel nafikan pulak...
Mungkin tetiba Adel syok sendiri kut, orang tak tanya, tetiba dia nak jawab...😉😉😉
Hai, macam marah jer...
Dah kenapa...
Ok lah tu, pengakuan Adel tu dah ikut skrip yang Mahathir nak, betul tak...
Tapi naper pulak nak cakap apa yang Adel beritahu tu tak penting tapi yang lagi penting ialah dokumen sebagai bukti...
Kan Datuk Seri Najib dah tunjukkan dokumen sebagai bukti money trail yang duit tu derma dari Arab Saudi...
Siap surat pengesahan derma lagikan...
Ker apa yang Adel cakap tu, tak mengikuti kehendak skrip...😛😛😛
Kenapa Wartawan Tak Di Benar Untuk Dapatkan Pengakuan Terus Dari Adel...🤔🤔🤔
Apa yang jadi tandatanya, kenapa hanya Saifuddin dengan Mahathir yang ulas tentang apa yang Adel cakap...
Kenapa tak ada aka tak di benarkan wartawan temuramah Adel untuk dapatkan pengakuan dari Adel sendiri macam pengakuan beliau masa kat Turki dulu...
Bukan kita tak percaya pada pemimpin PH tapi sememangnya kita sangat2 tak percaya pada mereka sebab dah banyak dah rakyat Malaysia kena kencing dengan pemimpin PH sejak 09 Mei 2018 yang lepas...
Kalau nak di kira, tak cukup bilangan jari kaki dan tangan...
Orang tua2 dah pesan, kalau sekali terkena, tu namanya silap...
Tapi kalau dah dua kali terkena, tu namanya bangang...
Tapi kalau dah berkali2 kena tipu tapi masih lagi nak percaya pada cakap2 si penipu, tu BAPAK BANGANG namanya...
Renungkanlah firman Allah swt dalam kitab suci Al Quran :
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar?
Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada... Al-Haj : 46
Jadi sebagai manusia yang Allah swt jadikan sempurna sifat jasmani dan rohani, bukalah mata hati kita untuk menyelam apa yang tersirat di sebalik yang sedang tersurat sekarang ini...
0 comments:
Post a Comment