Tuesday, April 14, 2020

Singapura Mungkir Janji, Malaysia Hadapi Risiko Gelombang Kluster Pekerja Singapura


Hampir 300,000 rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura akan kembali ke Malaysia ketika wabak Covid-19 semakin membarah di Singapura.

Ketika Malaysia mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia akan dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020, Singapura mengkritik dengan mengatakan ianya adalah tindakan yang ekstrem dan kawalan ini tidak akan mampu untuk bertahan lama.

Antara isu utama yang berbangkit dalam kritikan Singapura ialah mengenai 300,000 pekerja Malaysia yang berulang-alik dari Johor ke Singapura (BACA DI SINI).

Singapura berkeras mahu rakyat Malaysia dibenarkan bekerja.

Rundingan diadakan antara Menteri Kanan Kluster Keselamatan, DS Ismail Sabri rakan sejawatan beliau dari Singapura, Teo Chee Hean.

Beberapa syarat dan perjanjian telah dipersetujui antara Malaysis dan Singapura :


》Menyediakan tempat tinggal sementara dengan kemudahan asas.

》Insentif sehari SGD50 kerana berkerja di waktu berisiko tinggi.

》Setiap pekerja Malaysia yang mahu masuk semula ke Malaysia selepas waktu berkerja, mesti menjalani saringan kesihatan yang akan ditanggung oleh Kerajaan Singapura (BACA DI SINI).

Tetapi, sebaliknya yang berlaku bukan semua rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura diberi tempat tinggal sementara seperti yang dijanjikan.

Malah, dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Malay Mail bertarikh 31 Mac 2020, Menteri Sumber Manusia Singapura, Josephine Teo,  umumkan program penempatan sementara kepada pekerja Malaysia di Singapura tidak akan diteruskan (BACA DI SINI).

Kemudian, Singapura pula umumkan arahan PKP di negaranya (dikenali sebagai circuit breaker - CB) bermula 7 April 2020.

Apa nasib pekerja Malaysia?

Untuk terus menetap di Singapura pasti tidak mampu akan kerana mereka telah kehilangan sumber pendapatan akibat dari arahan PKP di Singapura.

Untuk mereka kembali ke Malaysia, ianya akan mendedahkan kepada ahli rumah mereka kepada jangkitan Covid-19 kerana mereka datang dari tempat wabak sedang merebak dsn mereka belum menjalani apa-apa saringan kesihatan.


Dalam satu kenyataan pada 6 April 2020, Ismail Sabri mengingatkan kembali kerajaan Singapura perjanjian asal yang telah dipersetujui (BACA DI SINI) dan (DI SINI).

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor juga telah menguatkuasakan arahan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan perjanjian asal yang dipersetujui antara Malaysia dan Singapura (BACA DI SINI).


Tetapi pada 9 April 2020, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata tiada keperluan buat kerajaannya untuk mengadakan ujian saringan Covid-19 kepada pekerja Malaysia.

Menteri Kesihatan Singapura turut keluarkan kenyataan yang sama, tiada 'swab test' untuk pekerja asing (termasuk Malaysia) yang mahu keluar dari negara itu (BACA DI SINI).

Sikap berdolak dalih dan mungkir janji Kerajaan Singapura sangat-sangat dikesali dan ianya merisikokan keselamatan nyawa rakyat Malaysia.

Singapura sendiri yang asalnya beria mahu bertanggungjawab atas pekerja Malaysia (atas kepentingan ekonomi), kini mahu berlepas tangan?

Hormatilah perjanjian antara dua negara yang berjiran dan sudah lama bersahabat!!!

Demi untuk menyelamatkan pekerja Malaysia di Singapura, Kerajaan Malaysia membuat keputusan mereka yang didapati negatif Covid-19 dibenarkan pulang dan perlu melakukan kuarantin diri selama 14 hari di kediaman masing-masing dengan pemeriksaan berkala akan dijalankan oleh pasukan kesihatan.

In Sya Allah besok, admin akan jelaskan mengapa Kerajaan Malaysia mengambil sikap tegas dan keras terhadap Fuziah Lynas kerana menyebarkan berita palsu tentang kekecohan di Tambak Johor.

0 comments:

fda

Archives