Tuesday, April 7, 2020

Apa Jadi Dengan Bon Samurai Dan Bon Panda, Kerajaan Mesti Tubuhkan RCI!!!


Dalam satu temubual dengan wartawan Berita Harian pada 30 Mac 2020, Menteri Kewangan, Senator DS Tengku Zafrul menjelaskan walau pun kerajaan memperuntukkan dana sebesar RM250 bilion dalam Skim Prihatin Nasional yang termasuk dalam Pakej Rangsangan Ekonomi khas sempena wabak Covid-19, namun aset atau aliran tunai kerajaan tidak akan terjejas kerana ianya masih kukuh.

Malah tiada keperluan untuk kerajaan membuat pinjaman luar dan kerajaan juga tidak akan menyentuh langsung rezab antarabangsa yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia dan serta tidak akan menggunakan sepenuhnya rizab keuntungan dari GLC seperti Petronas dan Khazanah (BACA DI SINI).


Sebelum itu, pada 27 Februari 2020, ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang bernilai RM20 bilion, Perdana Malaysia Interim ketika itu, Dr. Mahathir pula menyatakan, kerajaan mempunyai aliran tunai hampir RM2 trilion dalam simpanan Bank Negara Malaysia (BNM), Tabung Haji (TH), Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (BACA DI SINI).

Kedua-dua kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin dilihat senada walau pun kedua-duanya adalah dari kerajaan yang berbeza.

Kewangan Malaysia berada dalam keadaan yang kukuh, itu tidak dapat dinafikan.

Namun ianya menimbulkan berbagai persoalan kepada kita :

Apa Keperluan Membuat Pinjaman Bon Samurai Dan Bon Panda Dan Ke Mana Perginya Duit Tersebut?


Semasa pemerintahan Pakatan Harapan, Dr. Mahathir telah membuat pinjaman Bon Samurai bernilai RM7.4 bilion dari Jepun pada November 2018 (BACA DI SINI), malah menambah hutang negara lagi dengan pinjaman melalui Bon Samurai II yang bernilai RM7.3 bilion sekitar Mac 2019 (BACA DI SINI).

Ini menjadikan jumlah hutang negara terhadap Jepun melalui Bon Samurai I dan Bon Samurai II berjumlah RM14.7 bilion!!!

Tidak cukup dengan itu, Lim Guan Eng, Menteri Kewangan ketika itu merancang untuk menambahkan lagi hutang negara dengan menerbitkan pula Bon Panda dari China.

Namun admin tidak dapat pastikan sama ada Bon Panda yang diusahakan oleh Guan Eng berjaya diperolehi atau tidak.

Apa yang pasti, di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, beratus bilion hutang dari dalam dan luar negara sudah diperolehi oleh Pakatan Harapan (BACA DI SINI).

Bantuan Kepada Rakyat Di Mansuhkan, Ke Mana Duit Beratus Bilion Ringgit Itu Pergi?


Admin malas hendak mengupas tentang hutang langsung luar negara yabg didakwa oleh Pakatan Harapan mencecah RM1 trilion.

Rakyat Malaysia sedar, malah satu dunia tahu bahawa itu adalah pembohongan dan fitnah terbesar Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Barisan Nasional dalam PRU 14.

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah, ke manakah perginya duit beratus bilion yang Pakatan Harapan perolehi dengan terbitan bon dari dalam dan luar negara.

Bantuan dan subsidi yang rakyat perolehi sewaktu pemerintahan Barisan Nasional sebahagian besarnya telah dikurangkan seperti BR1M, bantuan kepada petani dan nelayan malah ada yang dimansuhkan terus.

Perbelanjaan pentadbiran kerajaan telah dapat dikurangkan dengan pembuangan belasan ribu kakitangan kerajaan.

Tiada pembangunan baru yang menelan belanja berbilion ringgit dilakukan oleh Pakatan Harapan sepanjang 21 bulan setengah mereka memerintah negara.

Beratus bilion dari terbitan bon tempatan dan luar negara yabg diperolehi itu, belum lagi termasuk dengan aset-aset strategik Khazanah, KWSP serta Tabung Haji yang telah dijual.

Dan ianya belum lagi dicampurkan dengan rezab keuntungan Petronas yang telah dijarah.

Ke mana perginya duit itu semua?

Kerajaan baharu di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin, MESTI menubuhkan RCI untuk menyiasat dan membongkar perkara ini sehingga ke akar umbi.

Hutang beratus bilion ringgit itu tidak akan dibayar oleh manusia yang bernama Dr. Mahathir dan Lim Guan Eng tetapi ianya akan dibayar oleh rakyat Malaysia dan ianya akan menjangkau hingga ke anak cucu kita nanti.

0 comments:

fda

Archives