Keghairahan dan kegelojohan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan terpadam selagi dia masih bernyawa.
Berkali-kali rakyat suarakan rasa tidak senang dengan perangai Anwar dan Pakatan Harapan yang sering mengganggu fokus kerajaan untuk menangani wabak Covid-19, tapi tetap tidak diambil peduli.
Pakatan Harapan tetap mempolitikkan setiap tindakan yang kerajaan ambil dalam menangani wabak Covid-19.
Tidak mendapat perhatian dari setiap tindakan mereka, Anwar membuat keputusan untuk bertemu Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin, kononnya untuk membincangkan masaalah Covid-19 yang sedang dihadapi (BACA DI SINI).
Selepas pertemuan tersebut, Anwar memuatnaik status di dalam Facebook (BACA DI SINI) beliau mengenai perkara yang dibincangkan bersama Perdana Menteri :
》Menyatakan penghargaan kepada beberapa jentera kerajaan, NGO dan masyarakat yang bersama-sama berusaha menangani masaalah wabak Covid-19.
- Baguslah kalau ucapan penghargaan itu ikhlas, cuma admin hendak tanya apa pula peranan yang telah dimainkan oleh Pakatan Harapan dalam masaalah Covid-19?
Betullah, Pakatan Harapan ada turut sama memberikan bantuan makanan kepada rakyat tapi apakah setakat itu sahaja yang Pakatan Harapan mampu lakukan?
Kalau begitu, jelas kepada kita, level Pakatan Harapan sama seperti level NGO sahaja.
》Anwar dakwa beliau juga meminta supaya sumber penyampaian maklumat yang telus dan keupayaan ujian dipertingkatkan.
- Bagi admin, yang ini memang lawak.
Apakah selama arahan PKP diadakan sejak 18 Mac 2020 yang lalu, Anwar tidak pernah mengikuti sidang media Menteri Kanan kluster Keselamatan, DS Ismail Sabri dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah yang diadakan setiap hari pukul 2.00 petang dan 5.00 petang?
Setiap hari maklumat terkini dikemaskini kepada rakyat dan maklumat yang sama (keadaan Covid-19), akan dihantar kepada WHO.
Tidak cukup dengan itu, MKN dan CPRC Kementerian Kesihatan turut memuatnaik setiap perkembangan Covid-19 dan keputusan-keputusan kerajaan mengenai arahan PKP untuk makluman rakyat.
Hendak telus macam mana lagi...🤦♂️🤦♂️🤦♂️
Mengenai peningkatan keupayaan ujian, Dr. Noor Hisham sudah maklumkan yang menjadi kekangan ialah bilangan makmal dan proses mendapatkan keputusan yang mengambil masa yang agak panjang.
Bagaimana pun, Kementerian Kesihatan sudah mengambil langkah untuk menambahkan lagi jumlah makmal ujian yang sedia ada dan mengubah kaedah saringan supaya yang benar-benar diysaki mempunyai virus Covid-19 sahaja akan dibuat ujian lanjut.
Terkini maksima kapasiti ujian yang mampu dilakukan oleh Kementerian Kesihatan sudah sampai tahap 15,000 ujian setiap hari dan ianya adalah antara yang terbaik di Asia kalau pun tidak di dunia.
Tidak tahulah kalau Pakatan Harapan ada cadangan lain untuk menambah baik kapasiti ujian tersebut, bukankah diwar-warkan, mantan Menteri Kesihatan Pakatan Harapan, Dr. Dzulkifli adalah orang yang paling sesuai dan layak mengetuai pasukan Covid-19 negara dan terbukti bila beliau mengetuai pasukan Covid-19 Selangor, negeri Selangor adalah negeri yang paling banyak mempunyai kes Covid-19...😂😂😂
Biar Gambar Berbicara |
》Anwar juga menyatakan beliau menyambut baik Pakej Rangsangan Ekonomi yang kerajaan umumkan dan tidak mahu ianya dipolitikkan di peringkat akar umbi...😂😂😂
- Admin 'kagum' dengan kenyataan Anwar ini.
Cuma admin hendak tanya, siapa sebenarnya yang mempolitikkan Pakej Rangsangan Ekonomi ini?
Bukankah Pakatan Harapan sendiri yang mendakwa, dana RM250 bilion itu adalah hasil dari usaha dan perbelanjaan jimat cermat Pakatan Harapan semasa menjadi kerajaan selama 22 bulan dahulu?
Hebat sungguh Pakatan Harapan menipu dan mempolitikkan isu ini!!!
Bukankah Pakatan Harapan juga yang menyalak siang malam, pagi petang meminta supaya sidang Parlimen khas diadakan untuk memperincikan Pakej Rangsangan Ekonomi ini?
Buat kata TS Annuar Musa, kalau rumah terbakar, takkan hendak mesyuarat dahulu baru hendak panggil Bomba...😂😂😂
》Terakhir sekali, baharulah Anwar menyatakan niat sebenar beliau bertemu Muhyiddin, mahu sidang Parlimen diadakan...😛😛😛
- Tujuannya supaya dapat dilakukan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri dengan harapan undi tersebut berjaya dan dapatlah mereka kembali menguasai Putrajaya.
Itulah sebenarnya nawaitu Anwar bertemu Muhyiddin.
Anwar tidak peduli sama ada pada pertengahan Mei nanti wabak Covid-19 sudah dapat dibendung atau tidak.
Anwar tidak peduli apa-apa pun, yang penting beliau dapat membuka peluang untuk menjadi Perdana Menteri.
Sikap Anwar makin terserlah, bila di hadapan Muhyiddin, Anwar seakan-akan setuju sekiranya sidang Parlimen ditangguhkan sehingga wabak Covid-19 benar-benar dapat dikawal tetapi bila bersama-sama dengan pemimpin Pakatan Harapan, Anwar keluarkan pula kenyataan mendesak supaya sidang parlimen diadakan (BACA DI SINI).
Rupa-rupanya, bukan Dr. Mahathir sahaja yang ada rekod lidah bercabang, Anwar pun sama nampaknya lidah bercabang dan mungkin lebih banyak cabangnya dari Dr. Mahathir dan kegelojohan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan terpadam selagi beliau masih bernafas!!!
0 comments:
Post a Comment