Wednesday, April 29, 2020

Ada Isu Yang Cuba Di Sembunyikan Sebalik Kekecohan Isu Pelarian Rohingya


Sejak kebelakangan ini, isu pelarian Rohingya tiba-tiba tular di media sosial.

Netizen menumpukan seluruh perhatian mereka ke atas isu pelarian Rohingya.

Tidak kita nafikan, sikap biadap dan pengotor pelarian Rohingya, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

Tidak kita nafikan, kebanyakan pelarian Rohingya bersifat parasit dan menggunakan status ugama untuk melindungi sikap mereka yang sebenar sedangkan dalam kehidupan seharian mereka adalah jauh menyimpang dari ajaran ugama Islam yang sebenar.

Tetapi, mengapakah selepas 30 tahun pelarian Rohingya berada di bumi Malaysia, secara tiba-tiba mereka menjadi perhatian?

Siapa dan apa agenda sebenar di sebalik isu pelarian Rohingya?

19 Ogos 2019, terbongkar sindiket jual MyKad yang sah dan pihak polis membuat tangkapan ke atas 20 individu di Pulau Pinang (BACA DI SINI).

Kesemua mereka ditahan di bawah SOSMA (jangan lupa, semasa berkuasa, DAP/Pakatan Harapan bersungguh-sungguh hendak mansuh SOSMA atas alasan hak asasi manusia).

Dua hari selepas tangkapan itu, pada 21 Ogos 2019, negara kecoh pula dengan gangguan sistem rangkaian operasi di KLIA


Sesuatu yang tidak pernah berlaku dan ianya menimbulkan persoalan yang besar kenapa ia berlaku ketika lambakan pelancong dari China ke Malaysia berada di KLIA? (BACA DI SINI).


September 2019, seluruh negara gempar bila pihak polis mendedahkan dan menahan beberapa pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang kerana terbabit dalam sindiket peringkat tertinggi penjualan MyKad yang sah kepada pendatang dari China (BACA DI SINI).


Pada 30 Oktober 2019, saksi utama kes mendedahkan beliau membayar lebih RM400,000 kepada Lai Chin Wah dan menerima MyKad pada Februari 2019 (BACA DI SINI).

2 Disember 2019, keluar Laporan Ketua Audit Negara 2018 (siri 2) yang mendedahkan jumlah pelancong China dan India yang tiada rekod keluar melalui Program Pengecualian Visa (melalui data sistem eNTRI dan MyIMMs).

Laporan Audit tersebut mendapati jumlah keseluruhan pelancong China dan India yang tiada rekod keluar dari Malaysia pada 2019 sehingga 2018 berjumlah keseluruhan 116,064 orang.

Menteri Dalam Negeri ketika itu, TS Muhyiddin arahkan kesemua pelancong asing yang tidak ada rekod keluar dikesan dengan segera (BACA DI SINI).


14 September 2019, Harian Metro mendedahkan 1,000 warga asing memiliki MyKad yang sah melalui sindiket pada Januari - Mei 2019.

Ribuan lagi MyKad yang sah telah dikeluarkan oleh sindiket bukan sahaja di Pulau Pinang, tetapi di seluruh Malaysia (BACA DI SINI).

Melalui operasi KDN dan pihak berkuasa, dapat kita temui laporan-laporan tangkapan warga asing, khususnya dari China yang masuk sebagai pelancong (serta pas pelajar) tetapi tidak keluar-keluar dari negara (BACA DI SINI).

3 Oktober 2019, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan kes sindiket penjualan MyKad yang sah kepada warga asing yang melibatkan Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Pulau Pinang dan beberapa individu lain akan mula dibicarakan pada 6 April 2020 (BACA DI SINI).

Namun sampai sekarang, ianya belum lagi dibicarakan, mungkin kerana wabak Covid-19.

Selain dari isu Rohingya yang cuba dibesarkan, Pakatan Harapan juga dilihat cuba mengalih perhatian rakyat ke atas isu sindiket menjual MyKad yang sah ini dengan sentiasa mendesak agar Parlimen bersidang dengan segera dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.


Jangan lupa, ketika diminta kerajaan (ketika itu Pakatan Harapan) wujudkan RCI untuk siasat dan bongkar siapa sebenarnya dalang sindiket penjualan MyKad yang sah ini, Pakatan Harapan enggan (BACA DI SINI).

Pemimpin Muafakat Nasional dan rakyat Malaysia tidak boleh hilang fokus terhadap isu penjualan MyKad yang sah ini kepada ratusan ribu pelancong dari China dan India.


MyKad yang dijual sindiket ini bukanlah MyKad palsu tetapi adalah MyKad yang sah.

Ratusan ribu warga asing yang membeli MyKad yang sah ini boleh mendaftarkan nama dengan Suruhjaya Pilihanraya sebagai pengundi yang sah dan ini boleh mengubah pola pengundian secara keseluruhan.

Kalau ada pun pelarian Rohingya yang telah berjaya membeli MyKad yang sah ini melalui sindiket, mereka sangat mudah dikenal pasti berdasarkan dari rupa dan fizikal mereka.

Tetapi warga China dan India yang membeli MyKad yang sah ini, susah untuk kita bezakan dengan warga Malaysia yang berketurunan Cina dan India.

Ini terbukti bila mereka berjaya meletakkan nama mereka dalam pengkalan data BSH bekas Kerajaan Pakatan Harapan dan ada yang dikesan berjaya menikmati Bantuan Perihatin Nasional baru-baru ini.

Admin menyeru kepada semua pemimpin Muafakat Nasional dan rakyat Malaysia, sebaik sahaja kita dapat mengawal wabak Covid-19, perkara yang paling penting dan utama untuk kita desak kerajaan bukanlah masaalah pelarian Rohingya tetapi membongkar hingga ke akar umbi sindiket penjualan MyKad yang sah kepada warga asing terutamanya dari China dan India.

Kerana tidak syak lagi, ada pihak yang pernah memiliki kuasa mendalangi sindiket ini!!!




Kredit :

FB Korek Korek

0 comments:

fda

Archives